Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, July 24, 2011

Grooming Curlasss You!

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WRT

Kursus ni dah lama jugak mama qadida pergi. Tarikhnya pada 4th-5th July 2011 yang lalu. Tapi baru sekarang dapat cerita kat sini sebab gambar2 semasa kursus ni jalankan baru saja di upload oleh cameraman yang bertungkus lumus dok perambik aksi2 weols sepanjang kursus tu. Actually Penganjur yang terlibat dalam memberikan kursus ni ada Facebook dia jugak tau. So, aku cilok gambar2 yang aku upload kat bawah ni dari pesbuk dorangla. ambikk gambo sendiri jangan diharapla. Lagipon tak bawak kamera. Segan plak nak snap pakai Tablet Huawei Ideos aku yg tak glemer ni. sebab nama pon tabletkan.. Beso gabak. So, klu snap pic, malu owang tgok sbb nampak obvious. Kalau sesiapa yang tak tahu lagi mama qadida online pakai tablet apa, uols boleh masuk kat ENTRY YG AKU CITE PASAL GADJET BARU AKU NIH. .
SEJAK guna tablet ni, aktiviti blogging and facebooking aku makin senang dan mudah. Errr... Tp kan lagi best kalau tablet ni ada GPS, FM Radio and Atv. Huhuhu... So far, tablet yg aku ada skang ni takde function2 yang aku sebutkan ni. Tapi haritu ada servey tentang tablet baru dari U-Mobile iaitu tablet yg dinamakan I-Note. Sure uols pun ada yg tak tau pasal I-Note ni kan? Apepon yg boleh aku katakan, i-note tablet ni rupa, size dan bntuk sejibik sama macam samsung galaxy tab (SGT)okeh. Cuma harganya murah skit berbanding original SGT. YG PASTI ianya ada function utk Radio, TV and GPS. Itu yg mak suka noks.. Aku rasa macam lengkap je bila ada semua function tu sebab aku ni jenis pagi2 suka dengar radio HotFm AM Krew. Topik dorang best2. So,memandangkan kat department aku ni takde radio, maka aku slalu termiss nak dengar topik2 AM Krew. Jgn terkezut ye. Mak fanatik AM Krew okeh. Nak2 skang ada Usop Wilcha... Mmg makin terbako dan hot aku rasa segment dorang tu. Klu ada function tv plak senang utk aku tgok pogram peberet aku dimana2 saja aku berada cth mcm sinetron kegemaran aku ke, drama Annissa ke, WHI and apa kata wanita ke. So, pasni takyah la aku susah2 tengok online kat tenet lagi(tonton.com tu). Membazir tenet mb aku je. Tenet aku ada 500 mb je, so klu selalu sangat online. Streaming, tahap mb tu akan cepat habis dan tenet akan jadi selow melow. Tu yg tak suka tu... Huhuhu. Takpe.. Akan aku servey lagi tentang tablet I-Note tu. Agak2 aku dah berjaya beli nanti, aku bgtau uols k.. huhu.. Macam ada org baca je belog ko ni mama qadida! errrr... Tapi tablet yg sedia ada skang ni nak kena jual dululah kan.. Sapa nak beli huawei ideos tablet aku ni? sila email ye. Nak email, ada kat bahagian contact kat border atas nun. Sempat pomot kannnnn... Curlasss ko nyah!

Oppppsss... Tengok2. Kan dah aku kata, aku suka meleret2 klu buat entry. Suka benar dok merapu. kot byk mkn ikan kerapu ka????
perasan tak mama qadida suka bukak topik lain sedangkan tengah buat topik lain. Hahahaha... Jangan mare ek. Aku pon macam perasan tabiat ni sentiasa ada kat setiap entry aku. Hope uols jgnla boring dan tersentap dgn perangai mama qadida ni ek. Aku ni memang ada penyakit suka membebel tak tentu hala bila dah start menaip. Lepas tu klu dah menaip tu, berjela2 ayat n perenggan nya. Tulah penyakit mama qadida sejak dulu. Sebelom nak menaip, punyalah pemalas n takde mood. Tapi once dah start type, ha... Macam2 idea and crita plak boleh keluar. Huuhu. Sebab tu kot aku suka berblog kots. Rasa macam seronok and beronok-ronok dapat membebel sesuka hati kat belog sendiri. Tapi, esok lusa, benda yg dibebelkan nilah yg jadi kenangan aku dan kuarga aku nnt. Agaknya siap tersengih n tergelak sorang2 bila baca belog ni bila 10, 20 tahun akn datang kan.. Huhhuhu...

