Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 13, 2013

Checklist Keperluan Berpantang Dan Set Bersalin Pilihanku

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Assalamualaikum WRT...

Diari Mak Buyong kembali lagi...Entry pembukaan untuk tahun 2013.
Tahun baru yang bakal banyak mengubah kehidupanku sebagai seorang mama kepada bakal dua orang anak! huhu...dah nak masuk dua dah anak aku ek! Bertambah lagi tanggungjwab aku dan encik suami. Dan mungkin tahun ini adalah tahun 'penat' bagi aku. Since aku ibu yg bekerjaya...semestinya aku akan kurang tidur, bangun waktu malam utk menyusu dan mengepam,rutin di tempat kerja pun mungkin akan berubaha bilamana aku akan jadi sibuk semula untuk mengepam susu dan mengumpul stok bagi bekalan baby baru seterusnya salah satu cara untuk aku memaintainkan production susu. Yes!!! Actually smua tu dah aku prepare dari segi mental pon. Aku cuma berharap yg Allah akan bantu aku melalui semua ni dengan sempurna dan lancar..inshaa Allah.

okeh...
My anak sulung kesayangan, Nur Darwisya Damia pun dah semakin mengerti yang dia bakal memiliki seorang adik tak lama lagi. Walaupun ada tanda-tanda kecemburuannya yg terserlah bila melibatkan soal adik...yela...baru ni aku ada cuci n jemur baju2x bakal adik die, dia beriya-iya ingat baju2x baby yg dibasuh tu dia yang punya...bila diberitahu tu adalah baju2x adik dia, dia marah ko!!!! hahahaha...Sebab majority baju2x tu baju2x dia masa baby. Macam die kenal sangat baju2x die masa kecik dulu...huhu
Kali ni utk anak kedua, aku memang tak banyak berbelanja untuk baju sangat...sebab baju Wisya masa baby terlalu banyak and kebanyakannya masih cantik n boleh dipakai. Buat apa nak membazirkan? Daripada beli baju2x baby, better aku buat spend utk benda lain yg lebih penting...mama tak kaya nak! heeee..

okla...
kali ni nak share serba sedikit persediaan Mama Qadida untuk menjalani tempoh berpantang. Tak tau lah kenapa,kali ni aku rasa excited giler nak berpantang!! Berbeza dengan Wisya dulu, aku tak macam ni okeh! Kalau dulu aku lebihkan barangan baby daripada keperluan berpantang. Kalau dulu, penyediaan keperluan berpantang aku seolah-olah seperti melepaskan batuk ditangga je. siyes!
Tak banyak info yang aku try to google...macam tak berminat pon ye. Bagi aku, cukuplah sekadar menyediakan satu set berpantang dan bengkung...itu dah memadai.

tapi untuk anak kedua ni, aku macam terpanggil untuk membuat research n pakcik google adalah salah satu medium untuk aku dapatkan segala info dari A to Z! Yang mana selama ni aku buat tak endah je!

Bila google...barulah aku tahu betapa pentingnya bab-bab berpantang ni! Betapa pentingnya menyediakan keperluan berpantang dengan serba lengkap kalau boleh.
Mungkin aku terkesan dan serik dengan complication yg aku alami selepas tempoh berpantangkan Wisya dulu.

Siyes! Aku menyesal dengan cara aku berpantang masa anak 1st dulu. Aku menyesal tak ikut segala cakap emakku kena berpantang betul-betul! Mungkin anak first kan...so, aku tak tau apa maksud sebenar berpanatng...masa tu aku tuli lagi dengan kepentingan berpantang. Silap aku tak buat research tentang cara berpantang yang betul. Aku terlebih excited dgn keperluan bayi sahaja waktu tu sehingga melupakan kepentingan saat berpantang! Maka itu, aku menjalani tempoh berpantang anak pertama secara MODEN! Adushhh...bila ingat balik cara aku berpantang dulu, macam seram gitu! siyes!

Dedulu aku decide utk pakai bengkung selama 2 minggu pertama je! Lepas tu aku dah mula rimas...emak bising pon aku pekakkan telinga je...maklumlah, pakai bengkung kan leceh n bagi aku susah sgt nak buat keje...mana nak handle baby..nak tukar pad bagai..nak kencing..bagi aku smua tu merimaskan! [haaaa...ko! lepas tu badan aku terus naik mencanak2x adeh]

Boleh tak, hari keempat berpantang, aku boleh hekot laki aku pergi pejabat pendaftaran negara untuk daftar nama Wisya. Naik motor plak tu. Gile meh! Bila diingat balik, memang mengucap aku! ,mujur aku tak kena bentan...adush! Lepas ni tobat okeh...biarlah laki aku buat sorang2!!!

