Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 13, 2013

Majlis Akikah Our Second Princess Nur Hafiyya Dalyfa

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah syukur , pada tanggal 3/3/2013 (ahad) kami sekuarga dah selesai mengadakan majlis akikah dan cukur rambut anak kedua kesayangan kami. Tercapai jugak niat aku nak akikahkan Nur Hafiyya Dalyfa. Masa wisya dulu cuma sempat buat cukur rambut je and timbang rambut die kat kedai emas dan alhamdulillah dpt sedekahkan wang atas timbangan rambut tu ke pusat anak2 yatim.

Kali ni inshaAllah akan buat benda yg sama ke atas adiknya plak. Ni rambut baby tak cukur lagi. Masing2 takut n xde skill nak cukur,tu yg jadi tertangguh. Nampaknya kena tggu paklong die (abg sulung aku) dtg la kasi cukur botak itu rambut. Kami semua tak berani. Paklong je berani. Heheheh

Dan inshaaAllah kalau ade rezki,nak akikahkan si kakak plak. Kesian si kakak tak diakikahkan lagi. Utk kakak mungkin kami hantar ke surau je kot.

Apepon syukur majlis dah selamat n semuanya berjalan lancar. Majlis dibuat saat aku masih berpantang pada hari ke 22. Takpelah buat cepat sikit. Bila dah buat rasa lega. Malas nak tangguh2 lagi. Nanti dah start keje,takyah pikir dah. Lagipon masa tu badan pon dah segar ckit. Luka dah sembuh n tak sakit lagi. Tu yg semangat je nak buat majlis. Siap kuar kejap ikut mak beli barang2 utk majlis. Tapi pakai baju sejuk n stokinlah. Heheheh. Alhamdulilah,beepantang kali ni mcm tak rasa penat sgt. Badan agak bertenaga skit. Semuanya mungkin berkat amalkan Vitamin Shaklee kot. Banyak perubahan lepas consume shaklee sejak 2nd day berpantang. Aku amik set trial berpantang. Ok xpe. Nanti kite cite pasal shaklee di lain entry k .

Majlis dimulakan dengan bacaan yassin dan doa kemudian sambung ngan berzanji oleh kumpulan yassin di taman perumahan my mom. Urusan kambing,ayah yg tolong setelkan. Pada Petang sehari sebelom majlis,mr hubby pergi sama2 ngan ayah ke tmpat kami tempah kambing tu utk disembelih . Ayah kepada anak yg nak di akikahkan wajib kena ade.masa sembelih. Lepas sembelih,ayah n mr hubby terus bawak balik daging yg telah di potong kecil untuk dihantar ke rumah org tukang masak.

Kali ni aku suruh je org katering yg masak. Malas nak leceh2 masak sendiri. Kami order jiran mak yg mmg ade katering. Masak nasi beriani,daging kambing masak black pepper, ayam sambal,acar nenas n timun,n satu lagi aku x sure ape nama die, kari dal kot. Dalca ke ape, lebih kurg lah kot. Hehehehe. Tp smua makanan tu aku mampu tgok je sebab masih dalam pantauan lagi.ahaks. Cuma mak bagi aku makan ayam ngan nasi putih je. Ayam sambal tu mak basuh kasi hilang pedas sambalnya. Boleh gitew? Hiks

Then makanan sampingan lain,ade kuih muih yg kebanyakannya ehsan dari sedara mara yg sedekah, jelly buah yg dibawa oleh mak unggal aku. And buah tembikai dan air orange. Wow! Tgok air orange yg berwap2 aisnya dlm balang plastik beso tu je dah buat aku terliuq. Sabo jelah menahan. Kalau tak kuat iman,boleh selamba je lalu kat tekak aku ni. Nasib baik. Hehehe.maklumlah hari tengah panas gile masa tu.

Alhamdulillah rasa bersyukur tak terhingga sebab dah selesai. Rezki baby pon murah. Alhamdulillah. Thanx kepada semua saudara mara dan jiran2 yg sudi hadir ke majlis tu. Aku doakan murah rezki dorang smua.

Mari layan sedikit gambar2 sekitar majlis yg tak seberapa. Actualy dalam kamera emak banyaklah gambo tp malas plak nak transfer ke lappy. So,aku haplod gambo cikai2 yg aku snap guna tab aku jelah ek. Asal hado!!!

Candy table hasil decoration adik ipar aku Ida. Kebetulan Najib dan Ida bercuti lama di jb (mereka keje kat Rawang) Tak plan pon nak buat candy table ni. Tetiba si ida bg idea nak buat. Ha,pandai2 ko lah ida,kata aku. Hiks. Dan inilah hasilnya,barang2hiasan dan pinggan bagai tu just guna yg ade kat dlm umah mak je. Pandai n kreatif si ida ni kan. Actually adik ipar aku ni ade biznes sampingan buat deco hantaran. Dan candy table ni pon antara biz baru die. Boleh tahan gak la biz candy table die skang. Ade je org tempah. Dia ada blog khas utk biz nya. Uols boleh masuk ke Simple Aje Hantaran untuk lihat hasil tgnnya. Then,die ade facebook fanpage gak. Masuk sini : Khidmat Gubahan Hantaran Actually biz die lebih fokus utk org selangor dan sekitar kl je sbb dorang duduk sana. Tapi kalau org jb berminat,die boleh je tolong.
Saya dan anak saya yg diakikah kan tu. Alhamdulillah. Nasib baik dia tak meragam masa tu. Masa berarak keliling tu, baby adalah tido yg nyenyak sebab mamanya dah bagi menyusu puas2 sebelom tu. Sampai termuntah muntah ok. Syian anak mama. Huhu
Kami empat beranak. Tema carca marba. Asalnya nak suh nr hubby pakai baju melayu pink or putih sbb tema haritu mmg nak pink. Sudahnya aku n baby jelah yg hekot tema. Si kakak n si abah carca marba. Mr hubby tak jadi pakai baju melayu sbb panas katanya. Yela,die lah antara org paling busy kat luar tu. Huhu. Its ok. Mama tak kesahlah abah. Janji majljs kite selesai. Alhamdulillah.
Ini budak tomei tu. Pakai baju kakak masa baby jek. Recycle. Ahaks. Nak lagi?
Kembang btul gown ia. Hiks
Adik n kakak.
Doorgift hasil kerahan tenaga aku dan emak. Phew! Letih gak okeh. Ok,sampai sini dulj entry kali ni. Mata pon dah mengantuk ni. sape suh ko hapdet blog time lewat malam? Uhuk www.tips-fb.com

2 comments:

Anonymous said...

I'm really enjoying the design and layout of your website. It's a very easy on the eyes which makes
it much more enjoyable for me to come here and visit more often.
Did you hire out a developer to create your theme?
Fantastic work!

my web page ogrzewanie domu

hafizah hanapi said...

tq

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!