Okla... Back to the actual topic. memang dah tahap keronik dah merepek meraban aku kan... Hahaha. jom cite balik pasal gi kursus tadi.
Actually kursus yg aku attended ni dihantar oleh Hospital aku. Biasalah weols as a worker kat spital ni kan siap ada merit dimerit jugak. Tapi weols lebih kepada Istilah yg dipanggil KPI or KRA(tahap /level jawatan kamilah tu). So, every year, pihak hospital akan kira staff punya KRA. dan KRA inilah yg akan menentukan naik turun tangga gaji kami dan juga bonus yg every year yg kami dapat tu. So, KRA ni dorang bukan takat tgok prestasi kerja dan tugas kami je tapi berapa kerap kami hadir ke kursus2 juga diambil kira. So, sebab tulah every staff wajib menghadiri kursus2 yg dihantar oleh pihak hospital. Dan kehadiran kami di setiap kursus ni hendaklah di recordkan di dalam sebuah kad warna biru(nama kad tu ialah "IN TRAINING SERVICE RECORD") SEMUA staff wajib ada kad biru tu. So, tiapkali attend mana2 course je, kad tumenjadi teman setia kami(mesti bawa)sbb diakhir course tu, weols kena minta signature ahli panel kursus tu. Leceh tak... Leceh tak... What to do.. That's a proven that we had attend the course.
So, sapa yg banyak hadir kursus, dapatlah bnyak markah KRA. So, bonus pon dapatlah lebih ckit. Huhuhu. Itu yg kadang2 siap berebut2 nak pergi course last2 minit dimana pengiraan KRA dah nak bermula. Smua takut tak dapat naik gaji n tak dpt bonus. Huhuhu. Kadang2 aku rasa macam terpaksa pon ada yg pergi kursus ni. Sekadar nak penuhkan kad biru je. Hmmm... Once again.. What to do... Dah nama pon kerja bawah org kan. Nak taknak terpaksa ikut jelah. see... Agak2 aku merapu lagi ke tak ek ni?bila masa laaa aku nak cite pasal kursus yg aku attend ni ek klu banyak membebel tak sudah2. Haha

Okla... Oklaaa... Dah.. Dah aku tak membebel dah.. Jom ke topik asal. Kali ni betul hokeh. Hihihi.

Anyway, course yg aku attend kali ni ialah KURSUS PENAMPILAN IMEJ & PENGURUSAN DIRI。atau dalam bahse omputihnya GROOMING CLASS. WOWWWW... dengar je grooming class macam teruja gitu kan. Ingat Nurse takde grooming class ke noks. Weols pon kena jaga ketrampilan weols gak masa treat patient. Yelah... Kena dapat nurse yg selekeh mekeh, idak ke bertambah sakit patient bila tengok muka kita? silap2 dari ward biasa, terus transfer ke ICU. Uhukss.. Parah plak dah kan.
So, kami pon ada gak grooming class. Masuk ni, dah berkali2 jugaklah aku memaksa relamenghadiri grooming class sejak aku join nurse field ni. Kami bukan takat diajar bagaimana nak berpakaian dan mekap segala bagai tu je, tapi kami siap diajar bagaimana adab semasa menghadiri majlis2 korporat, sperti dinner2
VIP di Hotel2. .. Dan sebagainya yg memerlukan kita to be a perfect way and manner. Siap ajar cara2 nak makan udang pkn ada ko. Yelah.. Kalau kat umah apak ko, bulehla ko siat2 kulit udang guna gigi taring ko tu tapi kat hotel, ko berani ke buat camtu? Rejek babe... Rejek! malu aku mengaku ko kawan aku.. Hak hak..hmmm.. Actually banyak lagilah yg weols belajar kat kursus tu. Cara berjalan yg betul pon ada. Uhuhu.
Okeh... Jom tengok gambo2 gediks plus mentel weols sepanjang kursus tu. Happpening okeh... Smua kepala sporting punye staff. Haha.

