Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 2, 2012

Good Info About Potty Training

Assalamualaikum wbt.

Wisya dah nk masuk 4 yrs thn depan.tp still tak start potty training lagi.aduhhhh.risau plak rasa. Kalau ade rezki insyaAllah nnak sekolahkan die.tp still on nappy.payah gak kan. So,aku try google info ttg potty training. Ini hasil yg aku dapat. Bagus gak info ni. Byk membantu. Silap2 aku kena amik cuti seminggu utk latih wisya ni. Hmmmmm


3 Teknik Mudah Kejayaan Potty Training Kurang 7 Hari:

Teknik #1: Menanggalkan lampin

Misi pertama kita adalah untuk menyedarkan anak, bahawa terdapat satu "proses" yang sedang berlaku di bahagian perkumuhannya. Tekniknya adalah; Tidak memakaikan lampin sepanjang hari (tetapi, seluarnya mesti dipakai ya, ibu-ibu Anak-anak soleh tidak boleh diajar ber-telanjang, kerana ia akan mengikis perasaan malu)
Apabila dia ter-buang air kecil untuk pertama kali di dalam seluarnya, reaksi yang mungkin anda terima ialah: melihat air mukanya yang terperanjat, ataupun menjerit memanggil anda kerana seluarnya telah basah, atau mungkin berlari ke tandas sambil berciciran "airnya" di sepanjang perjalanan.
Haa..sebab itulah, semua carpet dan tikar mesti digulung terlebih dahulu ye. Jadi, mudahlah untuk kita bersihkan kotorannya. Dan pastikan, anda tidak menunjukkan wajah yang marah, sedih atau berputus asa, kepada anak tatkala dia ter-kucil di luar tandas. Malah, inilah peluang BESAR anda untuk mengajarkannya; apabila terasa hendak membuang air kecil, pergilah ke tandas. Berikan senyuman dan dorongan kepadanya, serta tunjukkan yang anda yakin pada kemampuannya.
Apabila anak anda telah "sedar" tentang proses ini (meskipun anda terpaksa mengelap kotoranya beberapa kali..huhu), dia akan LEBIH CEPAT belajar dan mudah dilatih untuk ke tandas. Maka percayalah, anda telah pun selangkah ke arah kejayaan!

Teknik #2: Mengatur waktu ke tandas
Di dalam teknik yang saya gunakan ini, walaupun memang kita 'sengaja' mahu anak kita, sekurang-kurangnya pernah sekali, ter-kucil di dalam seluarnya. Tetapi, dalam masa yang sama, kita turut melatih cara sebenar untuk ke tandas.
Tetapkan masa, seperti: setiap 15 minit, ajak anak anda ke tandas untuk membuang air kecil. Bagi merangsang proses pembuangan air kencing berlaku, ajak anak ber-cangkung, basahkan kemaluan dengan air atau membuat bunyi-bunyi seperti " shhh…". Sekiranya anda dapati 15 minit adalah tempoh yang terlalu singkat untuk anak anda, maka anda boleh panjangkannya ke arah 20 minit atau 30 minit. Namun selepas dipanjangkan tempoh tersebut, anak anda sempat pula ter-kucil di luar tandas, maka pendekkan kembali masa tersebut.
Walaupun dia tidak mahu membuang apa-apa semasa berada di dalam tandas, tidak mengapa. Ajarkan anak cara-cara membersihkan kemaluannya dan ambillah peluang ini juga, untuk mengajarkan anak adab-adab ke tandas. Baca doa sebelum masuk ke tandas, masuk tandas menggunakan kaki kiri, memakai selipar di dalam tandas, keluar tandas dengan kaki kanan dan lain-lain.
Lakukan teknik ini dengan suasana yang ceria dan menggembirakan. Elakkan paksaan atau meninggikan suara sewaktu mengajak anak ke tandas. Aktiviti ini mungkin agak memenatkan, tetapi yakinkan diri anda, bahawa sekiranya anda terus bersabar dan istiqamah melakukannya, maka anak anda akan CEPAT berjaya.

