Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 22, 2012

Saksi Maut Rancangan Yang Menginsafkan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Assalamualaikum WRT...


Salam satu blogger!
MQ masih bercuti..
takde ape nak buat,so tetiba tingat nak tengok rancangan "Saksi Maut" yg diterbitkan tv9..
selepas tgok gazet pogram ni kat tv9 tadi..
tetiba tingin nak tgok sbb MQ memang suka tengok rancangan2x mcm ni..
Rancangan2x mcm ni lebih menginsafkan kalau ditonton..


so,MQ buat marathon tengok rancangan ni kat tonton.com.my 
dia dah masuk episode yg keempat..
so, MQ tengok dari epi 1 smpai epi 4..
ni pun baru je abis tengok episod 4
pasni mesti MQ akan follow rancangan ni yg ditayangkan setiap hari selasa kalau tak silap.

fyi,sesiapa yg belum tahu ini adalah rancangan apa?
ia adalah sebuah program seperti dokumentari dimana kita dapat saksikan bagaimana kejadian2x yg menyayat hati seperti lemas,kemalangan,disambar petir dan sebagainya berlaku didepan mata ahli keluarga mangsa ataupon dari org ramai...
so, rancangan ni mengupas kembali bagaimana proses kejadian berlaku yg akan diceritakan oleh saksi2x pada masa tersebut..
pendek kata, rancangan ni dapat kite lihat pengalaman ngeri,suasana yg menyayat hati oleh ahli kuarga mangsa bagaimana menghadapi kejadian2x tersebut.




Sebak...sedih...menyayat hati...terharu..
semuanya ada lepas tengok 4 episod rancangan ni..
Sedih dan sebak yg amat bila menyaksikan kuarga2x mangsa yg kehilangan org tersayang.


episod 1:
mengisahkan sebuah kuarga yg menetap di Tmn Bestari ,Johor Bahru [dekat ngan umah MQ tau] yg telah kehilangan dua org ahli kuarga sekaligus.Dua anak lelaki kuarga ini telah meninggal dunia selepas lemas di Desaru pada december 2011 yg lalu..Yg tinggal hanya dua org kakak dan adik kalau tak silap..Sebak bila dgr luahan ayah dan emak mangsa yg tak dapat tahan dari menitiskan airmata..Dengan berlatarkan lagu background sudirman yg menyayat hati, MQ dapat merasakan kepahitan yg mereka alami...Menurut cerita mereka, waktu itu cuaca memang tak baik ..ombak kuat tapi ibu mangsa tak fikirkan apa2x risiko sebab die tahu yg anak2xnya pandai berenang..tak sampai 5 minit mereka turun ke laut utk mandi manda, terdengar jeritan kakak2xnya.lalu si ayah terus terjun kelaut bila sedar yg anak2x mereka telah dihanyutkan ombak besar dengan tujuan utk menyelamatkan anak2x tersayang..namun dengan tenaga tua yg dimilikinya, manalah siayah mampu hendak terus membantu sedangkan si anak sudah jauh dibawa ombak.Si ayah pula masa tu cuba pula mnyelamatkan diri tatkala dia pun hampir tak jejak kaki ke tanah..Alhamdulilah si ayah selamat...walaupon terkilan tidak berjaya menyelamatkan anak2xnya.Seorang anak telah berjaya di bawa ketepi pantai tapi dalam keadaan tak sedar diri dan mulut berbuih..yg seorg lagi tak berjaya dijumpai..selepas 30jam, baru jumpa si anak kedua yg rupanya telah dihanyutkan ke pantai batu layar,Astagfirullah...ibu dan ayah mana yg tk terkilan jika menyambut anak dlm keadaan begitu?Dlm rancangan tu, rakan2x sekolah si mangsa dtg ramai2x menaiki bas sekolah.kesedihan menyelubungi satu rumah apatahlagi bila masuk kebilik mangsa melihat segala barang peribadi milik mangsa.
MQ sebak waktu kawan2x mangsa dari Sekolah Seni johr bahru datang beramai-ramai menziarahi si mangsa..
melihatkan kawan2x rapatnya terutama yg lelaki menangis sedih meratap kehilangan sahabat baik mereka, MQ mmg sebak sangat..
Bukan ahli kuarga yg sedih atas kehilangan org tersayang, 
tetapi sahabat2x dan rakan seperjuangan juga akan sedih meratapi kehilangan ini..
MQ tetiba tingat kat bff MQ iaitu Sharifah Mahani[Ani]..
MQ rasa,MQ lah org paling sedih kat dunia ni kalau Ani dah takde kat dunia ni.
Kadang2x sampai terpikir, biarlah MQ pegi dahulu antara kami berdua
so,nnt takdelah MQ rasa sedih kehilangan Ani kan..
dan MQ pasti Ani juga akan rasa yg sama ..hmm.apepon ajal di tentukan Allah..
MQ harus redha kan apa yg bakal berlaku antara kami nnt..
so, utk kuarga yg bercadang nak picnic kat tepi laut tu haruslah berhati2x..
MQ org johor dan MQ memang tau sgt pantai Desaru tu bahaya..
bulan lepas MQ ada pergi ke Desaru dan frankly speaking, Desaru memang sentiasa ada air pasang dan ombak..
cuma mungkin masa kami pergi tu, keadaan cuaca dlm keadaan baik..
itupon MQ tak berani nak mandi tengah2x..
dan MQ sentiasa awasi Busu Azhar yg leka mandi ditengah2x air pasang..
alhamdulilah tiada apa yg berlaku..
menurut info rancangan tadi, cuaca dijangka tak baik sehingga bulan March ni..
so,rasanya sesiapa yg merancang utk berkelah tu, kena lah pikir baik2x...
tunggu cuaca yg stabil dan baik,baru plan okeh!
utk kuarga mangsa kuzairy dan abangnya , semoga tabah hadapi dugaan ni...
semoga dugaan ini menjadikan kuarga mngsa lebih kuat utk hadapi cabaran yg mendatang.