Pastu aku langsung tak mandi herba dan minum air akar kayu, dimana air akar kayu tu supposed kena minum selepas abis 44 hari berpantang untuk penyembuhan bahagian dalaman kite especially rahim...utk bagi rahim kecut n menyihatkan tubuh badan lah macam tu. korang pon tau kan betapa bagusnya khasiat minum air akar kayu ni. Tapi aku langsung tak minum okeh..bila ayah remind untuk minum air akar kayu,aku boleh kata taknak! Pahitlah apelaaa...see! Modenlah sangat kan! Pastu akibatnya, badan sakit2x lepas berpantang..sendi semua lenguh2x...ades!!! menyesal pon x guna Mama Qadida oiiii! :P


So, aku nekad! Kali ni aku nak menebus segala kesilapan pertama aku dulu...Aku berazam untuk melalui tempoh berpantang yang betul dan secara tradisional...apa yg penting, aku bertekad nak berbengkung, bertangas, bertungku sehingga hari ke 44...boleh gitu?? hehhe...
Sebab kali ni aura dan semangat untk berpantang sangat lain! Berkobar-kobar lah kekdahnya!
Sbab kali ni aku banyak google tentang cara berpantang dan checklist berpantang.
Baru aku tah betapa pentingya berpantagng ni untuk mengekalkan kecergasan dalaman dan luaran badan! Dari situ aku mula tekad n dengan penuh keazaman nak pantang betul-betul....so, kali ni, preparation memang lebih kepada kerperluan berpantang u know! ihiks! Lagi pula, keprluan bayi kebanyakannya daha da...so, aku cuma kena sediakan sikit je lagi. okeh..jom check it out!

okeh! Tu dia ! Dah macam rupa barang hantaran naaaaaa!!!
Inilah dia set berpantang aku nanti. Alhamdulillah 99% dah siap smuanya...ready to use! hehe...
Aku guna Set Berpantang Afiat Ubat Bersalin. Aku memang sangat berpuas hati ngan set Afiat sebab didalamnya ada macam-macam peralatan berpantang yang memang memenuhi citarasa aku. Harganya pun murah. Bagi aku, set bersalin apepon sama aje..semuanya mempunyai keistimewaan sendiri tapi aku lebih memilih kos yang amat berpatutan tetapi ada ciri yang memuaskan hati aku..yelah...kita bukan hanya nak beli set bersalin je..tp kena pikirkan juga keperluan2x yang lain yang juga penting untuk disediakan. itu yg penting...harga set ni hanya RM80 je..aku beli di kedai jamu Angsana. 

Barang-barang berpantang sampingan yang lain pula adalah :

-Tungku herba Leesa Formula [yg ni beli online RM30 je. Sangat murah sebab kalau kat pasaran harganya RM45. sangat berbaloi ok] beli online di sini --> Kedai Set Bersalin
Tungku herba ni mesti wangi sebab ia mengandungi campuran herba seperti halia bara (plai), kunyit, limau purut, serai wangi dan lain-lain. Semua herba tersebut telah digunakan turun temurun dalam perawatan tradisional hampir diseluruh Asia Tenggara seperti Malaysia , Indonesia dan Thailand .


-minyak telon untuk bayi (beli di angsana,wisya dulu pon pakai ni..harga RM4.90 je]

-Minyak angin wanita [minyak ni masa aku bersalinkan wisya dulu...tahan lama]


-Param dan pilis [aku beli param versi moden dimana die dah siap menjadi losyen seperti gambar diatas. tak perlu nak berbancuh bagai. Just sapu je kat seluruh badan..wangi sangat bau die. Aku jumpa info param moden ni melalui facebook --->beli di Kedai Set Bersalin. Harga cuma RM20 sahaja untuk kedua set param dan pilis ni. Pilis tu kita akan dapat 3 peket dengan set ni...kena bancuhlah ckit..heheh.


