Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 6, 2012

Fenomena Drama dan Filem Diadaptasi Dari Novel: Pendapat Saya

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum WRT...

Demam drama melayu especially drama bersiri mula melanda di kalangan orang kita sejak kebelakangan ni..
Semakin hari ..drama yang dihasilkan oleh pengarah tempatan semakin mendapat tempat dihati penonton melayu. 
Dengan aku-aku sekali terjebak ngan benda ni okeh!
Apatahlagi sejak line tenet aku dah laju ni..aku semakin gigih menonton drama bersiri secara online di beberapa laman web yang menyediakan perkhidmatan tonton online antaranya di channel2x youtube, Tonton.com.my  dan banyak lagi medium-medium internet  lain yang  disediakan .
Aku juga tak ketinggalan utk mengikuti drama2x melayu ni especially kat youtube dan tonton.

Percaya tak, dalam masa cuti 2 hari ini [sempena Sambutan Maulidur Rasul] , aku dah buat tontonan marathon utk 3-4 buah drama di tonton.com.my. Antaranya Drama bersiri Ariana Mikhail , Gemersik Kalbu, dan drama sebabak Aku,Dia & FB ,Yang Ikhlas dan 30 Hari Mengenali Cinta

Wow!! Aku sendiri tak sangka gigih sungguh aku marathon tgok cite2x di atas ni..
Actually aku ni sebenarnye bukan jenis suka tengok tv..aku bukan kaki tv sbb aku kaki tenet.
So, sbb tu sometimes aku tak tau pon ade cite best like cite2 kat atas ni...sbbb tu aku sntiasa je ketinggalan nak tgok cite2x ni...kalau ada peluang nak tengok pon,mesti tak dapat tengok sampai abis..selalu sangat terskip tgok...biasanya aku akan excited nak tgok drama terbaru masa mula2x episod. tapi lepas2 tu mesti aku akan ada tertinggal nak tengok sbb nyaaa......aku adalah sentiasa balik keje lambat. Bila dah lambat balik, dah tk sempat nak tgok drama tu especially drama yg start kul 7 kat tv3 tu..selalu terskip tgok..sebab kedua aku ni keje ada on call...bila dah on call confirm akn ada balik lambat...walaupon bukan everyday balik lambat, tapi once dah terlepas tengok sesuatu drama tu,aku akn jadi hilang mood nak teruskan tgok episod seterusnya sbb bagi aku,buat ape nak tgok kalu tak faham...hmmm..itulah aku...

dan lain2x sebab yang membuatkan aku tak suka tengok tv adalah disebabkan INTERNET! lagilah bila dah laju gile babas ni..ha, makin ligat aku mentenet...
dan actually kerana internetlah aku dapat tahu beberapa drama melayu yg best di tv.. yelah kat facebook je dah berduyun2x status member2x yg hangat bercerita pasal drama itu dan ini...pujian tu yg adakalanya menjadikan aku tertarik nak tonton...selain tu, aku selalu dapat info drama best dari belog Abg Ben. Yups abang Ben ni pon sejak dua menjak ni suka buat entry pasal drama yg die rasakan best die tonton...biasanya abg ben klu dah cakap cite tu best, maka mmg best la cite tu...sape tak kenal abg ben yg adakalanya pedas mengkritik kan,...ahas..[jgn marah ye abg ben]

so, kat bawah ni aku nk share beberapa drama bersiri yang aku follow setakat ni dan drama sebabak yg aku baru tgok..dan yg aku rasa not bad! check it out...

Drama Bersiri :
Sebelom aku listkan drama bersiri tersebut,aku nak highlight satu perkara ..uols perasan tak sejak beberapa tahun kebelakangan ni, banyak pengarah drama menerbitkan drama adaptasi  daripada novel2x tempatan? Dah jadi macam satu trend novel2x yg gempak dan fofular akan diadaptasi di layar perak.  
pada pendapat aku, maybe tarikan tinggi terhadap drama2x adaptasi ni membuatkan pengarah filem or drama berlumba2x nak terbitkan cite2x sebegini. dan mungkin jugak bagi dorang,ini adalah kerja mudah sebab tak perlu kerah idea bagai nak gile utk hasilkan drama or filem terbaik..anda setuju? tapi klu dilihat pada perspektif positive plak cara ini mampu memberi peluang untuk menaikkan nama penulis novel sekiranya drama/filem tersebut mendapat sambutan yang hangat. Tengoklah skang, penulis2x novel yg novelnya diadaptasi ke drama dah pon menjadi semakin popular skang...dan ramai peminat yg dah add / like mereka di fb maupon twitter.
Secara tak langsung, penjualan novel juga mungkin akan meningkat selepas tayangan. apepon ,aku suka ! sebab aku adalah salah sorang Hantu Novel , so aku adalah sgt teruja dan happy klu dapat tgok drama adaptasi novel ni u know!