episode 2
Kesah seorang remaja lelaki yg mati disambar petir semasa sedang berteduh di bawah pokok kelapa di tepi sawah .Waktu tu hujan renyai dan kilat sabung menyabung...Mangsa sedang membantu bapa saudaranya membajak sawah..kilat yg menyambar telah membuatkan si mangsa tercampak kedalam sawah dan mangsa tertiarap..hasil bedah siasat, buah pinggang mangsa melecur teruk. keadaan mngsa masa tu teramat pucat. ibu dan ayah mangsa sedih sebab arwah adalah anak sulung..nenek mangsa juga sedih sebab baru 3 bulan tinggal bersama neneknya yang hanya duduk diatas kerusi roda.
kisah ni pon sedih sebab mangsa digambarkan seorang anak sulung yg baik dan bertanggungjawab..
sanggup berkorban tinggal dirumah neneknya demi menjaga neneknya yg tak sihat
dan sanggup turun ke bendang waktu2x hujan renyai demi membantu bapa saudaranya membajak sawah..
semoga arwah ditepatkan dikalangan orang2x yg soleh disisiMU
dah banyak dah MQ dengar kejadian mati disambar petir..
dulu MQ ada sorang kawan sekolah yang meninggal disambar petir masa sedang bermain bola sepak wanita di padang sekolah MQ..
tapi masa tu MQ tak tengok pun perlawanan tu..
MQ dengar dari member je..
menurut diorang keadaan mangsa terbakar hangus dan terkena jantungnya..
memang menyayat hati ...
so, berhati2x lah apabila berada diluar ketika hari hujan dengan kilat sabung menyabung.
siyesli,MQ sangat takut pada petir /kilat..
kadang2x pernah jugak ter stuck kat luar time hujan lebat n kilat sedang memancar..
pernah satu hari MQ dan member MQ terpaksa harungi hujan lebat utk balik ke spital selepas lunch kat luar..
masa tu konon taknak bawak keta,nak exercise jalan kaki..
masa nak balik tu,ujan tak lebat lagi, dan takde kilat lagi..
malangnya kami cuma bawa satu payung je...
tapi member ajak redah je sebab jam dah nak pukul 2pm..
masa otw tu, kami trpaksa meredah hujan yg makin menggila disusuri ngan kilat yg mula menyabung..
prasaan masa tu hanya Allah yg tahu..
dahlah kami melalui bawah2x pokok besar..
MQ dah diajar dari kecik, kalau petir jangan duduk bawah pokok sebab setan suka kat tempat tu..
so,,kalau ade petir, petir akan menyambar ke pokok2x sebab nak sambar setan yg bertenggek...
ha..lebih kurang mcm tulah..
masa otw tu, MQ n member banyakkan baca mcm2x doa..
MQ rasa takut sgt tapi kami terpaksa redah sebab takde tempat yg boleh dibuat berteduh..
alhamdulillah kami selamat juga sampai..
sejak tu MQ serik nak jalan kaki gi lunch lagi..huhu..