-Mandian herba dari TYT (diasaskan dari herba cina) - [yg ni beli kat Kipmart je..beli 2 kotak dapat 4 uncang mandian herba dimana 1 uncang boleh digunakan sehingga 4 kali mandian. Harga sekotak hanya RM7.90 sahaja.] 


-selain mandian herba TYT produk herba cina, aku nak try jugak herba dari daun-daun asli orang melayu . So, aku beli lagi satu uncang mandian herba Aura. Yg ni beli secara online di sini -> Kedai Tilam Baby Ariana. Harga cuma RM10 saja. 1 uncang ni boleh guna sebanyak 3-4 kali mandian. Ni sedikit info kandungan herba aura ni:
Mandian herba dirumus khas menggunakan daun2 herba terpilih seperti:
Daun meringin / seringan,
Daun pisang kelat
Daun pandan
Daun Haliabara
Daun Serai wangi
Daun Chapa
Daun Inai
Daun Sunduduk
Daun Lengkuas


-okeh....barang-barang lain adalah semuanya dah lengkap didalam satu set  Afiat Ubat Bersalin yang aku cakap masa mula-mula tadi.
Peralatan berpantang lengkap yang terdapat dalam set ni adalah seperti dalam gambar di atas :
Ubat Bersalin Afiat merupakan produk Afiat Marketing yang dipasarkan semenjak tahun 1924. Ia dirumus khas untuk wanita lepas bersalin. Ubat Bersalin Afiat boleh digunakan sehingga habis pantang 44 hari.
Ubat Bersalin Afiat mengandungi 9 jenis:Pil Afiat (528 biji)
Dimakan selepas bersalin, 4 biji pagi, 4 biji petang dan 4 biji malamUntukmembantu kaum ibu menyihatkan badan dan menambahkan tenaga.
Bedak Hangat
Untuk disapu seluruh badan selepas mandi bertujuan untuk memanaskanbadan selepas mandi.
Minyak Afiat
Untuk digunakan semasa mengurut kerana ia menyegarkan urat.
Balm Afiat
Untuk disapu pada bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan talipusat.
Akar Kayu
Untuk direbus 20 hari selepas bersalindiminum 2 kali sehariuntukmerangsang tenaga dan menguatkan badan.
Barut untuk ibu Berherba
Untuk membantu mengempiskan perut. untuk diikat di bawah perut. Hendaklah sapu dengan minyak afiat di sekitar perut terlebih dahulu kemudian barut ini diikat di bawah perut,kemudian baru pakai bengkung.
Pil Makjun Bawang Putih
Dimakan selepas habis pantang, 2 biji pagi dan 2 biji malam. Untukmenambahkan tenagamelancarkan perjalanan darah dan mengecutkantisu vagina.
Feminin Care
campuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita.
memberi perlindungan dan mengurangkan kegatalan.
Gel Mandian Serai Wangi
Diadun dengan aroma terapi Serai Wangi untuk menyegarkan kulit badandan khasiatnya sama seperti mandi lulur.

see!!! amat lengkap kan??? untuk kegunaan bayi dan baby sekali. Yg paling aku suka, set ni menyediakan sekali air akar kayu [tak perlu lagi aku pening kepala nak cari akar kayu bagai ni], then ada siap sekali barut berherba untuk ibu utk kempiskan perut [dimana tak banyak set berpantang yg menyediakan barut untuk ibu ni]
kemudian yg paling best ada mandian lulur serai wangi. Selain mandi dengan mandian herba, aku boleh lulur badan dengan serai wangi ni...mesti badan lebih segar dan wangi. lepas mandi, sapu plak ngan bedak hangat afiat...waduh...dah berangan macam kat SPA dah...pendek kata, set ni memang sangat lengkap utk keperluan berpantang aku..cuma kekurangannya, set ni takde sediakan param n pilis. sebab tu aku beli asing...klu masa wisya dulu aku beli set berpantang Mustika Ratu,lengkap ngan param dan pilis...tp disebabkan kali ni aku teringin nak try param moden lotion tu, so,aku tak kesah sangat lah...ala, baru berapa ringgit param lotion tu..murah je...
pendek kata, aku tak sabar nak melalui saat berpantang di sisi baby baru sebab kali ni rasa tempoh berpantang tu mcam kat sauna n SPA....


