Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 9, 2012

Amalan Berpantang Bersama Shaklee

Assalamualaikum wbt..

Aku skang ni tengah gigih cari set berpantang dan info2 tentang amalan sewaktu berpantang. Dan tetiba terjumpa artikel ni di FB PIICM.
Aki suka baca artikel n soalan2 ibu di fb PIICM ni sbb banyak info pasal mengandung kite leh perolehi.

PIICM =Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung. Uols type je kat fb bahagian search. Pasti jumpa n lepas tu LIKE k. =)

Dan,aku rasa artikel amalan berpantang ni bagus utk aku amalkan nanti. Sangat2 membantu aku masa nak in comfinement nanti.
Dan yg paling aku teruja adalah vitamin2 shaklee utk ibu dlm pantang. Rasa cam best plak set shaklee ni. Mcm sgt lengkap segala vitamin2 nya utk pemulihan ibu baru bersalin. Hmmmm...macam nak beli je set ni sbb smua vitamin yg diperlukan Ibu selepas bersalin ada dlm set ni. Cuma harga je tak tau lagi. Japlagi nak servey harga.

Amalan selepas Bersalin (Berpantang) cara Tradisional dan Moden yang sesuai diamalkan. ♥ Mommies Mate

1. Urutan Mengurut sangat baik untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Bahagian yang biasanya diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala. Mengurut boleh menghilangkan sengal-sengal badan.

2. Bertungku Bertungku bertujuan untuk mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. InsyaAllah, lepas bertungku darah nifas akan mudah dan banyak keluar. Sebaiknya-baiknya bertungkulah tidak kurang daripada 45 minit setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang.

3. Bertangas Kaedah bertangas mampu membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan peranakan , membetulkan kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Ini penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan segera. Biasanya rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang. Cara bertangas adalah air rebusan rempah ratus yang masih panas diletakkan di bawah kerusi dan ibu duduk di atas kerusi sambil membuka kaki supaya wasapnya dapat diserap dari bahagian bawah. Pastikan wasap tersebut terkepung dengan cara melabuhkan kain yang dipakai ibu hingga ke lantai.

4. Berbengkung Berbengkung sangat membantu untuk mendapatkan bentuk tubuh kembali ramping. Berbengkunglah setiap hari sehingga habis berpantang terutamanya ketika waktu makan. Ia bukan sahaja boleh mengelakkan masalah perut buncit, juga boleh mengembalikan kedudukan peranakan.

5. Mandi rempah ratus Anda digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan daun atau akar kayu. Air mandian tersebut berupaya mengeluarkan angin, memberi kesegaran dan menghaluskan kulit. Amalan mandi biasanya dilakukan pada hari ketiga dan seterusnya, sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut. Antara jenis daun herba yang digunakan ialah pandan dan serai wangi. Air rebusan sireh yang sudah suam pula boleh digunakan untuk bersuci selepas membuang air kecil.

6. Memakai param dan pilis Param dipakai ke seluruh badan dan pilis disapu di dahi. Kebaikan memakai param ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin. Pilis pula untuk mengelakkan pening dan mata rabun. Pemakaian herba dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.

Disamping semua ini, anda juga boleh mengamalkan vitamin berasaskan produk semulajadi sebagai pelengkap atau altenatif yang sangat mudah untuk kesihatan dalaman Ibu2 Berpantang iaitu "Set Bersalin Shaklee".

Set Bersalin Shaklee terdiri daripada:

a. Vitamin C- Untuk kuatkan antibodi badan ibu, membina kolegen yang penting untuk menyambung struktur otot dan tisu. Turut mempunyai kuasa penyembuhan.

b. Vitalea - Mengandungi multi vitamin dan mineral semulajadi untuk menampung kekurangan zat zat makanan penting sepanjang berpantang.

c. B Complex - Memberi kesegaran kepada ibu, mengatasi kelesuan, membantu menukarkan karbohidat, protein dan lemak kepada tenaga. Jadi, turut membantu ibu menurunkan berat badan selepas bersalin.

d. Zink- Sangat baik untuk baik pulih luka dalaman, membantu pemulihan sel badan dan bagus untuk masalah keguguran rambut.

T

Utk info lanjut pasal set vitamin / bersalin shaklee,leh baca kat sini : Set Bersalin/Vitamin Shaklee. www.tips-fb.com

0 comments:

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!