inilah kesemua staff Hospital Pakar Puteri JB yang kiut miut hadir pada kursus tersebut. Kursus ni dijalankan selama 2 hari tapi gambo kebanyakannya pada hari yg kedua. Huhu. Cuba cari yg mana satu mama qadida, tuan punye belog ni? sapa teka betul, dapat choki2wisya yg tak abis dlm esbok.

inilah tuan panel yang menjadi penyampai kami pada kursus tersebut. Namanya Encik Shah Fiesal. Kami gelar di encik Shah saja. Orgnya suka buat lawak selamba okeh. Firstly, kami kena perkenalkan diri sorang2 kat depan. Gugup mak noks. Malu+segan kan.. Mak ni seorang pemalu noks, jngan tak tau. Hihi. Tapi yang paling tak boleh lupa, lepas kenalkan diri, encik Shah suruh kami mention apa kelebihan dan kelemahan dalam diri kami berkenaan ngan kursus grooming ni, tapi aku plak cakap kelebihan aku pandai mengarang(menulis puisi, cerpen ikutkan nak je cakap mengarang belog tapi over plak kang Haha. #tetiba kan. Takde kena mengena pon dengan grooming. Huhu. Nasibla... Janji beban aku kat depan khalayak dah setel.. Huhu. Yg kelemahan plak, aku mentiom yg aku ni seorg yg mudah gugup dan gemuruh. Haa... Itu pasai la smpai merapu pasal pandai mengarang bagai tadi. Semuanya gara2 gugup di hadapan org ramai la tuh.. Hik hik.

okeh.. Kemudian kursus start. Dan bermulalah episode ada yg muulut ternganga dengar ceramah, ada yg sengih... Main2 pen.(akulah tu). Ada gak yg dok tersangap2 sampai kena tegur ngan penceramah. Haha.. Malu weh. Aku plak sibuk terkohol-kohol sebab at that time, aku tengah cough n flu. Haruslah tekak ni sentiasa gatal kan... Sangat tak selesa sebab asyik terbatuk2 macam bunyi kambing.. Huwaaaaa.. What to do kan.. apesal skang ni gemor bebeno aku nyebut ayat "what to do" ni hek? huhu. Tapi majority memang ramai yg suka kan ceramah encik Shah ni sebab segala info yg diberi sangat attractive. Cara nak pakai tie pon di ajar step by step okeh. So, kalo ko ado laki yg keje kena belit ngan tie every day tu, bolehlah korang menunjuk2 skill pakai tie tu kat laki ko kan.. Baru jadik istri mithali berjaya pakaikan tie suami. Ngeeee..

lepas tu yg paling syok weols ada main beberapa game. Hilang sekejap ngantuk yg kadang2 menyinggah. Game pertama ni weols gelar game kepala teleng sbb game dia kejap kena pusing kanan, kejap ke kiri. Haku pon dah lupa nama words yg disebut bila pusing kepala kanan kiri tu. yg aku ingat, kalau pusing kanan, kite kena sebuh 'Ha' kalau kiri aku lupa ingatan dah. Game ni sape yg silap, sebut word kiri kanan tu, kite kena kuar dri game sbb dah kalah. So, orang yg last sekali yg tak keluar2 dari game, akan menang. Tp game ni susah okeh. Boleh keliru mak noks. Huhu. Tahniah untuk Mak Kila sebab menang dalam game ni. See... Tua bukan sebarang tua tau.. Errr.. bukan tua tapi paling senior. Hik hik.

next weols main game puzzle plak.. Alamak!! Tuan punye belog interframe betul kat pic ni.. Hihihi.. Masa ni tengah sibuk pikir macam mana nak susun huruf dari 1-8. Setiap dari kami diberi nombor(tali hijau tulah nombor kami)so tugas kami kena susun nombor2 tu. Sebab kami mula2 disusun secara random dulu. Pastu pandai2 lah susun. Macam main puzzle tu. Ingat sonang ka? sampai terjerit2 kami dok main game ni. Sebab kmi diberi 3 kumpulan. Dan setelah hampir 20minit main ini game, kumpulan kami akhirnya menjadi juara. Hahaha.. Memang tak sangka sgt.