episod 3
mengisahkan Ana yg kehilangan anak dan suami berturut2x..kalau tak silap,, dedulu kite ada digemparkan dengan berita bayi tersedak susu..dan mgkin ,itulah anak sulung kepada Ana. Beliau kehilangan anak sulungnya beberapa bulan sebelum die kehilangan suami pula.  yaAllah..sungguh sedihnya nasib yg menimpa Ana..rasa sedih kehilangan anak tak abis lagi,die dikejutkan dgn berita kehilangan suami nya pula yg terlibat dalam kemalangan semasa menunggang motosikal..
memang sedih sgt !
MQ rasa episod yg ini paling MQ sebak dan tak henti dari mengalirkan airmata..
bayangkan kalau kite yg berada ditempat Ana..
punyai suami dan anak tercinta...
selepas 4 tahun hidup bersama, die kehilangan kedua2xnya dalam sekelip mata dan secara berturu-turut..
Confirm kalau MQ, MQ takkan mampu nak hadapi semua ni..siyes!!!
MQ sgt memahami apa yg ana sedang ana rasakan
sebab kalau dilihat, kuarga ana lebih kurang sama ngan MQ...
punya suami berusia 33tahun dan seorang anak sulung yg dilahirkan pada tahun 2009 sama usia dgn darwisya..
usia suami MQ pon 33 tahun[kebetulan]
so, MQ terbayang mcm ianya berlaku pada MQ
bertambah sedih dan sebak bila melihat Ana sentiasa mengalirkan airmata pilunya bila diminta utk menceritakan apa yg berlaku..
airmatanya bagai ujan yg tiada henti..
MQ sangat simpati dengan nasib Ana.
mungkin ada hikmah Allah beri ujian hebat itu buatmu Ana..
Semoga Ana tabah hadapi dugaan ini..
apepon syukur sebab arwah suaminya ada meninggalkan zuriat yg bakal menjadi peneman dan pelepas rindu buat arwah suaminya kelak.
ye,Ana skang tengah mengandungkan anak keduanya waktu ini..
semoga Ana dan anak ini hidup sempurna dan bahagia..amin


episod 4
kesah kemalangan  teruk yg menimpa sebuah kuarga anggota polis..kejadian berlaku pada tahun 2010.. ada 5 ahli kuarga dalam kereta itu pada masa tu yg terbabas merempuh lori di highway. mangsa yg meninggal adalah suami dan anak sulung daripada kuarga terbabit yg terselamat adalah si isteri,anak kedua dan anak ketiga..kemalangan berlaku semasa mereka dlm perjalanan utk menghadiri kenduri arwah yg ke 100 hari bapa mangsa kalau tak silap..

kesah ni pon sedih sebab si isteri /si emak dapat menyaksikan sendiri didepan mata saat suami tersepit dibahagian pemandu dan si anak sulung perempuan yg tercampak kuar dari kereta...
mujur ada dua lagi anak yg terselamat dan menjadi peneman nya kini..
apepon komen MQ:


mmg sesiapa yg kite sayangi kat dunia ni hanya sekadar pinjaman dri Allah...anak,suami,ibu ayah..semuanya pinjaman dri Allah..Allah boleh ambil bila2x masa je..
Sesungguhnya Perpisahan dgn org yg tersayang itu PAHIT tp kite pasti akan hadapinya suatu hari nanti..hmm..
 sebab tu MQ takut akan kasih sayang sesama manusia sebab MQ takutkan perpisahan..

semoga kita lebih bersedia menerima apa saja yg bakal menimpa pada ahli kuarga kite kelak.
walaupon sukar nak trima..walaupon sepahit mana yg bakal menimpa 
kite harus ingat satu je..
hidup ini pasti mati! takde ape yg kekal
subhanallah..moga aku kuat menghadapi dugaan MU yg mendatang..hmm..sebak!

rancangan2x sebegini memang sangat bagus sebab dapat menginsafi diri ..
yg boleh dijadikan panduan tuk kite semua bagaimana menghadapi kesukaran dan semoga kite leboh bersedia utk mengahdapinya..
thumbs up to crew tv9
teruskan menghasilkan karya2x sebegini..



    Mama sayang Wisya dan Abah ! Semoga Mama diberi masa yang panjang lagi utk terus bersama dua cinta hati mama ni! i luv uols!
p/s: sesiapa yg tingin nak menonton episod saksi maut ni boleh pegi ke www.tonton.com.my
u have to register first k



 
Nak tambah duit selain Nuffnang? Klik2 banner bawah!!
www.tips-fb.com

0 comments:

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!