Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 17, 2011

Majlis Doa Selamat Astana U : Part 1

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum WRT...
Alhamdulillah...syukur..semuanya dah selesai...
Semalam bersamaan dengan 16hb October 2011, Ahad lepas Zohor, kami adakan majlis kesyukuran sempena berpindah ke rumah yg baru kami beli...[Astana U]
Dah sebulan lebih kami pindah baru berkesempatan buat majlis ni..
Takpelah..cepat or lambat, yg penting rumah kami sudah selamat dibacakan surah yassin oleh kumpulan yassin emakku di kawasan perumahan dia.


tau tak kenapa aku terpaksa ambil kumpulan yassin emak?
kenapa tidak dari taman perumahan aku ni?
Nak dijadikan crita, aku n mr hubby dah tanya dah kumpulan yassin kat Taman U tu tapi semuanya dah full....16hb october mmg dah full ..rupanya ada yang dah 2 bulan lebih awal booked kumpulan yassin diorang. So, kami takleh nak buat apa..terpaksa last minit suruh emak aku tanyakan kumpulan yassin kat taman perumahan dia...Eh, bukan emak aku sorang..dengan aku-aku sekali pergi tanyakan dengan ketua kumpulan yassin. Syukur alhamdulillah..dorang still available ..takde apa-apa event pon...syukur..syukur...syukur..kalau tidak...tak senang duduk kami okeh...


But the moral of the story...maklong aku pesan, aku kena daftar kumpulan yassin kat kawasan perumahan aku ni...tak kesahlah kalau tak dapat join events selalu tapi atleast kita daftar je...so, bila ada event,kenduri kendara ke senang nak deal....tak payah susah2x nak cari orang yassin..hmmm...so,lepas ni aku nak pergi daftar yassin laaa....[kena gi semayang kat surau or masjid la lepas ni..kenal-kenal ngan jiran kan]


So, hari ni saya cuti ye...cuti penat plus nak kemas umah..tadi baru je selesai kemas dapur yang dah macam tongkang pecah tu....
oklaaa...macam biasa..biar gambar menceritakan segalanya:



Tu dia...orang-orang kuat yang sudi menolong aku kat dapur iaitu terdiri daripada kakak iparku yg tengah pregnant 5 months tu, Ani my bff and emakku yg tercayang!! Weeeee....
Hanya kami berempat je yang berhempas pulas kat dapur start dari malam ahad sampai esok pagi,hari majlis diadakan. Takpelah...janji ada orang tolong sudah cukop!

Mak yang turut membantu ...actually emak tugas dia banyak mengemas di depan n luar rumah...hanya kami 3 dara je yang masak memasak ni..tapi sesekali emak tolong jugak lah tengok-tegokkan lauk yang tengah reneh kat atas api

Ani a.k.a Sharifah Mahani my Best Friend Foreva... Kali ni Ani berpeluang  tolong  rewang kat umah aku dan actually inilah firstime Ani datang melawat ke rumah aku sejak aku berpindah...thanx ani sudi datang tolong majlis kecik aku..weeee...

Godak mak..jangan tak godak!

Aku sayang ko Ani!!! Husband aku cuma percaya ko sorang je dalam banyak-banyak kawan sebab dia tau macam mana keakraban kita sejak dulu dan kini..:)

Nasi himpit yang baru di tos...nak tau apa menu kami? sila teruskan membaca...hiiiiii
 Ok...abis bab masak memasak...lepas masak,kami smua terus bummmmm..sbb kepala dah weng weng...kami tido kul 3 pagi okeh... Malam tu banyak keje dah siap..esok tugas kami cuma sambung sikit apa yang patut..malam tu cuma blender smua bahan2x perencah and rebus apa yang patut direbus....so,keesokan paginya kami just cuma terus tumis and masak je...senang!

okeh..ini adalah antara orang yang paling awal datang...makcik saudara Cik Fadillah,kakak kepada emakku dari Singapura [Emak saya kan adik beradik smua menetap kat singapore...emak je yang tersesat kat Mlaysia..uhuk]  
Ini pulak keluarga Cik Noresah, kakak sulong emak [bapak lain] dan anak-anak serta menantunya yang datang dari Kulai,Senai dan Pasir Gudang. Thanx to Cik Noresah,Kak Haizan,Abg Endi dan istri ,kak Azie sbb sudi datang..dorang terpaksa datang awal pagi sebab ada majlis lain...sempat aku bercerita pasal resepi istimewa soto ku...ahaks

Yaaa...inilah dia menu tak seberapa kami..Soto ayam..ni nasi himpit Adabi[yang kat dalam ada 6 pcs kampit beras kecik] kami spend 6 paket nasi himpit.itupun banyak terlebih...

