Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 4, 2011

Balik Kampung Mertua.. Lama Tak Balik, Sekali Balik, Terus Dapat Habuan.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WRT
Hai uolsssss!!! SELAMAT TENGAHARI KHAMIS semuaaaa!!!
Hari ni tengah bersemangat gila nak cite mengenai kesah last wiken. Yelah.. Aku ni bangsa suka peram cite. Kang tangguh2 terus malas nak cite sebab rasa cam takde mood nak cite benda dah basi kan. Itulah aku... Hahaha..cite ni pon dah nak basi dah aku rasa.. Tapi janji aku hapdet kan. Sbb nnt belog ni jugak yg menjadi tempat aku meletakk segala kenang kenangan kisah duka aku dan kuarga.
Ni pon hapdet kat tempat keje. Sebelom masuk keje kul 8:30 ni, baik hapdet laju2. Sebab byk lagi kesah terperam ni... Kesah dan peristiwa yg tingin sangat aku nak kongsikan ngan rakan belog. Kalau ada org baca laaaa... Hahaks.

Last wiken Aku, mr hubby dan anakanda tersayang telah berjayapulang ke kampung mertuaku di Simpang Renggam setelah hampir 3 bulan tak balik. Sebab apa tak balik? sebab tuntutan kerja kami yg tak menentu masa. Mr hubby sibuk keje shift, yg aku plak sibuk oncall sana, oncall sini. So, masa kami berdua selalu saja clash. Nasib baik dapat mertua yg jenis tak kisah pasal ank menantu dia yg macam ni. Kiranya Mil n Fil aku ni jnis yg sporting la.. Takde nk bermasam muka, berkecik hati bagai kalau anak menantu jarang balik kampung. Dorang memg amat memahami tugas kami yg bekerja di hospital ni. Alhamdulillah. Pada dorang, janji balik sudah.. Janji bawak cucu dia balik sudah. Mil aku tu selalu rindukan Wisya je. Menantu antu die ni dia tak kesahkan sgt ponnn... Aahaks.

so, wiken lepas aku n hubby kebetulan dapat cuti yang sama. Mr hubby dapat cuti 4 hari dan aku plak kebetulan tak oncall. So, kami amik kesempatan tu utk balik kampung. Sebab niat dihati, lepas dah balik jenguk mertua ni, aku terus nak setelkan pasal Astana "U" plaK. Kiranya nak fokus kan hal2 rumah barula plak. Oklaaa... Jom layan gambo jelah. Dari gambo, banyak idea nak bercerita ttg kisah kami sepanjang di kampung.

Yeyyy.. Wisya balik kampung jumpa atuk n nenek belah mr abah plak. Nampak tak depan rumah mertua aku ni sebahagiannya mcm ada rumah tengah buat? actualy rumah parent in law(PIL)aku skang ni tengah renovate dan di extend ke depan skit. Sebab tanah umah PIL aku ni luas. So, kalau dah siap memang makin besar dan luaslah rumah dorang. Tapi belom siap lagi. Fil aku buat skit2 dulu. Tahun depan baru siap sepenuhnya kot.

Kelihatan dua beranak sedang berehat2 di ruang tamu rumah. Masa ni around pukul 12pm kot. Aku n Mil baru je selesai masak hidangan tengahari. Haruslah buat-buatrajin kat rumah mertua kan... Ihiks. Nnt aku cite kami masak apa ek sbb time ni yg paling best sebab aku memang suka sangat masakan mil aku dari dulu dan kini. Biasalah masakan org kampung.. Lebih2 lagi org jawa yg memang kena ngan tekak aku. Anyway wisya dah ok skit ngan kuarga mertua aku. Yelah.. Kalau dulu masa baby, dia takut sangat ngan smua ahli kuarga hubby aku. Atok n nenek nak pegang pon dia taknak. Dok jerit kuat2. Pastu nak berkepit ngan mama je. Nak buat keje umah pon susah. Aku yg rasa bersalah bila tiapkali Mil bersuara suruh aku duduk je layan wisya kat depan, tak payah buat keje. Huhu.. Masa tu rasa bersalah sgt walaupon dalam hati suke gak.. Hahahaha. Skang ni dia dah kurang takut sikit ngan acik and nenek dia. Cuma dia masih takut ngan atok dia. Sian abah(gelaran My Fil). Sampai skang wisya takut ngan atuk die yg sorang tu. Atuk teringin sangat nak bermanja n pegang2 wisya, die tingin nak bawak wisya jalan2 naik motor kat jalan kampung tapi wisya yang taknak. Huhu. Wisya tak baik tau buat atok camtuh! aku pon tak tau sampai bila dia nak takutkan atuk die.

