Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, August 26, 2012

Syawal 2012 Kami

Assalamualaikum wbt...



Raya tahun ni agak tak berapa nk meriah sebab tuan tanah blog ni tak sihat. So,persiapan pun so-so je. Really no mood nk raya tahun ni. Langsir tak bertukar,umah tak berkemas. Baju raya pun pakai ala kadar je. Ade takde pun,cuma persiapan Wisya je yg meriah ckit. Maybe wisya je kot yg betul2 happy sambut raya tahun ni. Mr abah pun ala kadar jugak. Maybe tgok bini die xde mood nak raya,die pon ilang mood.hehe.sory HubbyKu! Tahun dpn kot kita raya btul2.

 Ocayz! Tahun ni alhamdulillah kami dapat cuti raya sama2. Dan sama2 dapat cuti selama 4 hari. Kira okey la sbb tahun lepas kami berdua kena keroje. So,tahun ni turn beraya kerumah mertua hamba di kampung paya, simpang renggam. Di rumah Mil n Fil beacuma raya pertama dan kedua je. Petang Raya kedua tu kami dah bertolak balik ke Jb,beraya kerumah keluarga aku plak. ( saat ni paling best kot). Ala,cubalah tanya mana2 org,mesti lebih seronok beraya ngan kuarga sendirikan.

 Tapi, so far,aku seronok juga beraya ngan family mr hubby. Raya pertama,my family in law dah ajak pusing satu kampung beraya umah sedara mara. Depa ni sume tinggal sekampung. Umah dekat2 je. Umah nenek mr hubby pon x sampai bape kilometer dari umah mertua aku.so,sampai ke ptg,kami pulun ziarah umah dorang. Sampai umah dah maghrib,lepas solat, terus leypak. Penat weh beraya ni.dengan perut yg full lagi! Ha,sebut pasal makan ni, tahun ni akulah kot org yg paling makan ckit. Mil n adik ipar pun cam tak caya. Kalau tak,akulah org yg paling suka makan.pergi umah org tu,aku cekik,pergi umah org ni aku cekik lagi.walau pun 10 buah umah pun aku still mampu cekik banyak2. Tp tahun ni,makan sekali je(sebuah umah) dah kenyang,dah takleh masuk. Adeh. Mmg rasa rogi sangat.ate..tgok makanan banyak2 pun dah nak termuntah. Seingat aku,dlm banyak2 umah yg kami ziarah,hanya 2 buah umah je yg aku makan berat2. Yg lain semua makan kuih je.

 Oklaaaa..byk gak dah aku membebel. Anyway skang ni,aku dah dirumah aku sndiri di Tmn U. InsyaAllah japlagi nak ikut mak n ayah aku ziarah umah sedara di jb plak setelah smalam satu hari suntuk rehat kat umah. Semalam mmg x sihat sbb mabuk teruk menyerang kembali. InsyaAllah, klu sihat kang aku ikutlah mak aku. Wisya pun masih tidur lagi sbb malam tadi die tido pukul 2 pagi okeh. Mama n abah die mata dah kuyu, die boleh segar bugar lagik.adeh. so,kami nak rehat2 dulu pagi ni. Esok kami laki bini dah start kerja. Adussss...malazzz nyaaaaa..!

 Anyway,nak crita ckit tragedi raya kami:)

 1) Wisya tertinggal kasut raya kat umah nenek dia. Dah smpai jb baru perasan. Nasib baik adik ipar balik jb malam tu jugak.die pon tnggal kat jb gak. so,die singgah umah kami antar kasut wisya.huhu.thanx Mazlan.

 2) wisya terbegik / tercekik gula2 masa beraya kat umah kakak sulung my Mil. Adeh,nasib baik tak berlaku ape2 perkara serius. Sejak tu,trus die phobia makan gula2. Bagus!

 3)line tenet kat kampung hubby mcm hampagas!!! Langsung x dapat. Grrrrr... Neway gambar kite share dilain entry k. Selamat Hari raya. Maaf zahir dan batin. www.tips-fb.com

0 comments:

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!