Yg aku perasan, sejak munculnya drama bersiri daripada Novel Lagenda Budak Setan, semakin banyak plak drama bersiri adaptasi novel yang lain dan kebanyakannya diambil dari novel2x yg pernah meletup suatu tika dulu. Bak kata org, drama adaptasi novel ni dah tumbuh bak cendawan dah. 
 Dedulu rangkaian TV RTM [tv1 & tv2] yg rajin mainkan drama adaptasi novel antaranya drama "Cinta Pertama" dari karya Norhayati Berahim di tv2 lakonan Lisda Wati. Novel ni aku dah baca tapi aku masih belum sempat nak tgok drama nya pula. Lagipon aku peminat Lisdawati..okeh on the list lah drama ni!

Seterusnya  Drama "Trilogi Cinta" yg diadaptasi dari 3 buah novel sharifah Abu Salem iaitu Trilogi Tak Semanis Impian, Tak Seindah Mimpi & Tiada lagi Mimpi.[haaaa..drama Trilogi Cinta ni aku masih belum berkesempatan utk tgok sbb dulu2x masa emak aku gile tengok drama ni kat TV1, aku tak tau lagi yg rupanya drama ni adapatasi novel..sungguh,aku tak tau!!! klu aku tau ..dah lama aku join tgok ngan emak aku...sebab aku ni pantang skit dengar ada drama adaptasi novel...lebih2x lagi sebab aku dah pun baca ketiga2x novel sharifah abu Salem tu...uols tau tak, masa aku dapat tau dari kawan aku yg cite tu adaptasi novel pon, cite tu dah nak abis dah..mmg sayang seribu kali syg sgt tak tau dari awal..so, insyaAllah lepas ni,aku nak marathon tgom drama Trilogy cinta di youtube lakonan Rosyam Nor, Fouziah Gous dan Amyza Aznan ni. Tunggu Trilogy Cinta, aku akan saksikan 40 episod ko tak lama lagi!

Selain tu, drama bersiri Nora elena yang adaptasi dari novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha lakonan Aaron Aziz dan Siti Saleha di tv3 juga pernah mendapat tempat dihati penonton especially peminat novel. Drama ni aku dah tgok sampai habis dah..pun tengok kat tonton jugak..tapi bagi aku drama ni best walaupon aku tak baca pon novel karya Meen Zulaikha ni..mungkin dedulu aku terlepas pandang kot novel ni.

Then, Novel stanza cinta karya Nurull Halawati di tv3 lakonan Aaron Aziz dan Fathia. Novel ni aku tak tengok pon lagi sebab novel ni menjadi mangsa diri aku sendiri jugak yang hanya excited tengok episod pertama je...lepas2x tu terus dah skip...sbb maybe aku tak pernah baca novel ni dan penulis die pon macam tak terkenal sangat...Tapi org kata cite ni mmg best! nantilah..klu agak2x aku dah habis tgok Trilogy cinta, baru aku akan pertimbangkan utk follow cite ni.

Cuma Drama bersiri Lagenda Budak Setan je yang aku tak tengok sampai skang sbb frankly speaking .. aku tak tau kenapa tiapkali aku tgok drama tu,aku akan bosan yg amat....bukan sebab pelakonnya sbb aku juga adalah peminat Farid Kamil..tp mgkin disebabkan gaya penceritaannya yang pada aku tak sebest seperti ceritanya didalam novel...so,dalam banyak2 drama adaptasi,aku rasa drama Lagenda Budak Setan lah yg paling tak berjaya...bahkan dengar kata Filem nya pun banyak dapat kritikan negatif.. tak tau lah ape silapnya kan...yg pasti smpai skang aku tak berminat nak tgok cite die padahal aku cuba gak follow drama die kat youtube tapi lepas masuk episode ke 3 dan seterusnya aku dah mula rasa bosan...maaf ye kepada peminat2x novel Ahadiat Akashah. Tapi aku dah baca pun kedua2x novel die yg "LBS" ngan "Katerina". Novel die mmg best! Sayang sgt!

