Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, March 16, 2013

Hasil Ternakan Susu Di Ladang

Assalamualaikum wbt Tah hape2 je tajuk entry aku kan? actually tgh boring ni. Waktu sekarang dah pukul 1:25min pagi. Mata aku adalah tidak ngantuk okeh. Baru lepas mengepam susu sebabnya waktu malam, baby Dalyfa adalah tido nyenyak yg amat. Macam org tua ko kalau tido waktu malam.

Biasanya bila dah start tido dari jam around 9-11pm camtu,mmg die takkan bangun2 dah sampai lah ke dinihari. Pukul 5-6am baru die terjaga sbb nak isi minyak.

Alhamdulillah mmg agak senang jugak jaga die ni sbb jarang bangun malam. kalau bangun pon sebab nak menyusu ,itupon sekejap je,pastu dah tertido semula.

Tapi kalau sianggggggg... haaaa, mmg mak kau ni jadi 'jaga'. Dak kenit ni kalau tido siang sekejap sgt. Baru letak,x sampai 5 minit dah ek ek.Tido mmg paling lama 10min je kot,pastu terjaga. Itupon bukan bleh dok diam je, mesti nak minta dukung,kalau tak,merengek mcm org meroyan ko. hiks. manjers la nampak gayanya ini budak. Memang mama n nenek terpaksa gilir2 jaga n dokong die kalau nak buat keje lain. asyik nak minta dukong aje kijenya!!

ok,nampaknya mama qadida dah jauh menyimpang dah. Niat yg asalnya kan nak cite psl susu. huhuhu

actually nak cite psl power pumping. Alhamdulillah, setakat ni baby Dalyfa mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya tanpa pernah ditopup ngan fm. Syukur sangat2 kali ni Allah seolah permudahkan aku utk memberi "air emas" itu buat anak keduaku. Walaupon pada mulanya agak sedikit pengeluarannya tp berkat usaha aku utk perbanyakkannya, susu kini semakin meningkat dgn tdk mengambil tempoh yg lama pon.

kadang2 bila tgok susu aku yg agak meriah ni,(maaf bukan cakap besar. langsung xde niat ke arah tu,sekadar pemberi semangat utk diri sendiri), aku mcm sukar nak percaya yang susuku ini adalah hanya utk bayiku yg baru berusia beberapa minggu. Sebabnya baru seminggu dua aku berpantang,jumlah kandungan susuku seperti untuk bayi yg sudah habis pantang. yelah biasa yg aku dengar, utk awal pantang,susu memang kurang berpatutan ngan kehendak /keperluan bayi yg masih kecil saiz perutnya.

Sehinggakan baby Dalyfa setiapkali isap (df), pasti akan rasa macam nak tersedak bilamana susuku mengalir bagaikan air pancut. terlalu laju dan terlalu banyak. Kadang2 sampai terbatuk2 dan mengamuk-ngamuk sbb susu yg laju mengalir sampai boleh buat die sesak nafas kekdahnya. hehe. Biasanya baby akan mengamuk sbb susu kurang n tak mencukupi. Tapi utk anakku, dia mengamuk sbb susu dah terlebih mencukupi. Memang muntah terbelahak skang menjadi rutin harian baby Dalyfa sbb dah terlalu kenyang.

Baby Dalyfa plak jenis kuat menyusu. asal dekat ngan mamanya ni,mulalah mulut die x duduk diam seolah mencari2 puting. So,sometime aku pon tak dapat agak,berapa banyak dia dah minum bila tgom dia asyik saja nak mengempeng. Itu yg sampai termuntah2 sbb dh terover load. huhu.

ok,actually nak share something especially utk ibu2 diluar sana. Gambar kat atas ni adalah hasil susu perahan ,kalo bahasa mat salehnya EBM(expressing breastmilk) yg aku dapat setelah buat power pumping yg pertama sekali n julung2 kalinya sejak aku bersalin. Dan inilah pertama kali aku lakukan power pumping(pp) dalam hidupku semenjak bergelar ibu yg menyusukan. seriusly, masa wisya dulu,aku tak pernah try nak buat power pumping sbb masa tu aku pandang remeh pada pp . Aku maybe tak berapa faham konsep sebenar pp ni dan merasakan agak leceh utk dilakukan sbb ianya mengambil tempoh yg agak lama utk mengepam iaitu dlm masa 1 jam.

