Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, August 5, 2011

Kunci Astana 'U' Kami Dah Dapat.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WRT...

Alhamdulillah setelah hampir 9 bulan kami menanti, akhirnya rumah idaman kami yg aku gelar Astana U di belog ni, dah pon menjadi milik kami sepenuhnya. Syukur... Syukur... Impian untuk memiliki rumah sendiri akhirnya terlaksana setelah pelbagai dugaan dan cobaan yg melanda semasa proses permohonan membeLi rumah. Esok tepat jam 1.30pm, agent rumah dengan rasminya akan menyerahkan kunci azimatrumah yg kami tunggu2kan selama ni.

Perasaan tu tak terkata la... Macam nak melompat pon ada. Berbaur baur. Lega dan happy bila memikirkan yg kami bakal membina kehidupan sendiri, berdikari tanpa mengharapkan bantuan mak dan ayahku seperti sebelom ni. (Sebelom ni, aku duduk menumpang di rumah parents aku.
Jarak antara rumah kami dengan rumah mak aku takdelah jauh sgt. Kalau tak jammed, 15-20minit dah boleh sampai. Faktor jarak umah kami dua beranak pon diambil kira gak masa nak beli umah ni sbb senang aku nak hantar darwisya ke umah mak aku bila aku gi keje. Lagipon, aku akan lalu dikawasan umah emak dulu kalau nak menuju ke tempat keje. So, sedang eloklah tu.

Plan aku lepas dapat kunci esok, aku nak pergi terus ke rumah tu utk melihat apa yg patut. Dan lepas tu, perkara first sekali yg aku akan buat ialah Register deposit api n air kat SAJ n TNB. Gila ko takde letrik n air. Mcm mana aku nak wash rumah kan.. Grill smua memang dah ada. Tinggal nak cat kasi cantik je.

Next, beli cat 2 warna(luar&dalam rumah).dan cat grill n gate luar(cat hitam). Suruh mr hubby n ayah tolong cat kan umah. Tak perlu upah orang. Membazir je.

And then, dah siap cat, nak pergi servey railing and suruh abang long aku yg pasang railing tu. Sebab masa dia baru pindah umah dia lepas kawin aritu, dia yg pasang sendiri. So, dah jimat upah pasang railing kat situ. Kalau upah kedai, mau rm200 aku kena bayar upah pekerja tu. Huh, membazir sudah.. Ngan abg aku, aku belanja makan pon dia dah suka. Hiks. Thanx my abang long!

pastu pasang kipas di living room, 2 buah bilik(master bedroom n bilik tengah) dan di dining room. Umah aku ni ada dining room khas okeh. Kalau ada bajet lebih, igt nak pasang lampu cantik ckit n nak pasang down light. InsyaAllah.

Dah siap pasang railing N kipas lampu bagai, barulah cuci dan sental rumah. Kalau boleh nak samak sekali sbb owner rumah ni dulu chinese(aku kan beli umah second yg dah fully renovated)huhu. Eventhough owner dia dulu penah sewakan pada org melayu rumah ni tapi aku macam tak konpiden je dah samak ke belom. Huhu.

Lepas dah setel semua, barulah nak pasang langsir(itupon kalau dah siapla. Langsir tengah antar tempah. Buat biasa2 je. Takde ropol2 mahupon bunga2 dan butang2. So simple. Rumah skang langsir simple je kan..Nak berjimat pon iya gak. Huhu. Banyak weh nak pakai duit bila pindah umah baru ni. baru aku tau cemana rasa. Masakkkk!!! duit mcm air keluar. Yelah, aku kan memang tak penah beli umah mahupon sewa rumah, so perabot dah tentu2lah takda. Semua kena beli baru okeh.

Okeh... Bab hal2 rumah dah yg seperti aku dok bebelkan kat atas dh ada plan.tinggal nak manipulasi aje. Tak sabar.

So skang nak cite ckit ttg perabot.
Actually beberapa minggu yg lepas aku ada servey serba sedikit perabot utk Astana U. Dan setelah kuar masuk 5-6 buah kedai[tak teragak—agak kan. Servey itu penting woo.. Supaya tak menyesal kemudian hari]
akhirnya aku jumpa jugak perabot dan sofa yg aku berkenan. Syukur alhAmdulillah. aku berjaya dapatkan perabot2 tersebut ngan harga yg agak murah dan boleh tahan kualitinya sebab kebetulan kedai yg aku terjah tu ada sale and diskaun sempena aidilfitri. Kalau hari2 biasa, takdenya aku nak dapat harga mcm tu kan.

So, aku dah bayar deposit untuk smua perabot tu seperti sofa, kabinet tv, dining set, n coffee table [yg cun sgt coffee table die. Aku sudah jatun cinta sejak 1stime tgok.]

Perabot ni smua antara yg terpenting Bukan nak kena beli. Dan lepas aku pindah, dan setel smua kerja pembersihan, baru aku panggil org kedai utk antar perabot direct ke Astana U.tak sabar lagi... Huhu.



Aisbox plak baru tadi aku servey dan truS bayar deposit sbb trus berkenan ngan
harganya. Ada Diskaun jugak sempena hari raya.

Fyi mesin basuh aku dah beli lama dah. Sejak 3bln yhg lepas . Automatik washing machine. Aku tak suka semi punya. Ponatttt... Huhu
okeh.. Tu je cite aku ttg astana U buat masa skang i. Nnt bila dah pindah aku bgtau ek
jom tgok skit2 gambo di bawah. Beberapa barang dan perabot yg aku beli:

ni kain langsir yg aku beli kat nagoya. Tema biru tahun pertama ni. Hiks. So, cadangnya kat luar rumah nak cat warna biru turqoise[sudah jatuh cinta kat kaler ini sejak dua menjak ni] cat living room plak nak cat kaler dark brown. Boleh gitu? aku minat kaler dark brown ni hasil daripada rumah aty yg aku baca di blog nya ->www.vanillapink3113.blogspot.com

beginilah kaler cat dark brown kat rumah aty tu. Cantikkan.. Warna cozy gitu. [Ku telah jatuh chenta].

Ini plak coffee table idaman aku.. Santekkan?? tunggu kalau nak tau aku beli ke tidak ini table. Sebab dalam dilema lagi. Ade 2 pilihan. Huhu.

okehla... Sampai sini dulu bicara tentang Astana U kami. Nnti akan aku hapdet progress Astana U dari semasa ke semasa ye.. Gudnite peeps!


Nak tambah duit selain Nuffnang? Klik2 banner bawah!! www.tips-fb.com

0 comments:

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!