Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 20, 2013

Bulan Ke 8 Dan 9

Assalamualaikum wbt..
Ini perut saya dikala pregnant 8 bulan. Actually entry ni nak hapdet check up aku utk 8 dan 9 bulan baru2 ni. Ok,kita mulakan check up utk 8 bulan dimana waktu tu usia kandungan dah mencecah 31weeks. Kali ni checkup biasa je. Scan mcm biasa tp xde gambo baby pon. Tp menurut my gynea..perkembangan baby sihat n pd kedudukan yg betul. Alhamdulillah. Berat badan mommy adalah 74kg. Berat baby lupelah.hiks...tp masa ni doctor ada cakap yg kemungkinan my baby kali ni pon besar. Waduh-waduh! Gimana ni sih. Maunya tak beso..dah kalo mommy nya emang kuat maken! Hiks..
Gah btul perut saya kan...pipi pon sama naik bam bam...jgn pelik...aku kalau preggy mmg badan naik gile2 punya. Takpe..lepas ni sy diet btul2 k. Gambo ni masa deting berdua ngan my beloved hubby...baby tingin nak makan kefsi la plak...ahaks...
Lama rasanya tak expose gambo my hubby kat sini kan...almaklumlah..dapat hubby yg tak soka bergambo!!! Mmg payah nak jmpa gambo mr hubby kat dlm hp maupon kamera, yg ada cuma gambo kami dua beranak(mama n kakak wisya je) sbb kami mmg chamwhore! Heheheh...anyway i luv u abg! Ngeeeee...
Ok,ini adalah gambo latest dimana kemeriahan perutku yg dah mencecah genap 9 bln pd mggu lepas(36 weeks). So,mggu ni masuk 37 weeks hokeh!!! Adussss seram...org kata, bila2 masa je nak terberanak ni kan...ayoyo! Ok,checkup yg latest adalah lastweek iaitu pd 8/1/2013 . Kali ni pon check up mcm biasa je. Scan tp takde gambo. Doctor cakap baby sihat n berada dikedudukan yg betul. Baby pon dah engaged ke bawah. Oh,patutlah lately ni rasa perut dah turun ke bwh ckit n rasa kat ari2 sakit sgt. Kencing jgn cakaplah. Teramat kerap. Baru 5 min kencing,dah terasa nak kencing lg. Mcm tak lawas plak. Mmg x selesa. Tp aku takkan tahan kencing. Walau jauh mana pon toilet,aku gesa gak utk kencing kalau tak tahan sgt sbb nak elakkan dr terkena UTI. Cukuplah Wisya dulu aku dah penah kena. Ok,berat aku mmg naik mendadak utk checkup kali ni iaitu 77kg. Gile naik kan. Walhal masa check up 8 bln aritu cuma 74 kg je. Huhu...mgkin baby aku mmg beso kot.aduh..apepon aku harap aku mampu beranak normal macam wisya dulu walaupon 3.6kg. YaAllah aku mmg minta jauh lah beranak ceazer...siyes! Amin amin amin. Baby pon sihat...rasanya berat baby dah 1kg lebih masa nni. Aku lupe nak tanya doctor la.hehe. Anyway,aku sekarag ni tengah diserang batuk dan selesema. Hope batuk ni cptlah sembuh sebelom ak deliver. Yela,org cakap kalau deliver tgh batuk, seksa sbb tgh sakit kat tmpt jahitan episiotomy sekiranya terdapat potongan mas bersalin nnt. Hmm..sekali lagi aku berdoa semoga Allah segerakan aku sembuh dr penyakit ni. Amin amin amin! Buat masa ni aku tak amik ape2 ubat hospital pon. Aku just amik sesudu madu lebah 2 x sehari dan banyakkan minum air masak. Pastu makan kurma. InshaaAllah boleh cpt sembuh. Ok,next check up adalah pd 22/1/13 iaitu hari selasa ni. Tak sabo nak jmpa gynea..nak tau ape perkebambangan kandungan aku sterusnya. Nampaknya baby mmg dah engaged sgt ni. Terasa berat sgt kat bahagian bawah perut aku ni. Bila bangun tido or nak bangun dr pembaringan,Allah mak aiiiii...seksanyaaaaa lahaiiiiii....sampai suh org /hubby/ mak yg tolong tarik bila nak bangun. Pastu bila dah bangun,terasa kat ari2 plak sakit yg amat. Inilah dugaan time peknen kan kalian! Nak tido pon dah tak selesa dah skang. Mengiring salah,terlentang salah. Serba tak kena. Rasa sesak nafas plak lagi bila perut mengeras. Waduh! Pastu mmg takleh tido kat atas lantai(tmpt yg keras) . Kalau tak,sakit seluruh badan. Mmg kena tido atas tilam empuk,baru selesa. Nak lagi best,tido bawah aircond. Huhuhuh...skang ni mmg dah rasa bahang je seluruh badan even skang ni musim ujan. Mmg kena bukak aircond jela..maaf ek mak sbb konpom bil letrik bulan ni melambung(xpe...angah tolong bayar). Utk pengetahuan,aku dah start duduk umah mak aku skang ni. Yela,aku ni bila2 masa je leh beranak. So, better dok umah mak,lagi selamat. Mr hubby dahlah asyik kena keje malam je skang ni. Okeh,jumpa lagi di next entry ye..itupon kalau i tak beranak lagik. Hiks. Saje nak share...semalam isteri Datuk Dr Muzaffar shah baru je selamat melahirkan anak kedua diorang. Masa aku baca majalah wanita, Dr Halina dikatakan due awal bln feb(lebih kurg due date aku) tp baby di dah x sabo nak kuar kan....tu yg aku pon rasa seram je ni....aduhhhh...semoga segalanya dipermudahkab utk aku ye. Doakan aku. Amin. Jom tgok gambo lagi:
Kakak Wisya tak sabo nak jmpa adik. Sayang adik kakak!!!
Peace yooo kakak!!!
Mak buyong yg tunggu masa nak MELETOP je! Hiks www.tips-fb.com

1 comments:

Anonymous said...

It's impressive that you are getting ideas from this piece of writing as well as from our discussion made at this time.
Feel free to visit my web blog - top game slots

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!