bayangkan, bangun pagi-pagi kita bertungku dengan tungku herba yg selain dari melegakan perut dan seluruh tubuh badan dengan tungku herba ni, kite juga akan merasai aroma wangi daripa hrba tungku tu. Lepas bertungku, kita mandi dengan air hangat mandian herba dan lulur seluruh badan plak,. Then, lepas keringkan badan, kite sapu seluruh badan dengan bedak hangat afiat plak [bedak hangat untuk mengelakkan badan masuk angin n rasa sejuk]
Lepas tu, tunggu makcik urut (mak bidan) datang ke rumah...berurut plak dengan minyak yang bermacam-macam jenis seperti minyak afiat dan sebagainya. Biasanya mak bidan bawak dari rumah segala minyak dia. Bayangkan bila kena urut...aduhhh...bukan ke macam kat SPA....tak sabar betul aku nak berurut...saat yang paling aku tunggu n rasa macam di sorga okeh! 

Kali ni aku ambil mak bidan yang sama masa bersalinkan wisya dulu. Mak Siti nama dia, dari kampung pasir putih JB. Aku memang puas hati dengan urutan n service dia...siap mandikan baby lagi uols! Jiran aku yg rekemenkan....
Harga die letak RM50 sehari termasuk mandikan baby tu....ok la ek! maybe aku amik service die selama 4 hari kot...tengoklah macam mana..so, RM200 kena ada dlm tangan ...hiks...yg paling best, mak bidan ni takde nak susahkan kite amik die dari rumah ke bagai...Dia drive sendiri je..yela..ade sesetengah mak bidan siap nak suruh amik dari rumah bagai..huhu. Alhamdulillah...ada lagi Mak bidan Siti ni walaupon aku pernah guna service dia masa bersalinkan wisya 4 tahun lepas. Semalam aku call dia untuk booked , sbb no fon still aku simpan bebaik dalam hp. Dia still ingat kat aku cik misi yang keje kat Putri tu...[tak sangka aku!]hiks...Die pon cakap, agak lama jugak ,baru aku bersalinkan anak kedua. pastu aku cakaplah yg aku memang plan nak tambah anak lepas wisya 3 tahun..baru die faham..hehheeh. Alhamdulillah..setel tang Mak Bidan..Die cakap,kalau dah bersalin nanti, call je die terus! fuh lega disitu!

okeh...next!!! Ubat-ubat semasa berpantang n ada jugak yg aku kena amik selepas berpantang....yg dalam bakul ni memang aku khaskan utk segala vitamin, jamu dan ubat-ubatan yg aku nak makan lepas bersalin nnti. 
Antaranya: 
-Produk dari Shaklee...kali ni aku begitu teruja nak try ubat set berpantang shaklee...

actually set pil Shaklee ada 4 botol. Tapi aku beli 2 botol dulu iaitu Vitalea Multivitamin & Pil Zinc. Dimana pil-pil ni bagus untuk penyembuhan luka dalaman selepas berpantang n meningkatkan tenaga ibu selain daripa boleh memperbanyakkan susu badan.

yg lagi 2 botol tu adalah Pil Vitamin C and B-Complex. Aritu 2 benda ni takde stok..so, aku tengah tunggu stok sampai.


-Then aku sediakan madu [madu As syifa] kali ni sebab menurut info yang aku dapat dari google, madu lebih baik untuk penyembuhan luka daripada gamat. At first,aku memang nak beli gamat tapi selepas dapat info tentang kehebatan madu, terus aku ubah persepsi...akudecide untuk guna madu je..tp aku skang tengah proses mencari madu asli Manuka [100% asli dari New Zealand] Feedback pengguna yg aku dapat dari orang ramai sangat mengujakan aku utk pakai madu je untuk penyembuhan luka kali ni...Selain penyembuhan luka, madu bagus jugak untuk beri tenaga dalaman. Badan akan kekal cergas bila minum madu. so,skang misi mencari Madu Manuka...tak tau kat mana ada jual kat jb ni...nak kena serbey lagi ni. Harga sebotol Madu Manuka adalah RM38.


-Pil Makjun Bawang Putih
[yang dah terdapat dalam set bersalin Afiat tadi] 

Dimakan selepas habis pantang, 2 biji pagi dan 2 biji malam. Untuk menambahkan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.