budak notty yg takutkan atuk tengah nenen... Cite kelakar, hari tu nenek tanya wisya: "nape wisya takutkan atuk?"
wisya jawab apa tau:
"Atuk besar sangat! "
wakaakakaka.. Kami tergelak beso dengar jawapan dia tu. Walaupon dia cakap pelat2 tpi kami faham. Hihi. Berita baik, wisya dah semakin petah bercakap tau. Makin kepoh minah tu skang. Kiranya kita dah boleh fahamlah skit2 apa yg dia dok bebelkn tu.. Hik hik. Nnti aku hapdet perkmbangan dia k. Sebab 6hb ni genap usia wisya 2 tahun. Alhamdulillah.

mr abah plak sibuk ngan laptop adik ipar aku. Huhu.. Tulah keje rutin dia bila balik kampung. Kalau dah bosan sangat, dia kuar jumpa member2 lama lah kejenya.

tapi hari tu aku dera mr hubby suruh membasuhkan kereta aku. Nasib baik rajin dia datang masa aku suruh tu. Kalau datang mood malas dia, Jangan haraplah nak tolong. Huhu. Tapi mr hubby kalau dah terlebih rajin, memang bagus yg amatlah mutu keje dia..bersih keta tu dia keje kan. Haha... Kalau dia baca belog ku ni, konpom kembang semangkuk. Laki aku tu bukan boleh dipuji. Huhu

Sementara mr abah basuh kereta, si anaknya pon sibuk gak buat kejenya. Keje mengotorkan tangan dan kuku yek. Si budak tecik ni kemain seronok dapat main pungut2 batu2 kecik kt depan umah. Pastu main baling2. Sampai mama dka jerit pon dia tak hirau. Suka hati ko lah anak. Janji happy. Huhu

inilah pak tam kesayangan sy yg dah siap dimandikn oleh mr Roslan tu. Lihat body ku... Bersih dan kilat kan???? mcm baru beli pon ada kan.. Ahaks. Konpom makin koyak besolah suar laki aku tu.. Huhu.

haaa... Tengok pokok rambutan ni...Inilah pokok rambutan depan umah mertua aku. Ada 4 batang pokok. Dua rambutan merah dan dua lagi rambutan kuning. Tapi rambutan kuninv je yg banyak berbuah. Rambutan merah belom nak masak sgt. Tapi aku memang lagi suka ngn yg kuning lagi. Elokla tu...

lagi dan lagi... So, time to jolok buah rambutan!! dah tak sabar dh rasa. Lepas mr hubby habis basuh keta, terus minta dia jolok rambutan.

Tapi bukan mr hubby yg jolok. Atuk wisya ni yg jolok sebab dia yg dah biasa gunakan galah paling panjang di dunia ni. Memang pnjang okeh. Pastu siap ada penyepit nya sekali. So, mudah utk kita petik buah dengan penyepit tu. pandai pak mertua ku cipta itu galah.

"sana abah.. Ha... Kat sini plak abah banyak yg lebat. Tuuu.. Tuuu. Kat sinun tu lagi banyak" hahahaha... Itulah suara2 aku n mr hubby yg sibuk mengarah abah masa jolok buah rambutan. Dasar... Hik hik... Ate, dah abah je yg pegang galahnya. So, kami ni tukang arah jelah.

pak mertua ku yang sangat sporting gilos.Yang tak jemu2 menunaikan permintaan anak menantuny yg tak tau malu ni. Selain rambutan, kat depan Umab tu fil aku ada tanam tebu gak. so, aku dengan muka tak malu, nak minta skit tebu tu. Kononnya nak hantar kat kedai air tebu utk upah mesinkan tebu bila balik jb nnt. Sekali ko... Nak dekag satu bonet fil aku kasi. Lepas tu terus dia offer plak kelapa muda 3 4 bijik.. Huhu. Fil aku mmg tak kedekut. Cara dia tu ibarat kalau boleh ngan pokok2 tu dia nak bagi aku kekdahnya. Hahah

mr hubby dan anak daranya yang tolong sama kutip buah rambutan.

bila dah gugur ke bawah, tugas kami dok kutip rambutan2 tu masuk dalam kotak. Kerengga amatlah banyak ok. Sampai wisya2 sekali berbintat kena gigit. Abis, dah rajin sangat nak menolong..rasakan lah dia. Huhu.
Yang berbaju pink itulah my Mil(mother in law). die pon bila tengok org lain excited memungut buah rambutan, Dia pon sama2 kuar join kami jugak. Alamak, nape mak mertua aku tu tak pandang depan kamera, klau tak boleh tunjuk muka laki aku ngan mil aku tu mcm photostat.. Memang laki aku ikut muka mak dia. Ahaks.

antara rambutan yang dikutip msuk dalam kotak yg kami amik dari bonet. Kotak tu actually aku kumpul letak dalam bonet utk pindah umah nnt. Aku rembat dari hospital aku. Pastu laki aku suka suki mak pak dia je pergi guna buat isi rambutan. Ahhh.. Lantak le kamu!

lihat... Gigih tak gigih Fil aku sibuk panjat pokok kelapa nak bagi pada kami utk bawak balik ke jb.

okeh... Setelah kami smua gigih memetik segala macam jenis buah kat sekeliling umah mertua aku ni, maka hasilnya adalah seperti ini:
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^ uols jangan terkezut okeh...
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^^^
Dah macam dusun buah pon ada kampung mil n fil ku ni tau.


