Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 26, 2011

Info: Kenapa Tetamu Bagi Duit Ketika Menghadiri Kenduri Kahwin?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum WRT...

Kenapa Tetamu Bagi Duit Ketika Menghadiri Kenduri Kahwin?

Mungkin perkara ini telah menjadi adat yang ramai orang buat tapi tak ramai orang tahu apa sebabnya. Sehingga adakalanya sesetengah orang berkata ‘Buat kenduri ke buka kedai makan?’, dari pihak pengajur majlis pula kadang-kadang terpaksa menolak dengan berkata ‘Tak payah bagi duit..Kami buat majlis kesyukuran..Bukan nak minta dibayar.”. Bermacam-macam tanggapan yang keluar apabila tidak faham maksud sebenar perbuatan ini.

Jika selama ini kita berikan duit kepada keluarga pengantin hanya kerana mengikut adat dan kebiasaan yang dibuat orang, hari ini mari kita belajar sebab sebenar kenapa perkara ini dilakukan. Pemberian wang kepada keluarga pengantin itu dilakukan oleh orang-orang dahulu adalah sebagai ganti kepada hadiah. Dalam Islam, pemberian hadiah atau sumbangan di majlis walimah adalah sunnah yang dituntut oleh Rasulullah. Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: “Setelah Nabi Shallalalhu ‘alaihi wa Sallam menikahi Shafiyah, pada pagi harinya Nabi pun berkata: “Sesiapa yang memiliki sesuatu untuk disumbangkan, hendaklah disumbangkan”. Beliau pun menghamparkan lembaran kulit yang disamak (sebagai bekas). Ada orang yang menyumbang keju, ada yang menyumbang kurma, dan ada yang memberikan minyak samin. Mereka pun membuat hais (campuran kurma tanpa biji, keju, tepung dan minyak).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2048) Berdasarkan hadis ini, Syaikh al-Albani rahimahullah menyatakan: “Orang-orang kaya dan yang memiliki kelebihan (bekalan) dianjurkan untuk memberikan sumbangan di dalam majlis walimah saudaranya.” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 139, Media Hidayah) Sumber Hadis.

Oleh kerana kesuntukan masa, sukarnya untuk mendapatkan hadiah dan seumpamanya, maka orang dulu-dulu mengambil langkah mudah dengan hanya menghadiahkan wang sebagai sumbangan. Dengan hati yang ikhlas mereka menghulurkan wang kepada keluarga pengantin, oleh itu keluarga pengantin (biasanya bapa) seharusnya tidak menolak pemberian ini. Kerana dengan menolak pemberian mereka, kita seolah-olah menarik pahala yang sepatutnya mereka perolehi. Selain itu ia mungkin juga akan membuatkan mereka berkecil hati. Bagaimanapun sekarang mungkin ramai orang memberi wang hanya kerana adat tanpa mengetahui ia adalah sunnah. Semoga artikel ini dapat memberikan sedikit penjelasan. InsyaAllah…

P/S: Selama ni kita selalu rasa malu kalau pergi majlis kahwin tak bagi sedekah duit .. mcm dah jadi kebiasaan,klu gi umah org kahwin,mesti nak kena bagi duit..klu tak bagi,akan dikata org..tp sebenarnya ianya tak wajib pon... yela..sometime bukan semua tetamu yg hadir tu berkemampuan sgt...especially org2 susah .. so, bila takde duit, mereka sanggup tidak hadir ke majlis krna ketiadaan wang...Yelah...malu dikata org klu x bagi duit...kat sory je dah nampak sgt tak betul kan cara dia...so,aku pon baru tau yg ianya hanya sunah je..klu buat pon tak rugi sbb dpt pahala...


Nak tambah duit selain Nuffnang? Klik2 banner bawah!! www.tips-fb.com

0 comments:

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!