Teknik #3: Berikan ganjaran
Kanak-kanak sangat sukakan ganjaran. Mereka akan rasa lebih teruja untuk melakukan sesuatu sekiranya ada ganjaran. Ganjaran untuk latihan ke tandas perlu diberikan setiap kali anak "berusaha" untuk ke tandas (samada anda yang menyuruhnya, atau dia pergi sendiri ke tandas).
Cuba perhatikan betul-betul, yang saya highlight kan di sini adalah ganjaran untuk USAHA, bukan untuk hasil. Bukan mudah untuk anak kita menguasai sesuatu kemahiran. Oleh sebab itu, kita sebagai ibubapa harus menghargai usahanya, walaupun usaha yang tidak mendatangkan hasil. Lebih banyak penghargaan diberikan atas usaha, maka LEBIH CEPAT lah usaha itu membuahkan hasil.
Antara elemen ganjaran yang selalu dipraktikkan di serata dunia ialah dengan menampalkan pelekat (sticker) bintang kejayaan. Buatkan satu jadual latihan ke tandas yang berwarna-warni untuknya. Tampalkan di dinding rumah dan tuliskan di bahagian headline, " BERJAYA!!" (Contoh: Ammar BERJAYA!!).
Setiap kali anak keluar dari tandas, bacakan headline tersebut dengan nada yang gembira. Lihat wajahnya, dan anda akan dapati dia tersenyum bangga melihat kejayaannya.
Kemudian, ajak anak tampal bintang-bintang kejayaan di atas jadualnya. Katakan padanya, sekiranya bintang-bintang ini penuh sampai ke ruangan ini, ummi akan berikan hadiah. (Janjikan hadiah yang disukainya). Pasti ia akan lebih teruja untuk menambahkan koleksi bintang-bintangnya.
Yakinlah, dengan KESABARAN yang tinggi, prakstis yang KONSISTEN, KEYAKINAN terhadap kemampuan anak , KERJASAMA daripada pasangan dan DOA yang berpanjangan, anda dan anak anda akan berjaya melalui latihan ini LEBIH CEPAT daripada jangkamasa yang ditetapkan.

4 Rahsia Kejayaan Potty Training:

Rahsia #1: Kesabaran
Sabar itu adalah sebahagian daripada iman. Apabila kita dapat bersabar kerana menahan kemarahan, maka satu tingkatan iman di dalam diri kita akan naik pada ketika itu. Mengapa kita perlu bersabar? Ini kerana, dalam kesabaran ada janji Allah swt, "Innallaaha maa's soobirin" (Sesungguhnya Allah swt bersama dengan orang-orang yang sabar). Apabila Allah swt berjanji, pasti dan pasti Dia akan tunaikannya. Apabila kita ber-sabar (mengawal diri untuk marah) sewaktu mendidik anak, maka secara tak langsung, kita sedang menarik magnet yang baik ke dalam diri kita dan anak-anak. Apabila ibubapa mula meninggikan suara kerana marah, magnet kegembiraan akan hilang, dan magnet kesedihan mula menyelubungi jiwa ibubapa dan anak-anak. Nampaknya, kemarahan tidak akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak (ibubapa & anak). Jadi, tiada jalan lain melainkan… BERSABARLAH
Pernah satu ketika di zaman Rasulullah saw, seorang sahabat (yg masih jahil) telah membuang air kecil di dalam ruang solat. Apabila ternampak kelakuan itu, sahabat-sahabat lain mahu memarahi & menghalangnya. Tetapi, Rasulullah saw dengan tenang telah berkata, biarkan dia selesaikan urusannya terlebih dahulu. Apabila sahabat yang masih jahil tadi selesai membuang air kecil, barulah Rasulullah saw datang kepadanya dan memberikan nasihat dengan penuh hikmah.
Sampai ke tahap itu kesabaran Rasulullah saw ye. Sebagaimana yang telah kita maklum, berkat kesabaran itulah, Rasulullah saw berjaya mendidik sahabat-sahabat sehingga menjadi umat yang sangat cemerlang (walaupun asalnya, mereka ini lebih teruk akhlak dan moralnya jika dibandingkan dengan umat di zaman ini)
Semoga kita juga dapat mencontohi kesabaran Rasulullah saw dalam mendidik anak-anak. Yakinlah bahawa, dalam kesabaran, ada kejayaan.
Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:
Amalkan doa ini pada setiap masa: "Robbi yassir wa laa tua'ssir " (Ya Tuhanku, mudahkanlah dan jangan disusahkan)
Jika terasa hendak marah semasa berdiri, maka duduklah. Jika sudah duduk, tetapi masih tidak hilang kemarahannya, maka baringlah. Dan jika dalam keadaan baring pun masih belum dapat menahan marah, maka berwudhu'lah. Senyum pada anak, senyum dan senyum, sehingga magnet kemarahan dan kesedihan itu hilang. Tarik magnet kegembiraan dengan senyuman atau ketawa, maka insyaAllah, Allah swt akan kurniakan perkara yang terbaik untuk kita dan anak kita.