Dan skang ni aku tengah follow beberapa drama melayu bersiri terbaru yg kebanyakannya diadapatasi dari novel yang terlaris . Antaranya :

1) Drama Gemersik Kalbu - 



Sinopsis:Mengisahkan suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Cinta Wan Ariffin masih utuh di sanubari lalu Raihana mengunci hati kerana enggan memungkiri ikrar setia kasih sehidup semati. Walaubagaimanapun, rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, tanpa sudi dan kerana paksaan, Raihana akhirnya membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta dan mesra.Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh cuba memenangi cinta Raihana kerana dia percaya suatu hari nanti gadis pujaannya akan membuka pintu hatinya untuk menerimanya sebagai suami yang sah. Namun setelah beberapa ketika, Raihana tetap berkelakuan dingin dan kaku membuatkan Sufian bagai hilang arah. Bersama adiknya, Azila dan sepupunya, Darlina, Sufian nekad dan membuat rancangan untuk menyedarkan Raihana.Mampukah kasih dan kebijaksanaan Sufian mencairkan hati Raihana yang dingin? Dapatkah Raihana menerima Sufian dengan sepenuh hati dan mengecapi sinar kebahagiaan untuk kali kedua?
Read more: http://www.enciknakal.com/2011/12/gemersik-kalbu-tv3.html#ixzz1lZjL7700

gemersik Drama Baru Gemersik Kalbu Isi Slot Akasia TV3
ingat tak ayat mula2x aku diatas tadi yg mana aku mengatakan aku buat tontonan marathon beberapa buah drama bersiri . Yups! Drama yg diadaptasi dari novel Gemersik Kalbu karya Anis Ayuni yg tengah dimainkan di tv3 di slot Akasia jam 7ptg ni antara salah satu drama terbaru adaptasi novel .Lakonan Aqasha sebagai Suffian mmg mantop...Ayu raudhah pon berjaya bawak watak lembut Raihana. aku suke cite ni...actually aku betul2x lupa sama ada aku dah baca novel ni ke belom...sometimes aku rasa macam dah pernah baca sebab bila tgok kulit novel Gemersik Kalbu ni, aku jadi familiar plak..cuma aku sgt lupa jalan cerita die je...lagipon aku memang antara peminat novel2x karya anis ayuni ni..


Dan drama ni aku baru je lepas tgok marathon kat tonton.com.my. Kat tonton, video yg disiarkan sama macam yg kat tv3..buat masa ni sampai episod 20 dan dah selamat aku tgok malam tadi [ tak tido okeh..takpe cuti.hiks] . tak sabo nak tunggu petang ni jam 7 nak sambung episod 21 kat tv3. katanya ini adalah minggu2 akhir Gemersik Kalbu sbb dia ada lagi 6 episod je utk abiskan..

So, kepada sesape yg termiss nak tgok drama best ni, korang ada dua choice..sama ada nak download or nak tengok secara online. Sape yg intenet agak laju tu,boleh lah tgok sama ada kat tonton.com.my or kat Youtube.com/Gemersik Kalbu .

 dan yg rasa nak donlod sebab internet selow melow tu, boleh donlod kat SINI --->DOWNLOAD DRAMA GEMERSIK KALBU (1 - 26 TAMAT)


2) Drama Bicara Hati :

Sinopsis: Bicara Hati adalah tentang kisah Tengku Syahran dan Zahlia bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.  Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?
Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/01/sinopsis-drama-bicara-hati-astro-prima.html#ixzz1lZiiZlbR 

Drama bersiri Bicara Hati ni diadaptasi dari novel Karya Damya Hanna. Cuma drama ni disiarkan di Astro Prima setiap Isnin dan Selasa jam 9malam. So, dah tentu2x lah aku terpaksa layan drama ni kat youtube sebab rumah aku tak pasang kuali beso tu...[ala,skang kat internet smua ada..so rasanya dah tak perlu lagi pakai astro,lagipon aku bukannya kaki tv..membazir je pasang..agak2x tingin nak tgok cite kat astro tu, aku google jelah..tgok secara online..huhu]


okeh..cerita ni baru episod yg ke 5.. juga ada 26 episod. so, hari ni tak sabar nak tgok episod yg ke 6 tu secara online..terlewat skit tgok pon xpelah..janji dpt tgok sebab novel ni pon aku dah baca...so far, watak Tengku Syahran yg dilakonkan oleh Sharnaaz ok laaa...aku tak berapa minat die sgt tp since die jadi hero dlm drama ni,aku rasa tetibe die ohsem gile plak..ahaks...watak Zahlia yg dilakonkan oleh pelakon baru Cristina Suzanne pula , bagi aku so so je kot...sbb aku tak pernah tgok die berlakon sebelom ni...die macam ade mix kan...hmmm..apepon aku suke gak tgok drama ni sbb tingin nak tgok pembawakan watak tengku syaran memikat hati Zahlia....so, aku akan terus follow smpai abis..klu dilihat, jalan cite die mcm hampir sama ngan Gemersik Kalbu rite? cuma cara pikat Suffian ngan Tengku syahran adalah berbeza...bagi aku, suffian sgt gila2x tapi romantik dan tengku syahran plak romantik tapi sedikit serius..hmm..tp aku suke watak suffian lagi...hihihi

