Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 21, 2012

Sejarah Blog

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Assalamualaikum WBT... 

 Salam tengahari...dah lunch ke? Aku diet arini. So,hari ni aku adalah tidak makan. Actually kenyang lagi sebab masa sarapan pagi tadi,aku bantai nasi goreng sepinggan ngan kuih apam pedas 3 bijik. banyak okeh utk mummy preggy cam I ni. so,apekata tengahari ni kite takyah makan. tp kang balik kije,mesti lapo gile2 nye.aku mmg camtu, bila balik kije cam org kebulur cari nasi. time balik amik Wisya kat umah mak,aku amik kesempatan bongkar dapur org tua tu kot2 ada makanan yg aku leh makan. 

Memang skang ni since dah kurang mabuk ,aku makin kuat makan okeh. Semua benda aku nak bedal, pastu sekali makan boleh sampai 2-3 pinggan.dahsat kan??? Lepas tu, kadang dah melantak,sejam dua dah lapo balik. Adessss...that's why,tiapkali pregnant, aku tak heran klu badan aku naik mencanak. Memang selera aku dasat masa pregnant. 

 Actually entry ni entry merapu. aku kalau dah sedap start berblogging,memang takleh nak stop.macam2 cite akan kuar. tapi arini rasa nak share macam mana aku leh start berblogging. Actually sejak aku sekolah rendah lagi aku suka tulis diary. Nanti aku akan beli buku/ diary yg cantik2 n ada gambar kartun.

 Pastu aku buatlah sebagai diary peribadi aku. Aku kan memang suka menulis n mengarang... So,sometimes,aku jadikan diary aku utk tulis puisi lah... Pastu aku suka bercerita kesah hidup aku setiap hari. Pernah sekali tu aku beli diary yg ada mangga kecik dengan harapan takde org yg boleh baca diary aku. Konon2 diary tu privacylah. Dedulu kan ada diary yg bermangga tu kan.bagi aku masa tu,diary adalah rahsia peribadi aku.hiksko Tapi dah tak tau tah kemana pergi diary2 tu skang. Ada yg aku simpan lagi cuma aku tak ingat kat mana aku letak. Kalau bongkar,mmang boleh jumpa. Pernah dulu aku baca balik diary aku,rasa nak tergelak pun ada. Sebab sometimes cite pasal aku gaduh ngan member pon aku masuk sekali dalam diary. Then,masuk sekolah menengah,kalau tak silap aku, tahun 1998, teknologi IT semakin berkembang. Aku mula diperkenalkan pada komputer dan internet. tp masa tu,aku masih belum tau apa itu blog lagi. yg aku tau,email,MIRC n YM. masuk je tahun 2001, aku mula kenal forum. Forum ni macam tempat kita berbincang dan bersembang dengan sesama kenalan maya. 

Kalau dulu,first forum yang aku masuk adalah forum sembang.com forum ni memang popularlah satu masa dulu dan skang masih wujud lagi. Cuma aku je yg jarang log in. Ha,utk berforum,kita kena register as a forumnist. Letaklah nickname ape2 utk join. Kalau dulu nickname yg slalu aku guna adalah Fiza Qadida. Dan sampai skang terlekat nickname tu utk facebook aku. seronok bila join forum di internet ni. 

Banyak kawan maya yg kita dapat. Kiranya tempat kita meluahkan perasaan lah. Kalau ada problem or ada kesah yg kita nak bincang,mulalah bukak thread/ topik dan lepas tu mesti ramai ahli forum yg bagi feedback kat topik kita tu. Seronok sgt kalau topik kita tu dapat respon yg ramai dari ahli lain. Kami dah macam satu kuargalah pendek kata. Saling bantu membantu menyelesaikan sesuatu masalah. Then,masuk tahun seterusnya,aku terjumpa plak satu lagi forum lain dimana kebanyakan ahli forum disembang.com tu dah beralih arah ke new forum yg aku jumpa tu. Nama forum tu ialah forum http://www.bincang.net dan forum ni pon still wujud lagi. Dan forum nilah antara forum yg paling lama aku join dan paling banyak kenalan yg aku kenal. Sampaikan aku hampir 2-3 kali jatuh chenta ngan mamat2 forum tu tp tak menjadik sbb mama qadida dulu seorg yg pemalu. 