-Lagi Pil Jamu Afiat [yang dah terdapat dalam set bersalin Afiat tadi] ---Pil jamu ni dimakan sejurus selepas bersalin...4 biji pagi,4 biji tengahari,4 biji malam] huhu. Tapi kalau baby ada penyakit kuning, kita stop dulu amik pil jamu ni okeh. Bila baby dah sembuh,baru sambung balik makan. Ingat, jangan risau tentang pengambilan pil jamu ni....sangat bagus untuk kesihatan ibu selepas bersalin...aku memang akan amik as long as anak aku tak kena kuning. Lagipon pil Shaklee yang aku amik nanti, boleh dimakan bersama ngan pil jamu ni. takde masalah.


-Aku juga ade beli Kolagen rumpai asli. Yang ni masa tengah ngandung lagi aku dah amalkan. Aku rebus dan simpan dalam peti sejuk [jadi macam agar-agar] dan aku akan makan time malam sahaja sekali sehari sebanyak 3 sudu besar. Orang kata, masa ngandung ni elok dimakan untuk bagi baby kulit cantik masa lahir nanti..insha Allah. Rumpai pure colagen ni hanya boleh dimakan oleh ibu pregnant 4 bulan ke atas ye.
so, untuk berpantang pulak, aku kena start makan balik kolagen ni selepas 3 minggu berpantang kalau x silap aku sebab kalau awal-awal bersalin tak digalakkan sebab kolagen ni sejuk. Ibu berpantang mana boleh sejuk-sejuk! mungkin untuk awal berpantang, aku akan gunakan untuk buat masker je kot..hehe.


-okeh...next...aku sediakan akar kayu yg juga terdapat dalam set bersalin afiat. Air akar kayu hanya boleh diminum dan direbus 20 hari selepas bersalin, diminum 2 kali sehari, untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan. so, ingat ye....kita takleh minum air akar kayu sejurus selepas bersalin...mesti diminum selepas 20 ari bersalin.

Selain dari gambar ubat ubatan diatas ni...aku juga dah sediakan beberapa minuman kesihatan semasa tempoh berpantagng nanti. Antaranya :

Jus Pati Delima Guilsan Asli dari Timur Tengah. Yg ni ayah aku yang belikan. harga RM20..sangat bagus untuk organ dalaman, ibu semasa hamil dan ibu selepas berpantang. Boleh banyakkan susu badan n cantikkan kulit...macam aku ada masalah eczema memang bagus minum jus delima ni...dan jus delima ni akan bakal menjadi minuman kesihatan aku sampai bila2x...harga pon bukan mahal sangat.

Selain tu, air Zam-Zam . yg ni pon asli dari Mekah. Air ni aku beli dari kenalan di Taman Johor Jaya. Murah je..sebotol RM13.


Kali ni aku nak amalkan minuman kesihatan dan minuman sunnah nabi iaitu susu kambing. disebabkan aku tak boleh telan yg perisa asli maka aku beli perisa stoberi....siyes...sangat sedap ini perisa okeh...khasiat sama je dengan yg asli...
Goat's Milk merupakan minuman kesihatan dan kecergasan badan yang kaya dengan protein dan kalsium. Ianya terdiri daripada campuran serbuk susu kambing yang asli menjadikannya ia minuman susu kambing yang lebih sedap.Skang ni pon aku tgh amalkan susu kambing. aku amik sehari sekali sebelum masuk tido....just letak 2 sudu besar serbuk susu kambing n tambah dengan 250mls air. Biasanya aku akan amik susu kambing ni bersama kolagen rumpai asli tu kemudian aku makan sebiji kurma..pastu trus tido...nyenyak je tido bila amik ketiga2x benda ni sepanjang hamil ni...so,lepas bersalin pon aku akan terus amalkan 3 bnda ni sebelom tidur utk kesihatgan dan banyakkan susu badan..inshaa Allah..semoga Allah bantu aku.
Aku beli susu kambing ni secara online juga di sini --> Minuman Para Anbiya
Harga RM40 termasuk postage. ia ada 2 jenis. 
1) pek 1/2 kg [boleh tahan sebulan RM40]
2)pek 1 kg [RM70]
okeh...ini pula keperluan bayi aku nanti...yg ni pon dah prepare siap2x macam barang hantaran ni..ihiks...takde..bagi aku...senang kalau dah asingkan segala barang2x mcm ni..takdelah nnti menjajor/kelam kabut  nak cari /korek barang-barang ni nanti kalau tak buat camni. yg ni biasalah...ada set mandian baby dari Fiffy...kebanyakan aku beli offline di Angsana je. memang dari dulu dan kini lebih prefer beli kat angsana je...kalau takde sale...hehe...angsana barang baby murah ckit. okeh...settle barang mandian baby.
Baju-baju baby pon dah settle...tunggu si adik kuar je nih...mama tak sabar okeh! Wisya n abah lagi tak sabar!

