Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 14, 2012

Bulan ke 5

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

 Assalamualaikum WRT... 

 Pada 2/10/12 aritu ku ada buat pregnancy check up.(checkup kat tempat keje sendiri je. Free of charge n ultrasound/ scan baby semua free) .
Sejak last check up pd 7/8/12 yg lalu(sebelum raya,) baru buat next checkup. Xtaulah kenapa gynae bg appointment agak lambat ckit kali ni. 
 Alhamdulillah ini check up yg ke 5 bulan.siapa yg org jb n pernah buat treatment kat PSH jb,kenallah Dr Ding,my special gynea. Since 1st baby lg mmg ngan dia. Mmg aku prefer dia wlaupon ada another two doctors gynea kat situ. Maybe sbb Dr Ding paling senior kot kat situ,sbb tu aku pilih dia. 

 So,check up kali ni, adik wisya kat dlm nampaknya dah makin besar n aktif. Berat pun dah semakin gah mencanak naik. Berat dikandungan usia 5 bln ni dah jadi 67kg. Beratkan???? Huhu...takpe,aku dah nekad akan turunkan balik berat badan aku ni. Nak kena telan acai berry kot.hihi.

 Mcm biasa,masuk2 je bilik doctor dia tanya khabar, tanya ada mabuk2 lg x?baby ada gerak x? Then,check blood pressure - he said normal...alhamdulillah, lega disitu sebab benda yg paling aku takut masa pregnant ialah darah tinggi!!! Sangat2 aku takut klu ianya berlaku pada aku. Yelah,banyak risiko dan komplikasi klu darah tinggi time pregnant ni. Penyakit tu kalau medical term dipanggil pre eclampsia. Adakalanya boleh membawa maut buat si ibu. Selain tu,akan menyebabkan mummy tu terpaksa beranak secara ceaser atau pembedahan. Eiiiii...aku memang say no to ceaser. InsyaAllah klu diizinkan Allah aku nak dan sentiasa berdoa agar aku bersalin secara normal utkk kesemua bakal2 anakku. Itu je harapan aku.amin.InsyaAllah.

   Then lepas check blood pressure n timbang berat,aku terus disuruh berbaring utk mula di scan. Dimana aktiviti wajib setiapkali check up di spital swasta dan benda yg paling aku nanti2kan bila checkup time. Sbb masa nilah aku dapat tatap wajah janin anakku didalam. Dari 1 st baby sampailah yg ke second ni,inilah antara moment Indah bila dapat tengok gambar scan baby. Every time tgok mesti tersenyum memanjang dan rasa terharu yg tak terhingga. Hanya mummies yg dah pernah rasa dan alaminya je yg faham ape yg aku maksudkan. Bila scan dan tgok baby bergerak dan bernafas dgn sempurna,barulah rasa lega yg amat. Kalau tak,risau je manjang sbb taktau keadaan die didalam. 

Alhamdulillah doctor cakap,baby ok n nafas lancar. So far no any abnormalities finding. Berat baby pon dah 414gram. =) Masa dok scan tu,doctor ding siap menyanyi-nyanyi lagi. Mood happy nampaknya. Kalau tak, diam je. Sebab doctor ni memang kurang bercakap ckit. Klu uols tak brrtanya,jgn haraplah dia nak explain ape2 psl kandungan kita. Dgn dia,kita yg kena rajin bertanya. Contohnya masa scan, die sibuk dok nyanyi2...sambil tgn dok meraba perut aku dgn alat ultrasound tu utk ukur baby dan tgok keadaan baby. Kalau sesetengah doctor, mulut dah becok membebel2 pasal kandungan yg di scan tu kan.die ni tak,diam je. Sebab tu aku terpaksa jadi polis sekejap dgn persoalan2 yg aku tujukan pd dia. antaranya aku tanya sama ada dah boleh nampak gender ke belum? Haaaaa...yg ini rahsia dulu aaaaaaaaa......ahaks. Jawapan gender tu dah ada tp aku nak bg uols suprise, so ia adalah pnc buat sementara waktu ni okeh.hehehehe... 

 Oklah dah penat nak menaip lagik. Aku stop membebel dgn gambar2 scan aku dari 1st month sampai 5 month k. Aku nak simpan gambo2 ni buat album macam masa wisya dulu. Excited mak kan...




Ni 1st month. Baru nampak kantung je.

2nd months. Masih kantung dan berbentuk dot.


3rd month. Janin dah mula membentuk. And Dah mula ada jantung dan bernafas.

4th month. Checkup sebelum raya aritu. Alhamdulillah baby makin membesar

Yg ni latest check up pd 2/10/12 . Soryla...anda kena tengok gambo ni sambil menelengkan sedikit kepala..hahahah.
Dah mula nampak jelas pembentukan baby. Dah nampak jelas kaki dan tgn. Gender pon dah dapat detect. Alhamdulillah Next check up will be on 6/11/12.:)



Nak tambah duit selain Nuffnang? Klik2 banner bawah!! www.tips-fb.com

0 comments:

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!