Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 18, 2011

SEDIKIT PERINGATAN MENGENAI SOLAT...

SEDIKIT PERINGATAN MENGENAI SOLAT...
Mgkin adakalanya kita terlupa tentang rukun2 dalam solat..so tak salah rasanya sy letakkan info solat ni utk peringatan kita semua.
Selamat membaca Ye...smoga memperolehi manfaat darinya..

Syarat dan Rukun Sembahyang

Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-

Syarat syarat sah sembahyang :
1. Islam.
2. Menghadap arah Kiblat
3. Baligh
4. Berakal.
5. Jaga (tidak tidur)
6.Mengetahui masuk waktu sembahyang
7. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
8. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis yang tiada dimaafkan.
9. Menutup Aurat, Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.

Rukun Sembahyang Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.

1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

Perkara Yang Membatalkan Sembahyang Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-

1. Batal Wuduk.
2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
3. Terbuka Aurat.
4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut atau satu langkah yang keji. 5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
6. hilang akal
7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
8. Berubah Niat.
9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
10. Meninggalkan rukun Sembahyang.
11. Menambahkan rukun.

Jika Ada Salah Dan Silap.. Sila Lah Tegur.. Dan Maafkan Kami Jika Ada Salah Dan Silap.. Kepada Yang Nak Share.. Nak Tag.. Silakan.. Tak Perlu Minta Izin.. Kami Benarkan.. Moga Ia Membawa Manfaat Kepada Yang Membacanya.. Wallahu a'lam

Sent from my HTC HD www.tips-fb.com

0 comments:

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!