 Dan nak dijadikan crita,drpd forum bincang.net nilah aku mula tau apa itu blog. Ramai ahli forum dah bukak blog masing2. Blog ni ibarat diary juga tapi ia berbentuk online diary. dan disebabkan aku kaki internet,aku pon tak ketinggalan utk mewujudkan sebuah diary online iaitu dikenali sebagai blog. Utk register blog senang je. Free je.masuk www.blogdrive.com . register je kat situ. so,sejak tu bermulalah dunia blogging aku. Dah tak perlu tulis pakai tangan lagi utk tulis diary. Hanya dengan menaip je,aku dah boleh kesahkan crita hidup aku everyday. Diary book pon dah ntah kemana aku campak. Huhu. First blog aku bukak masa tahun 2003.. Masa tu aku letak nama blog aku fizaqadida. Blog tu aku kurang suka sebab menggunakan application lama.so,tak banyak yg aku boleh buat ngan blog tu.atlast aku tukar pada blogger plak. Utk register blogger,masuk je www.blogger.com org kata,blogger best ckit drpd blogspot. Ha,macam2 versi blog ade kan? Tau ngan tak tau guna je. Dan aku register blog baru tu dengan nama http://www.fizaqadida.blogspot.com. Aku register versi blog baru ni lepas aku beranakkan wisya. 

 Actually blogdrive tu aku guna masa aku belajar kat nursing kolej dulu. Banyak kesah study nursing je dlm tu. Then,lama aku diam, tak berblog lagi sebab macam dah takde idea nak berblog. so,sejak bersalinkan wisya dan sejak aku mula aktif kat forum susuibu.com(sbb aku suka korek ilmu susu ibu menerusi laman web tu) Sejak tu,aku mula mencari maklumat susu ibu dengan membaca blog2 ibu yg menyusu badan utk anaknya. Sejak tu,aku mula teringat dan tertarik utk membuka blog semula.senang cite,minat nak berblogging tu dtg baliklah. 

Dan dgn menggunakan blog lama fizaqadida tu,aku mula start balik berblogging. dalam tu aku banyak crita pasal kehidupan aku setelah bergelar isteri dan mama kepada dua org insane kesayangan aku. Aku banyak share crita ttg pengalaman menyusukan bayiku dgn susu ibu dan menulis tentang perkembangan darwisya dari bulan ke bulan. Kalau nak tgok blog tu,boleh masuk ke http://www.fizaqadida.blogspot.com.

Aku aktif blogging dgn blog ni sampailah wisya masuk 2 tahun lebih. Selepas2 tu,aku dah macam buhsan nak ngadap blog lagi. Sikit demi s sikit mood dan keghairahan aku utk berblog menurun dan menurun. Berbulan-bulan jugak aku stop dari berblogging . Bila wisya masuk 3 thn(thn ni), tetiba mood datang balik. Bila mood dtg balik,blog aku plak kena virus. Dan aku terpaksa bukak blog baru tp still versi blogger jugaklah.. Tapi kali ni aku tukar kepada nama blog baru iaitu,blog yang aku ada sekarang. Sejak tu aku mula aktif balik tp itupon on off ...on off jelah. Kiranya blog aku ni macam biskut chipsmore,kejap ada,kejap takde. 

Tp walaucamna pun,aku tetap takleh tinggalkan dunia blogging. Walaupon sometimes berbulan2 aku menyepi daripada menulis entry kat blog ni,tp sampai satu2 masa,aku mesti akan menulis jugak balik blog ni. Mungkin aku dan blog tak dapat dipisahkan kan...gamaknya laaaaa.. Aku sayangkan blog aku,aku sebolehnya taknak biarkan blog ni berkubur mcm tu aje. biar bersawang mcm manapon,aku tetap akan sesekali menjengah dan membesihkan sawang2 tu dengan up kan balik entry aku. Tapi,tulah,sikap M a.k.a malas yg selalu bermaharajalela utk berblog nilah yg buat aku kejap ade kejap xde. Org kata,nak berblog ni kena ada mood,kalau malas,memanglah idea ko utk menulis akan lenyap begitu saja walaupon bnyak cite ko nak story mory. 

 Tp alhamdulillah,sejak dua menjak ni,mood aku seolah2 dtg balik since aku preggy kan anak kedua ni sebab aku rasa rugi kalau aku tak mengabadika pengalaman mengandung kali kedua ni sebab frankly speaking,masa preggy kan wisya,aku langsung tak tulis apa2 kat blog sebab masa tu aku memang takde mood langsung nak berblog. Macam aku cakap kat atas tadi,aku mula aktif berblog semula selepas melahirkan wisya. Aku rasa rugi sangat masa tu.sebab tu aku taknak lepaskan peluang kali ni. InsyaAllah selagi aku rajin utk hapdet perkembangan pregnancy aku,aku akan hapdet la.kalau x, taklah. Hehehe...sebab aku ni kadang2 ye ye ooo je cakap, .sampai masa,kalau M tu berterusan menganggu aku je,memang aku tak buat. So,ade..adelah yerk. Takleh janji.hik hik. Okeh,rasanya sampai sini dulu kesah dan sejarah berblogging aku. Nanti kalau ade idea lagik,aku cite lagi k. Sebab ni pon idea macam suam2 kuku je sebab otak dan jari dah penat. Hehehe...babaiiiii.
Nak tambah duit selain Nuffnang? Klik2 banner bawah!! www.tips-fb.com

0 comments:

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!