Yg ni pulak barang sampingan lain seperti : Pad maternity , pad dari kotex [aku ingat lepas abis 1 pek pad maternity yg aku beli kat angsana tu, aku nak sambung guna kotex je kalau nifas tak abis lagi.] sebab pad maternity agak panas kalau pakai...huhu
then, bengkung Ramping dari Atika Beauty [aku beli online berharga RM35 sahaja...sgt murah kan?] Actually aku plan nak pakai bengkung lilit ni masa waktu tidur je...so,aku tak payah bukak2x kalau nak kencing ke apa] So, untuk alternatif dan memudahkan aku semasa tempoh berpantang, aku hanya akan pakai bengkung Zig Zag 4 Shape pada waktu siang sahaja. ianya lebih kepada korset lah tp sesuai untuk wanita moden berbengkung....mudah untuk berjalan, kencing,buang air dan handle baby di waktu siang. so, siang hari aku akan pakai bengkung 4 shape ni aje...yg bengkung warna hitam macam gambar kat atas ni. bengkung ni ada sinaran ultra infra red...berfungsi untuk rampingkan pinggang. penggunaannya sangat mudah..hanya adjust pada zip saja. so, lepas berpantang nnt pon mungkin aku akan terus pakai korset ni . =)
So, untuk pantang kali ni, aku ada 2 enis bengkung laaa...bengkung lilit tradisional aku hanya pakai waktu malam je. so, no more excuse utk pakai bengkung smpai 44 hri k Mama Qadida! heheheh..

Selain tu,aku ada sediakan pad herba...in case kalau nak guna kan....elak bau hanyir darah nifas n elak kegatalan...lebih kureng camtulah...pastu of coz aku prepare pampers jenama pureen size new born...masa wisya masa baby dulu pon aku pakaikan pampers jenama pureen je....untuk awal kelahiran ni, mama bagi adik pakai pampers pakai buang dulu ye..utk kemudahan mama n nenek sebab mama masih sibuk mejalani aktiviti berpantang..nnt bila adik dah besar ckit, mama akan start pakaikan adik Cloth Diaper macam kakak Wisya pakai skang ni okeh...=)

ini pula sedikit keperluan menyusu (Breastfeeding) nanti. Mama berazam untuk susukan adik wisya secara exclusive atleast selama 6 bulan dan seterunya hingga 2 tahun. Insaa Allah..Doakan aku ye kalian! Cuba mengubah segala kesilapan masa menyusukan kakak wisya dulu yg hanya mampu bertahan selama 6 bulan saja.
Aku masih setia dengan breastpump Spectra 3 kesayanganku! Dengan S3 ni lah , aku berpeluang bagi wisya susu badan aku dulu walaupon tak lama. Bagi aku , Spectra 3 adalah antara breastpump terbaik dan etrmurah yg aku pernah jumpa...dengan ada kemudahan double pump dan kegunaan secara elektrik..ia amat memudahkan proses pengepaman aku di tempat kerja...cepat dan tidak meletihkan...sangat relaks bila tengah mengepam. okeh...yg paling best, aku dapat set breastpump spectra 3 dual pam ni second hand punya dri someone dengan harga yg cukup-cukup berpatutan. memang sangat berbaloi okeh! Alhamdulillah mungkin rezeki baby kan...ni dia spectra 3 second hand yg aku beli dari seorang kenalan dari UTM skudai. Dapat tahu die nak jual S3 ni pon dari FB...alhamdulilah...rezki tu milik aku...walaupon dah banyak mommies yg bertanya bp tu tp rezki memihak kepada aku...
Botol susu untuk persediaan naik keje nnti mama belikan botol susu avent n tommie tippe....tengoklah ape yg adik suke nanti...=)