lepas tu weols diajar bagaimana nak jalan betul tanpa jalan bersepah-sepah. Uhuks. Aku rasa, aku jalan bersepah la weh! rasanya ini basic bagi setiap grooming class. Kami disuruh berjalan sorang2 kat depan sambil menjunjung buku. Basic kan??? tu mama qadida kat belakang yg pakai tudung tu. Ala, org yg nampak beriya2 sangat tuuu.. Hihi. Yang depan tu 'kawan baik' aku kat klas tu iaitu si Linda. Minah ni dah anak 2 okeh.Baru lepas confinement. Maintain je kan... Rupanya si Linda ni tak sombong orgnya. Dedulu aku tak pernah bermesra ngan dia sbb weols bukan keje satu department. So, jarang bertegur sapa. Sekali bila jumpa satu course, baru tahu dia ni baik orangnye. Huhu. Itu yg bagusnya attend course ni. Kite boleh beramah mesra ngan other staff kat spital tu.

jom tengok aksi2 staff yg attend course tu. Ini akak yg keje bahagian X-ray department. Lupe nama die. Aku baik ngan akak ni pon sebab dah selalu jumpa kat satu course yg sama. Kebetulan kan. EWahhh... Catwalk kak.. Jangan tak catwalk. Haha. Actually akak ni org first yg kena jalan junjung buku ni

ni kerani bahgian medical record. Selalu nampak dia usung patient's case note kat spital. Hiks. Dia ni cun.. Suke tgok muka dia. Cara dia jalan betul2 macam model. Ko buat catwalk ke dik kat depan tu! haha. tapi orangnya humble je.. Baik n tak sombong. Nasib baik ko tak sombong... Kalau tak, sia2 jadi bahan kutukan aku. mama qadida kan soka buat dosa free. Ngeee. Actually motip sebenar upload gambo ni sebab lagi sekali ada tuan punye belog ni dok interframe. nampak tak.. Nampak tak.? Hahaha

ini kakak chinese sy yg sangat baikkk.. Selalu hadiahkan saya baju n bebear2 utk anak dara sy wisya. Thanx aunty. Nama dia Kak Wong. Dia nurse assistant Klinik ENT Doctor ARchuna. Klinik dia bersebelahan je ngan department saya. Sebab tu weols agak close kots. Tapi ini kakak sangat kepoh mulutnya. Kalau bercakap, tak bleh stop. Macam ketapitp sy sukeeeeeee... Ngeeeee... Luv u kakak! Nanti bagilah lagi hadiah utk wisya bnyak2 lagi ek. Hahha.. Tapi kak wong baru buat operation kat lutut kanannya sbb lututnya dah haus. Semoga kak wong cepat sembuh ye. Kalau i sebut umur kak wong, sure uols terpanjat boboiahaks.

ni plak salah sorang kumbang dalam course tu. Kumbang cuma ada 3 org je. So, ni yang paling senior la kekdahnya. Weols panggil dia abg Jo(Johan) bertugas di Linen service. bila terserempak ngan dia kat kawasan spital, mesti uols akan nampak dia dengan linen2nya. Itu wajib okeh. Hehe. kang kata tak buat keje plak..tak gitu abg jo... Huhu abang jo seorang yg kelakar dan soka loyar buruk okeh. Die yg sentiasa gamatkn suasana sbb weols yg bunga2 ni suke dok nyakat dia. Haha.

last but not least... Kami dianugerahkan sekeping sijil di akhir kursus. Ko ado? nan hado oke.. #Tetiba.

oklaaa... Sampai sini dulu bebelan puan qadida kite. Aku rasa inilah entry paling panjang aku created. Huhu. Maklumlaaa... Wiken le katakan.. Haruslah banyak masa. Wisya plak ikot nenek dia pergi tgok busu azhar kat batu pahat.. So, meronggengla aku kat belog tersayang ni... Err.. Tapi masa aku buat entry ni, wisya dah balik dah. So, lepas ni aku n emak aku nak gi servey perabot lagi kat giant nusa bestari. Dengar ada sale. Skang ni mmang mode servey perabot, sofa n barangan letrik bagai. Semuanya gara2 memang memenuhi impian Astana U kamilah kan... InsyaAllah. Nanti aku hapdet ckit2 pasal perabot dan sofa yg aku dah booked k. Tunggu pindah je, baru angkut terus ke Astana U. InsyaAllah. Semoga urusan kami dipermudahkan.. Amin



Nak tambah duit selain Nuffnang? Klik2 banner bawah!! www.tips-fb.com

0 comments:

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!