Rahsia #2: Konsisten:

Anda perlu konsisten sewaktu melatih anak ke tandas. Maksudnya, tidak boleh dilakukan seperti ini, hari #1 tidak pakai lampin, hari #2 (sebab ummi dah penat anak pakai lampin kembali. Oh, tidak…ini tidak boleh.
Atau seperti ini: Ketika berada di rumah, tidak pakaikan lampin. Tetapi, apabila hendak keluar shopping, atau sewaktu berada dalam kenderaan kerana musafir yang panjang, anak dipakaikan lampin kembali. (kerana khuatir najis ter-tembus, atau tidak sempat ke tandas dsb). Ini juga tidak boleh. Ya, TIDAK boleh.
Sekiranya anda mahukan latihan ini berakhir dan berjaya dengan cepat, maka anda perlu konsisten. Tidak kira walau apa pun yang berlaku. Satu amal yang sedikit, tetapi konsisten @ istiqamah, lebih disukai oleh Allah swt daripada amal yang banyak tetapi tidak istiqamah. Sama lah juga dengan potty training.
Apabila ibubapa mula hilang konsistensi, maka anak akan terkeliru. Anak akan terfikir; "Apakah aku patut buang najis ku di sini (diaper) atau di sana (tandas)?" "Kadang-kadang boleh buang dalam diaper, kadang-kadang tak boleh? Isy…mana satu yang betul..confuse, confuse.. "
Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:
Untuk ibu yang bekerja, ambil cuti seminggu untuk membuat latihan ini. Ini kerana, tidak semua pengasuh dapat mengambil alih tugas potty training dengan sempurna. Kebanyakannya tidak sanggup, kerana latihan ini akan membebankan mereka. Pilih satu minggu yang kosong (anda dan anak tidak mempunyai sebarang sebab untuk keluar dari rumah seperti untuk menghadiri majlis perkahwinan, atau membeli belah dan sebagainya) Dengan ini, anda akan mudah konsisten.
Dengan langkah yang diajarkan sebelum ini, biasanya, waktu kritikal adalah cuma 3-4 hari sahaja. Namun, untuk menambahkan lagi keyakinan dan keupayaan anak, maka kita berikan mereka peluang selama seminggu.
- 30 minit sebelum anak tidur, pastikan dia tidak minum air. - Ajak anak ke tandas sebelum tidur. - Ajar anak beri isyarat atau cakap apabila terasa hendak membuang air. - Zikir selalu Apabila kita selalu ingat kepada Allah swt, maka bantuanNya akan mencurah-curah datang kepada kita.

Rahsia #3: Keyakinan:

Ini adalah TOP SECRET dalam kejayaan melatih anak ke tandas. Satu perkara, yang dapat membawa kejayaan proses ini LEBIH cepat daripada biasa ialah dengan keyakinan. Btw, yakin pada siapa ye?

1. Yakin pada pertolongan daripada Allah swt, 2. Yakin pada diri sendiri, 3. dan yakin pada kemampuan anak
Dengan keyakinan pada Allah swt, kita akan selalu berdoa, memohon pertolongan daripadaNya (waima untuk buat potty training pada anak!) Ya, dalam apa jua keadaan sekalipun ber-doa-lah pada Allah, kerana itulah senjata paling kuat untuk orang-orang mukmin.
Yakin pada diri sendiri pula akan meningkat apabila keyakinan kepada Allah swt diusahakan. Tiada keyakinan diri yang lebih hebat, daripada merasakan yang Allah swt sentiasa ada bersama-sama dengan kita. Dia sentiasa membantu kita, dan Dia juga yang akan memberikan kejayaan buat kita.
Yakin pada kemampuan anak. Ini adalah bahagian yang mungkin agak sukar dalam latihan ini, namun ia boleh dibentuk. Menurut kajian, kanak-kanak adalah makhluk yang dilahirkan dalam keadaan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Kita sebagai ibubapa lah, yang mencorakkan keyakinan diri nya, samada mahu terus membinanya, atau meruntuhkannnya.
Apabila anak melihat ibubapa yakin terhadap kemampuan mereka. Maka, keyakinan mereka akan meningkat dengan pesat. Tetapi, apabila anak melihat ibubapa hilang keyakinan pada kemampuan mereka. Maka keyakinan mereka akan menurun sedikit demi sedikit. Ini kerana, kita adalah orang yang paling mereka sayangi di muka bumi ini. Sedikit sebanyak, persepsi kita memberi kesan kepada jiwa mereka.
Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:
Terus konsisten dalam latihan ini. Jangan sarungkan diaper sewaktu hendak ke pusat membeli belah atau semasa dalam kereta, kerana anak akan fikir; "ummi tidak yakin pada kemampuanku, sebab itu dia pakaikan diaper", "aku akan cakap bila terasa hendak ter-kencing, tetapi kenapa ummi masih pakaikan diaper lagi? Mungkin sebab, aku belum berjaya kot"
Sentiasa berikan taghrib (motivasi) kepadanya. Samada melalui perbuatan, mahupun percakapan. Contoh-contoh ayat;
(Apabila dia berjaya ke tandas) "Yeay, Iman berjaya!! Sayang anak ummi..Mmuaahh" (Sebelum keluar dari rumah) "Zakwan akan cakap dengan ummi bila terasa nak buang air kecil,kan?"Dia pun mengagguk-anggukkan kepala. "Sayang anak ummi..mmmuaaaah!" (Apabila melihat anak ter-kucil di luar tandas), "Tak apa Ibtisam, nanti ummi lap. Lain kali, kalau Ibtisam rasa nak terkencing, Ibtisam terus pergi ke tandas, tau. Ummi yakin Ibtisam boleh buat. Sayang Ibtisam..mmmuaaah"
**pelukan dan ciuman ibubapa dapat meningkatkan keyakinan anak terhadap dirinya. 