Dan aku hanya sempat amik gambar ini saja...sup soto aku betul2x terlupa nak snap okeh....aduhaiiiii... Soto yang dimakan ngan kacang tanah,soon goreng,ayam racik,bawang goreng,daun sup n bawang dan kicap sambal..yummy!!!  kekurangan sebab  takde bergedil...kalau ada..lagi setappp kan???? huhu..inilah hasil masakan kami..alhamdulillah..bukan nak riak..tapi ramai yang puji soto kami sgt setapppp....ramai yang tanya resepi....korang smua nak tau ke? okeh..nanti aku buat entry pasal resepi ni ek...senang n mudah saja resepinya..semudah ABC dan 123..hahahahha...tungguuu!!!

Menu kedua kami, roti perancis..[yeke roti perancis ek?hentam saja] Roti ni beli dari Giant je..RM1.45 satu batang..tapi boleh tahan lembut jugak masa beli...

Roti tu dimakan cecah dengan kari daging ni...haa..yang ni kakak ipar aku yang masak...setap kak Noor masak okeh! Actually memula aku nak order roti jala je ,dimakan ngan kari daging ni tapi last minit,roti jala tu tak dapat nak dibuat...tu yang tukar kepada roti ni...

Next menu is a Mee Goreng Special ,juga dibuat oleh kak Noor...tq kak!  Yang ni sebagai menu tambahan je..buat cuma 2 paket mee jeee...nasib baik cukup..huhu,.

Kuih talam..emak order dari jiran dia...

ni pon order dari jiran emak tu..epok-epok...

Yang ni somel kan???? Apam Polka Dot Dot ehsan dari kak long Suria [my cousin]. Dia buat sendiri okeh...baru aku tau dia ada buat meniaga kuih...thumbs up to kak long suria! weee...

Ni nak cite..Actually sehari sebelom majlis aku ada order apam polka dot ni dari  Mama Tiera from Pasir Gudang 
Aku order 100 biji Apam mix filling dai dia yg berharga RM25 je...tapi last minit dia tak dapat nak buat order aku sebab ada emergency...so, yang aku nak cite kat sini ialah, aku bersyukur sangat2x sebab mamatiera kansel order aku sebab rupanya Kak Long Suria dah bawakkan kuih ni semalam...kalau tidak ,bukan ke rugi disitu..dan Alhamdulillah mungkin ada rezki untuk aku kan nak hidangkan apam polka dot ni kat tetamu.....tak kempunan la kata orang.. tulah..setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya..hmmm..Anyway saya takkan serik nak order dari puan mamatiera sebab saya tau mamatiera punya masakan memang sgt terbaekkkk..!hiiii

Tembikai merah...buat pencuci mulut..aku yang potong okeh...

Kek pisang ehsan dari Mokde [kakak kepada ayahku]..thanx mokde n anaknya Siti Nurulhuda yang sudi hadir...bawak si kecik Aleesya..dah besar dah dia...
Okeh..yang kat bawah ni adalah sekitar suasana majlis bacaan yassin ...

Actually kumpulan yassin ni kebanyakan nya aku dah kenal..sebab dedulu kan aku duduk ngan emak...so,memang dah biasa bergaul ngan diorang ni sebab diorang ni duduk dekat2x ngan umah emak aku je..kiranya kami smua ni jiran tetangga laa....yang berbaju merah tulah ketuanya...dia sangat2x baik!!! Dia selalu mendoakan yg baik2x utk aku bila berjumpa..semoga makcik dirahmati Allah..amin.