okeh..pada sesiapa yang nak download bicara Hati boleh klik DOWNLOAD DRAMA BICARA HATI (ASTRO PRIMA)

dan sesiapa nak tonton online plak...boleh masuk ke Channel Youtube Khas Drama Bicara Hati dan uols juga boleh tengok kat Fanpage FB Bicara Hati/Tonton online


3) Drama Ariana Mikhail:

Ariana Mikhail TV9



Sinopsis: Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’. Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah.
Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/01/sinopsis-ariana-mikhail-tv9-lakonan.html#ixzz1lZiC3UD2

Drama ni adalah lakonan Sein dan Nora Danish,...awwww!!! bila tgok je sein dlm cite ni,terus tingat Adamaya. Sein ni memang romantik kan! aku suke watak die! bisa buat pempuan tergoda okeh! termasuklah mama qadida! ahaks...dhlah hensem...pastu romantika de amour plak! aduhhh!! beruntung nana taib kembali semula bersama sein..klu tak...gigit jari jelah tgok bekas laki hang berlakon adegan romantik...huhu

Actually drama ni bukan dari adaptasi novel pon tapi dah ramai juga yg kecoh mengatakan drama ni jalan ceritanya lebih kurang sama macam jalan cerita Novel Sehangat Asmara karya Aisya Sofea....sejauh mana kebenaran perkara ni masih lagi samar2x. Jalan cerita sama cuma ada kemungkinan pengarah hanya menterbalikkan watak nya dimana kalau dalam drama Ariana Mikhail ni, watak perempuan yg meninggalkan husbandnya selepas berkahwin di paris...tp dlm novel, watak lelaki yg meninggalkan si perempuan selepas berkahwin di london...bezanya london ngan paris jelah...tp jalan cite memang sama...wallahulam la...hanya pengarah drama ni je yg tau kan...apepon,klu betul cite ni ideanya dtg dari novel Sehangat asmara ni,aku memang sgt suka!! sebab novel ni pon aku dah baca....yg paling aku igt, watak Kamilia Najwa , Zainal Arief dan Anak mereka , Misya. Kalau korang nak baca sinopsis Novel ni boleh layari Sehangat Asmara sinopsis. memang lebih kurang sama mcm sinopsis Ariana Mikhail.
Drama ni pon aku tengok secara tak sengaja...masa aku tengah dok belek2x drama online kat tonton.com.my....firstime tgok tajuk dan ilustrasi die pon,aku dah tertarik...terus aku google tentang cite ni...dan feedback cite ni pon sgt memberangsangkan...ramai yg follow cite ni sebab suke dgn keromantikan sein ruffedge...so, terus aku marathon cite ni kat tonton..begitulah citenye..

Dan buat sesape yg nak download boleh ke DOWNLOAD DRAMA ARIANA MIKHAIL (1-15 TAMAT)
Yang nak tonton online di Youtube Channel Ariana Mikhail  or di Tonton.com.my

okehla..buat masa ni..ini je drama adaptasi novel yang sgt menerujakan aku sebab semua novelnya aku dah pon baca....tak sangka selama ni baca dok bayangkan bagaimana dunia sebenar mereka dan skang ni semua angan2x dan bayangan tu telah pon dilayar didepan mata....sgt puas hati...

Antara Novel yang aku harap2x sangat supaya dijadikan drama akan datang ialah Novel Andai itu Takdirnya karya Siti Rosmizah -novel ni sangat -sangat dan sangat best dan sangat 2x sedih ..aku suka watak Syed Aizril dan Alia. masa baca novel ni,aku pernah berangan kalau novel ni didramakan....dan pelakonnya adalah Adi Putra or Sein sbb bagi aku, dua org mamat ni sgt pandai melakonkan watak marah,ego dan garang ..sebab dlm cite ni, syed aizril digambarkan sebagai lelaki yg ego dan suka memukul Alia pada awal cerita sebelom cintanya pada alia berputik. Tapi kalau watak Sein lagiiilaaaaaa sesuai sbb sein pon keturnan syed kan..hikss...berangan dah ni!!!
 
aku suggest uols bacalah novel ni sebab novel ni dah termasuk dalam carta novel paling terlaris dan novel ni merupakan ranking pertama..hebat kan???? okeh..harap pengarah Osman ali terbaca idea sy ni..ahaks...[tapi ade gak dengar2x kat tweeter mengatakan novel ni bakal diadaptasi jugak..wallahualam..belom sahih]

Anyway , sebelom aku mengundurkan diri, aku nak share ngan uols semua tentang satu berita gembira buat peminat drama adaptasi novel !!!