^
^
^
^
^
^
^
^
^
^ Tadaaaaaaaaaaaaaaaa.... Ko tengok apa dah jadik kat bonet keta aku ni?????

inilah hAsil pungutan kami petang tu. macam tak muat pon ada. Ape??? tak nampak??? moh aku kasi zoom ckit.

haaaaaaa... Jelas tak skang???? hahahaha... Mesti uols rsa ngences kan skang? soryla ku bukan sengaja nk bagi korang terliuq. Dh kebetulan plak nak buat cite ni kan...
Nak taknak bersabo jelah di bulan ramadhan ni ye kalo Uols terbaca entry2 yg ada
gambo makan2 ni. Ihik

yg ni plak tebu n rambutan. Ini Kes dah tak muat nak letak kat bonetlah ni. Huhu. Terpaksa sumbat kat tempat duduk penumpang. Nasib baik kami 3 beranak aje.
Ngeeeeee... Memang dah macam nak gi meniaga buah kt pasar tani dah kekdahnya.

Hihi.apepon syukur.. Smua ni rezki. Itulah yg untungnya kalau dapat suami org kampong. Dusun buah merata tempat! mak suka okeh... Jgn menjeles naaaa... Ihiks.
Dan utk pengetahuan uols, buah2 ni smua dah licin dibedal oleh kami skuarga. Selebihnya kami bagi jiran n kawan2 aku kat spital.

wisya say thank u to grandma n grandpa okeh... Yg putih tu keta exora acik lan(adik hubby)

mak nenek ni lepas dah kepanasan kutip buah, die ngajak plak kite masuk keta sebab nak aircond... Bijak tak budak ni? huhu... Kocik2 ko dah pandai ye ank! kang kocik plak ati nenek ekau sbb umah die takdak aircond

lepas setel sumbatkan segala jenis buah dalam keta, time to cekik2 plak. Haa,,, inilah hasil aku n Mil aku masak tadi. tapi yg byk bekerja keras adalah mil aku sebenarnya. Anak mnantu dia ni tolong apa yg patut je. Kui kui kui. Ate... Kata nak jadik menantu solehah. Hiks

yang paling buat aku terliuq adalah 2 jenis makanan ni. Kerabu dan tempe. Tempe plak makan cicah sambal kicap... Waduh2... Terangkat beb.


kami pulang ke jb petang ahad dalam kul 6pm. Sebab besoknya dah kena keje. Mr hubby je yg sambung cuti lagi. Huhuhu... Menjeles betul!

so, sampai je umah, kami kuarkan segala menda jenis buahan tu park kat dapur emak aku. So, ginilah jadiknya....

Inilah segala macam buahan yg kami bawak balik dan berjaya diletakkan di ruang dapur emak aku. Bapak aku cakap dah macam pasar tani dah..Huhu
buah2 yg ada ialah, durian, manggis, pulasan, cempedak, rambutan, kelapa muda, pisang, tebu, pucuk ubi dan pucuk manis. Dan smua pucuk2 tu dah habis emak aku buat lauk utk berbuka. Hihi
ini plak manggis dan buah pulasan

anyway maaf lagi sekali lah kalau entry ni buat uols rasa ngences bila baca. Hiks. Cite ni pon dh berlalu minggu lepas. Tapi baru arini dpt publish. Actually dah tersimpan sejak ari selasa aritu kat draft, tapi baru arini dpt publish. Huhuhu.. Ate, asyik tertangguh-tangguh nak menaip.. Sudahnya terbengkalai jelah kat draft. Ni pon tgh lunch hour. So, ku cuba gigihkan diri menghabiskn taip entry ni. Hihi... Apepon, salam ramadhan yg keempat utk blogger. Jmpa di next entry k. Banyak lagi cite dah basi
nak cite ni. Ngeh.. Ngeh.. Ngeh..


Nak tambah duit selain Nuffnang? Klik2 banner bawah!! www.tips-fb.com

2 comments:

Amiizaa2001 said...

ya amponnnnnn banyakknya boleh jual kat pasar borong nie:):)

Mama Qadida said...

Amiiza, hehehehe.. Tak sempat jual kat psr borong, dah abis licin. Hehe. adik badik ramai.

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!