Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 14, 2012

Kesah Raya 2012

Assalamualaikum wbt.

Tadi terdengar topik am krew kat hot fm tentang corat -coret saat terakhir menyambut lebaran dan kenangan manis raya tahun ni. Tiba2 datang plak idea nak hapdet blog tentang raya pada diri aku plak. Siyesli, raya tahun ni aku rasa adalah raya yg paling2 membosankan utk aku. Kenapa????



Yelah, tahun sebelum2 ni aku rasa cam happy je beraya. Kata org,raya sakanlah walaupun serba sederhana. Tahun ni,mood happy tu cam ala2 je. Cam ada yg tak kena je. Can't explain but hanya diri aku yg dapat rasa camna. Bulan puasa,aku mengalami morning sickness yg teruk walaupun takdelah sampai kena tahan ward, but aku ada juga amik cuti emergency and mc beberapa kali. Sampaikan orang yg tak senang hati tu dok mengata2 kat belakang pasal aku banyak cuti. Hei you! I bukan sebarangan n sesoka hati je tau nak amik EL bagai.... sebelum ngandung, I langsung tak pernah amik el or mc. Kalau demam, I sanggup keje semata2 nak jimat AL. Hiks hihi....takdelaaaaaa....tapi memang aku actually jarang amik emergency leave or mc kalau tak sakit. Aku kan baik ..huhu...

Sejak2 ngandung ni je, aku terrrrrpaksa amik cuti emergency n mc. Sekali lagi...terrrrrrrrrpaksa okeh! So,itu adalah penyebab utama kenapa aku tak happy raya tahun ni. Bayangkan, kerana mabuk yg teruk,feel utk aku nak sdiakan persiapan raya pun macam hampeh. Takde mood langsung! Dengan langsir tak bertukar, umah tak berkemas(since mabuk, aku mmg tak masuk dapo. Tak masak pun) Nasib baik laki aku jenis memahami sebab die dah pernah ada pengalaman masa pregnant kan wisya dulu. So,dia dah Faham betullah yg aku tak boleh nak masuk dapo. Dan nasib baik dia rajin jugak menolong aku mengemas umah dan memasak. Itu satu sikap husband aku yg aku suka! Walaupun husband aku ni takdelah rajin mana pun,tp syukur sejak aku preggy ni,dia cuba ringankan tulang dia yg sebenarnya berat. Keh keh keh. Thanx abg!!! Syg hargai apa yg abg dah buat utk syg! Okeh,berbalik pd cite raya, mr hubby bila tengok bini die cam tak happy,dia pun terikut sama. Mungkin dia pun tak happy juga bila tgok aku sakit2, mabuk,muntah2 kan. Terus hilang mood dia nak beraya. Then,ada satu lagi masalah besar yg buat kami rasa tak happy tahun ni. Rasanya hal ni better kami simpan je sebagai masalah peribadi kami. Yelah, tak semua benda boleh cite pada semua org kan.

Hmmmm...tapi tulah,setiap masalah kita kena hadapi juga dengan redha walau seberat mana pun masalah tu. Kami anggap itu semua ujian dan dugaan buat kami. Tapi hanya Allah saja yg tahu betapa beratnya ujian buat kami kali ni. So,hanya kerana tu kami trrpaksa mengurangkan sedikit kegembiraan hari raya kami sebab apa yg penting,kami harus selesaikan segala masalah yg kami hadapi. Apepon aku redha dgn apa yg kami lalui dan alhamdulillah sedikit demi sedikit masalah kami ni bakal selesai dalam sedikit masa lagi.

Dan Allah sekali lagi menguji kami bila motorsikal mr hubby plak rosak masa bulan puasa aritu. Hampir beratus duit terbang utk membaiki motorsikal tu. Dan duit bonus mr hubby yg sepatutnya dijadikan modal persiapan raya kami,terpaksa burn kat bengkel tu. Tp apepon,sekali lagi kami anggap ini sebgai ujian dan alhamdulillah walau camnapun aku tetap bersyukur sebab kami still dapat membeli keperluan raya especially baju dan kasut wisya serta kuih muih utk keluargaku dan mertua. Syukur sangat. Dari apa yg berlaku pada kami ni,aku percaya rezki Allah tu ada dimana2. Tak terhad pun kalau kita sentiasa redha dgn ujian yg diberi. Yelah,kami hampir berputus asa sebenarnya. Stress sgt dgn apa yg menimpa, tp tak sangka, dalam keperitan kami tu,ada rezki lain yg datang. Alhamdulillah. Walaupun Serba sederhana,kami bersyukur. Lagipun raya bukan utk membazir kan? Sekadar mencukupkan keperluan yg ada je.

Apa yg penting,biar anak yg happy. Itu je harapan aku. Sebab tu,keperluan lebih banyak utk Wisya je. Mama syg wisya! Dan kerana mood yg sememangnya zero utk beraya, kami tahun ni memang kurang nak berjalan2. Ada tak ada pon,kami beraya dirumah mertua n parent aku sbb tahun ni kami sama2
dapat cuti. So,itu jelah kot berita gembira kami thn ni. Sama2 dapat cuti. Tahun depan mr hubby dah cakap awal2 yg dia kena keroje! Aku je yg tak tau lagik. Panjang rasanya aku bebel. Kalau dah menaip,memang takleh nak stop okeh! Tapi apa yg aku tulis ni sebenarnya bukanlah hendak buka pekung didada, tp sekadar utk dijadikan tatapan di hari tua nnt. Aku kan suka tulis diary sebab aku suka baca balik apa yg aku pernah lalui dizaman silam aku. Sebab tu aku wujudkan blog ni. Dan adakalanya aku terfikir, sekiranya terdapat lah pembaca blog picisan aku a.k.a diary online la gamaknya ni, aku sekadar berharap agar segala crita suka dan duka aku dalam ni,boleh dijadikan panduan dan tauladan utk masyarakat diluar yg membacanya. Itu je harapan nipis aku. Okla...segala luahan telah terluah,segala coretan telah tercoret. InsyaAllah mudah mudahan kami tidak akan ulangi lagi raya yg suram seperti raya 2012 ni. InsyaAllah, tahun depan,kami dah berempat. Harapnya kegembiraan dan keceriaan semakin menyinari hidup kami dengan kehadiran org baru nnt. Dan lebih bersemangat nak sambut raya tahun depan walaupun perbelanjaan of coz semakin bertambah. Ihiks. Hanya satu yang aku benar2 syukuri utk raya kali ni dan seperti sebelum2nya kerana aku masih diberi kesempatan dan peluang utk berhari raya bersama ibu ayah dan adik beradik yg lain pada tahun ni. Syukur alhamdulillah. Rasanya ini yg lagi penting dari semua benda yg lain kan. Tak dapat bayangkan kalau beraya tanpa salah sorang ahli kuarga. Hurmmmm. www.tips-fb.com

0 comments:

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!