Masa aku kahwin dulu,kumpulan yassin nilah yang baca kat umah aku masa malam khatam alquran ngan selepas aku nikah...hmmm..mmg epik..hiks

E'eh..saya dan anak pempuan saya ada nun di sana..cuba cari!!! heeee..


Thanx Ani sebab snap gambo ni....kau lah org kuat di dapor dan kau jugalah  jadi camera woman tak bertauliah aku...hihiks..
KAt bawah ni suasana menunjukkan Majlis dah nak selesai..kami beramai2x berselawat keatas nabi sebelom menjami selera..alhamdulillah.


Add caption

Inilah Siti Nurul huda dan anaknya Aleesya,Mokde dan Kak Long Suria ngan anaknya..bersantai-santai di dalam sementara orang smua tengah makan diluar. kat luar ada letak meja bulat 2 biji siap ngan skirting..

Nurul ,my cousin sebelah emak..ngan  baby Aleesya.

Kumpulan Yassin yang saya sayang sekali sedang menjamu selera..

Mr Hubby saya dengan tetamu yang hadir...rupanya mr hubby jemput kawan2x sekerja dia tapi cuma seorang je yg dapat datang. Staff pempuan ngan boifren nya..hiii

Ini mak Anjang saya....tenkiu Mak Anjang sudi hadir...anaknya, Lin n kak Maziah tak dapat datang. Yang datang cuma Hana,anak bongsunya.

Inilah dia orang kuat di dapur kecayangan saya! tanpa korang..tak berjalan lancar lah majlis ni..thanx kat kowang berdua!!! Walaupon diorang ni baru je kenal tapi lepas tu dah macam kenal lama..sebab Ani memang peramah! heheh..

Antara tetamu yang hadir...yang berbaju belang coklat tu abang sulung saya suami kak Noor saya!

yang berkopiah tu pakcik saudara saya ,Cik Hashim dan isterinya,Cik Badariah yang berbaju kuning iaitu makcik saudara saya .

Antara saudara mara saya sebelah ayah...happy sangat korang datang..sebab dahlah hari raya masa tu kami tak dapat berjumpa sebab aku keje masa raya..hmmm

Orang yassin dah nak beredar...terima kasih makcik2x sekalian! Hanya Allah yang membalas budi makcik semua kerana bersusah payah hadir membacakan dan mendoakan kuarga saya dan rumah saya! amin!

Orang kuat di dapur dah mula aktif semula sebab tugas2 nak membungkus lauk pauk utk tetamu pulak mengambil tempat. hehe..masa ni memang kecoh sebab keje last minit...tak sangka makanan banyak tak habis,so, daripada terbuang,better kami sedekah je kat tetamu..so alhamdulillah...hampir semua tetamu dapat bawak pulang lauk pauk..

ini pakcik saudara saya yang aktif berfacebooking okeh..heheh...Cik Tengku Mahadhar[yg tengah pandang  ke kamera tu] dia adalah adik kepada emak saya dari Singapore....thank cik Mahadar dan isterinya Cik Shima yg santek bangat! Cik Shima yang bertudung purple tu sentiasa nampak muda aje dari dulu sampai skang...hiks

yang beadalah rbaju hitam sepupu aku,anak kepada Cik Noresah yang datang awal pagi tadi...dia terpaksa datang lewat sebab hantar anak nya ke sekolah asrama...yang bertudung merah sepupu aku belah emak iaitu kak Yam dari Larkin Idaman. Thanx kak Yam sebab sudi hadir dan thanx jugak atas hadiah tu...mcm org kawen plak dapat hadiah..hiks..yang berbaju kuning tu pulak makcik saudaraku Cik Badariah,adik kepada emak.

Emak yang sibuk berborak dengan tetamu saya! ngeeee...


Ruang makan buffet kami...tema ijau okeh..hiks..
Oklaaa...sampai disini dulu majlis part 1 ...nantikan majlis part 2 yer..mcm banyak sangat nak citer kan..heheh..taklaa..actually gambar je yang banyak...


 
Nak tambah duit selain Nuffnang? Klik2 banner bawah!! www.tips-fb.com

0 comments:

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!