Apabila anda yakin pada kemampuan anak, mereka akan cepat berjaya. Yakinlah kepada kemampuan anak dengan sepenuh hati, kerana apa yang dirasakan dalam hati, akan terpancar melalui perbuatan kita. Jangan biarkan anak ter-hidu walau sedikit pun ketidakyakinan ibubapa terhadap diri mereka.
Rahsia #4: Kerjasama pasangan
Dalam apa jua proses pendidikan anak-anak, kerjasama pasangan merupakan success factor (faktor kejayaan) yang paling terunggul. Ceritakan dan rancang bersama dengan pasangan anda, bagaimana untuk menjalankan latihan ini. Tetapkan masa yang sesuai, di mana anda dan pasangan sudah bersedia untuk melalui latihan ini.
Kerjasama ini bukan bermaksud pasangan anda mesti menolong mengelap, membasuh dsb (Jika anda memperoleh kerjasama seperti ini, Alhamdulillah Percayalah, ia adalah satu BONUS bantuan daripada Allah swt. Kerana, tidak semua isteri, mendapat sokongan seperti ini)
Kerjasama mungkin juga dalam bentuk sokongan motivasi secara lisan atau sekurang-kurangnya tidak menambahkan beban kerja untuk anda yang sedang menjalankan latihan ini kepada anak. Kebiasaannya, ibu yang akan memainkan peranan besar dalam potty training ini memandangkan wanita dikurniakan oleh Allah swt dengan sikap sabar. Sekiranya pasangan anda, kurang melibatkan diri dalam latihan ini, jangan sedih atau putus asa. Berbalik kepada Rahsia #3: Yakin pada pertolongan Allah swt.
Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:
Zikir yang boleh diamalkan: Hasbunallaha wa nikmal wakiil. A'lallahi tawakkalna (Cukuplah Allah sebagai pembantuku. KepadaNya lah aku berserah)
Amalkan tasbih fatimah sebelum tidur: 1. Subhanallah 33x 2. Alhamdulillah 33x 3. Allaahuakbar 33x 4. Laailaahaillallahu wahdahu laa syariika lah. Lahul mulku walahul hamdu, wahua a'la kulli syaiiin qadir 1x
Fadhilatnya; Allah swt akan memberikan bantuan lebih baik daripada mempunyai seorang pembantu.
Teruskan berdoa, usaha, dan berdoa lagi dan lagi sehingga akhir hayat. InsyaAllah
Semoga anda memperoleh manfaat daripada perkongsian ini. Saya juga budak baru belajar, seandainya ada kesilapan, tolonglah betulkan. Terima kasih atas sokongan anda semua. Dan tidak lupa juga, Semoga Berjaya!!
Info aku dapat kat SINI

www.tips-fb.com

2 comments:

LYAfrina said...

tq for sharing..tip parenting terbaik..

hafizah hanapi said...

tq jugak awk kat lya sebab sudi share tuto pasal penyelesaian ruang upload gambo yg dah full tu....sy shre di blog sy ye...=)

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!