Kalau ada yang tak tahu, Global Station Sdn Bhd yang penerbitnya kakak ipar Siti Nurhaliza tu akan menerbitkan telefilem dan drama bersiri yang diadaptasi daripada 7 novel popular Alaf 21.


7 novel yang popular ni merupakan antara 10 novel terbitan Alaf 21 yang mencatat jualan tertinggi melebihi 80 000 unit. Mengenai pemilihan 7 novel ini semestinya berdasarkan populariti selain jalan cerita yang berbeza-beza, menarik dan sarat dengan pengajaran. 7 novel popular yang dimaksudkan antaranya Jauh, Manisnya Cinta, Kau Yang Satu, Tiada Yang Kedua, Kau Untukku, Bayangan Rindu serta Adam dan Hawa. Semuanya akan ditayangkan menerusi saluran Astro Warna dan Astro Citra. Nampaknya kalau nak tengok 7 cerita ni kena langgan pakej Mustika. takpe...internet kat ada!! hiks
sumber ni aku dapat daripada :
http://www.fakrulroslan.com/2011/05/7-novel-paling-popular-alaf-21-jadi.html. thanx fakrul share info menarik ni!

Wowwww!!!!! bagi aku...info ni memang sgt2 mengujakan aku....rasa macam tak sbar nak tengok semua drama2x tu..sebab ada antara novel2x ni aku dah baca dan jalan citenya pon sgt best ...klu uols nak tau,semua novel2x yg disebutkan diatas ni adalah merupakan novel terlaris suatu masa dulu...wajib tonton ni weh!!! tak sabar okeh!



Sebelom tu nak minta maaf kat fakrul sbb cilok gambo die yg satu ni...share ye inche fakrul..heheh...
dalam keenam2x novel ni ,yg aku dah baca cuma Kau yang satu, Kau untukku dan  Jauh. dan ketiga2x novel ni sgt best!  novel2x ni semua aku baca masa aku sekolah menengah okeh...sgt lama...dan skang aku dah pon berusia 31 thn...so, rasa sgt nostalgic pon ade !!! kite sama2x tunggu kehadiran drama2x ni di kaca tv ye!!! 

Untuk mengakhirkan story entry aku yg sgt panjang ni...aku nak share sesuatu ngan uols tentang beberapa kelemahan drama adaptasi ni : 

Fenomena Drama dan Filem Diadaptasi Dari Novel: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali pertama tergerak hati untuk berkongsi pendapat dan pandangan dengan pembaca di ruangan ini. Sebelum ini, hanya membaca emel dari rakan-rakan kerana kekeringan idea untuk mengutarakan topik yang menarik. Memandangkan trend sekarang kebanyakan drama diadaptasi dari novel, maka ruangan ini saya jadikan medium untuk berkongsi pandangan.Namun, ada juga kelemahannya jika novel disiarkan di layar perak. Novel dan drama/filem adalah dua perkara yang jauh berbeza. Di dalam novel, kita boleh berimaginasi setiap watak mengikut kehendak sendiri akan tetapi apabila di drama/filem kan, ianya tak mampu memuaskan hati pembaca. Melalui pembacaan, kita mampu menghayati setiap watak. Tetapi di dalam drama/filem kita serahkan kepada pelakon untuk menjiwai sesuatu watak. Sekiranya gagal di pandangan kita, akan memcacatkan emosi untuk terus menonton.Apa yang saya selaku pembaca harapkan, biarlah drama/filem itu memberi kepuasan kepada penonton apatah lagi sekiranya penonton itu merupakan peminat tegar novel. Sebagai peminat setia novel-novel alaf21, memang saya akui bahawa novel terbitan alaf21 antara yang terbaik setakat ini. Semoga banyak lagi novel yang akan diangkat ke layar perak.Sumber dipetik dari http://www.alaf21.com.my/ruangan/email/Default.asp?whichpage=4&pagesize=3
 
Nak tambah duit selain Nuffnang? Klik2 banner bawah!!
www.tips-fb.com

0 comments:

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!