Inilah set Breastpump second hand yg aku beli dari Asha Hashim. Thanx Dear Asha sebab sudi jual murah kepada saya set Spectra 3 ni...yg paling best...satu breastshield [corong pump yg kedua tu die belum pernah pakai lagi...sangat rezki kan =)] dia hanya sempat guna satu corong je..mgkin die just guna single pump je....so, dahlah murah pehtu aku dapat breastshield baru plak tu..memamng berbaloi...tau tak harag satu set kata ats ni berapa? Hanya RM230 aku dapat 1 set spectra 3 dual pump.Alhamdulilah...syukur nikmat kepada Allah'
Actually masa wisya dulu aku ada guna s3 (double pump) gak tapi setahun yg lepas aku dah jual murah pada member sekerja aku yg naksangat breastfeed anak kedua die tu. melihat kesungguhan dia tu, buat aku merelakan dalam terpaksa je utk jual s3 kesayangan aku tu walaupon berat sangat hati nak jual...sebab ingat memang nak guna utk anak kedua kan..tp tulah...kite memang kena percaya pada kebesaran Allah kan...Setiap apa yg kita korbankan dengan hati yg ikhlas pasti ada balasannya....mungkin kerana niat aku utk membantu sang ibu yg ingin menyusukan anaknya, maka Allah maha mendengar dan melihat...dia gantikan aku dengan ganjaran ini, dimana aku dapat juga memiliki breastpump yg sangat murah dan berbaloi...syukur ya Allah. Semuanya datang DariNya...
Semoga aku berjaya menyusukan anak kedua ku sehingga 2 tahun..amin amin yaAllah..
okeh..ini akar fatimah...saja beli ...xtau lah nak guna ke tak nnti masa sakit contraction nak bersalin nanti...heheh..aku beli online harga RM15 je....beli online disini--> Akar Kacip Fatimah
korang rasa aku perlu minum tak air akar fatimah ni?
peringatan: air rebusan akar fatimah hanya boleh diminum setelah pintu rahim terbuka dalam 5cm ke atas...atau masa saat contraction yg kuat sahaja....kalau tidak..tak berbaloi anda nak minum...hanya akan memberi masalah je. kerana fungsi air ini adalah untuk mempercepatkan proses bersalin.

Baju baby pon dah cuci n jemur semalam...tinggal nak lipat n simpan elok2x je dalam almari..jgn bagi terkena habuk. baju ni ade yg baru beli n majority baju lama kakak wisya laaaa...jimat okeh...barut baby pon pakai yg wisya punya dulu...mitten n booties pon beli 3 helai je..lain sume pakai yg lama...bedung,selimut ,lampin kain smua pakai yg kakak punya. Aku cuma beli bantal n bantal peluk baru je sebab kakak punya dah hancur lebur dah...dah xleh pakai...ehhehee..bantal n bantal peluk baru tu tengah rendam dalam baldi...japgi nak gi sidai...
.tilam , kelambu ,n bed baby pon pakai yg kakak wisya punya...banyak jimat okeh utk anak kedua ni..heheheh
kalau perasan, aku ada cuci n jemur sekali nursing bra juga guna yg lama. Ada 4 nursing bra je...cukuplah ek.
okeh..lepas ni nak hapdet pasal checklist keperluan mama n baby utk dibawa ke spital plak..


Lain-lain :
Stok biskut kering, biskut manis aku baru beli semalam...utk dimakan time pantang...
air minuman plak,selain susu kambing, aku beli milo,horlicks ,jus delima n jus orange [jus orange elakkan sembelit] , Buah Prune jugak. Stok 3 biji buah betik n sepuluh biji epal pon dah beli.ihiks...

So, yang belum ada cuma: yg ni nak suh mr hubby gi beli!
-Daun sireh [untuk direbus buat cuci Miss V] suh atuk wisya cari.ehehe
-biji manjakani [utk bertangas dan direbus utk cuci miss v gak supaya luka jahitan cpt sembuh]
-Madu Manuka [kalau sempat jumpa lah]
-breast pad [yg ni dulu aku x pernah guna pon tp nak kena beli jugak ke ek?]
-baby bath mat [mana tah yg wisya punya..dah ilang. boleh aku lupe nak beli yg ni]
-ubat elak sembelit dr pharmacy [igt nak beli fybogel/ arbott]
-dan mungkin aku nak beli beberapa stok susu botol baru utk penyimpanan susu perahan (mugnkin nak beli botol susu momslittle one n liner breastmilk storage)


 
Nak tambah duit selain Nuffnang? Klik2 banner bawah!! www.tips-fb.com

0 comments:

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!