Apa yg aku faham, pp adalah salah satu cara untuk meningkatkan semula production susu yg paling berkesan. Ianya sesuai dilakukan bg ibu2 yg mengalami kemurunduman susu, so ibu2 digalakkan melakukan pp atleast sekali sehari dlm masa seminggu berturut2 dan tempoh paling bagus dilakukan adalah waktu malam dimana masa tu hormon prolaktin tgh aktif iaitu antara pukul 12tgh malam sehingga 6pagi. So, ibu2 yg ingin meningkatkan susu ibu, mmg kena lah berkorban bangun malam2 utk buat pp demi seorg anak tersayang especially bagi ibu yg bekerjaya.

Cara Power pumping:

Pam selama 10 minit (teruskan pam walaupon just kuar angin je), kemudian stop pam n rehat selama 10 minit. Kemudian sambung lagi pam selama 10 minit(waktu ni biasanya let down reflek dah mula ada, tp kalau belom ada or still kuar angin jugak,jgn putus asa,teruskan pam sbb pp tidak menunjukkan hasil yg segera n terus menerus,malah ia memerlukan masa atleast seminggu baru dpt hasilnya especially bagi ibu yg mmg merundum n kurang susunya). Kemudian rehat lagi 10 minit dan begitulah seterusnya sampai 1 jam. Lakukan selama seminggu berturut2 inshaaAllah pasti susu akan meningkat semula kalau kite konsisten lakukan pp. jgn skip pp setiap hari selama seminggu tu k

Macam aku buat pp walaupon susu kira mcm ok ok je (still cukup) tp aku mcm x puas hati. Sebab sejak awal pantang,jarang plak aku rasa cik b engorged. Maybe sbb baby Dalyfa yg kuat direct feeding or susu aku yg tak meriah,aku pon tak pasti. Kalau time Darwisya dulu,masa awal berpantang,kejap je rasa engorged smpai rasa nak.demam. tapi itu sebab darwisya yg reject direct feeding,so,mmg selalulah kena breast engorged. So, sebab tu aku ingin mencuba pp especially bila asyik sangat terdedah pada info ttg pp di facebook. Pastu aku trus google psl pp dan dengan tekad, start lebih kurang 25 hari berpantang, aku dah mula start buat pp

dan ni adalah hasil kedua aku berpower pumping dimana dah nampak peningkatan disitu. kedua2 dpt 4 oz, dimana pp pertama aku gambar kat atas tu,belah kanan just dpt 3 oz je. Alhamdulillah. Power pumping mmg power.

Dan sekarang dah hampir 2minggu aku ber pp. Mudah mudahan susu aku makin bertambah. kite kena sentiasa think positive yg susu kita sentiasa banyak n mencukupi utk baby kite. ok,apepon, skang aku tgh gigih kumpul stok sebelom naik keje bln 4 nnti. Alhamdulillah,walaupon jarang dapat pam waktu siang,dimana aku banyak dapat pam waktu malam je setakat ni sbb baby Dalyfa adalah sgt kuat menyusu. So,ada masa tu,time aku tgh syok pam waktu siang,baby bangun n melalak. die kalau tido siang mmg 10 minit je,pastu terus trjaga. especially kalau die terperanjat bunyi bising. so,aku terpaksa stop pam n df die. adeh.

so,waktu malam lah yg paling banyak aku pam utk kumpol stok sebab baby dalyfa kalau tdo malam mmg macam style org tua tido okeh. Lama gile tido sampai ke pagi . Ada beberapa kali je die terbangun kuk 4pg,itupon lepas menyusu,tido balik.

okeh,tolong bagi semangat pada saya utk kumpol stok ye kalian. mudah mudahan aku dapat tebus kesilapan lama(masa wisya dulu) n Allah bantu aku dlm perjalanan penyusuan ku utk anak kedua ni atleast exclusive bfeed selama 6 bln dan inshaaAllah diteruskan sehingga 2 tahun. amin. nanti aku hapdet stok ebm frozen yg terkumpol k.

semuanya demi anak kesayangan mama ni. mmmuaaahhhh,anak mama dah berusia 38 hari masa mama buat entry ni.lagi ckit nak abis pantang 44hari. hahhaha www.tips-fb.com

0 comments:

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!