Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 21, 2011

Darwisya Firstime Kena Allergy

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WRT...

Semalam Wisya and mr abah pergi rumah adik mr abah a.k.a adik ipar aku. Umah dia tak jauh dari rumah kami. Adik ipar aku tu yg minta mr hubby pergi rumah dia sebab nak minta tolong hubby aku tengok2kan laptop dia yg kena virus. Adik ipar aku tu jugak yg jemput mr hubby pergi umah dia gun keta exora baru dia tu. Denga si wisya2 sekali di angkutnya. So, mr hubby call aku kat tempat keje semalam suruh aku amik dia dan wisya kat umah adik ipar aku tu lepas balik keje. Sbb dia taknak susahkn adik ipar aku nak hantar ke rumah kami semula. Lagipon dah alang2 aku balik keje kan. Mr hubby semalam keje pagi balik pukul 2pm.

So semalam lepas balik keje pukul 5pm, aku trus menuju ke rumah adik ipar aku tu. Sampai2 je aku tgok ada bintik2 ruam Tumbuh kat muka wisya Aku ingatkan gigitan nyamuk ke ape, so aku abaikan jelah. Pastu lepas 15minit kat rumah adik ipar, mr hubby terus ajak balik sbb laptop dia dah setel. Masa dalam perjalanan nak balik tu, tetiba wisya jadi tak selesa. Dia meragam danmula menangis sambil menggaru2 badan dia. Masa tulah kami berdua terkejut gila sbb tiba2 muka wisya berbintik2 mcm kena ruam yang teruk. Lepas tu merah dan jadi bengkak muka dia. Aku n hubby dah panik gila. Tengok2 badan dia pon dah naik ruam(bintik merah).
At first kami ingat Darwisya kena demam campak sebab teringat anak kepada member aku pon baru kena demam campak kn... So, dan dan tu jugak aku n mr hubby bawak wisya pergi hospital(kat mana lagi klu bukan tempat aku keje. Free maaaa.. Hiks) kebetulan memg masa tu tengah drive area2 jalan nak pergi hospital kan... So, aku dengan pakai baju uniform keje lagi terus drive ke hospital puteri.

Sampai2 je trus register, just bagi nombor MRN je sebab wisya mmg dah ada case note kat spital tu kan.. Tak payahlah nak isi borang lagi kan.. Lucky masa tu patient tak ramai, so kami tak tunggu lama la... Lepas nama wisya dipanggil, kami terus masuk ke A&E(accident &emergency) sebab masa tu dah after office hour, so klinik smua dah tutup. So, any hospital pon kalau after opis hour, kita akan dilayan oleh Medical Officer ( MO)di A&E sahaja. Kalau penyakit kronik, baru medical officer tu akan call doctor yg on call that day utk datang look after patient di hospital as an emergency case.

So, semalam MO yg bertugas kat A&E adalah doctor Nizam. Lepas timbang berat wisya and check temperature, doctor trus periksa wisya dan sekali tengok je dia terus bagitau yang Wisya dah terkena allergy.. Sbb doctor cakap, kalau allergy memang akan naik ke muka dulu. aku yg tak puas hati ni tanya dctor tu lagi utk dapatkan kepastian.
"Kalau gitu, ni bukan nya demam campak la ye doctor? "
"yups... Bukan demam campak. Awak jangan risau. Kat rumah ada polaramine syrup tak"
aku angguk je sbb kebetulan memang ada stok polaramine.
"ok, balik rumah awk just bagi dia makan polaramine 3mls 3 kali sehari smpai ruam die ilang. Lepas tu awak amik towel kecil and balutkan ais ngan towel tu pastu tuam or sapu kat tempat Gatal tu sbb bila kena sejuk, dia akan kurangkan rasa gatal"
aku pon jawab "Baikkkkkk... Hik hik...

Tapi memang lega bila dapat tau yg wisya just kena allergy je.
Bila doctor tanya last dia makan or minum apa, aku tak dapat nak jawab sbb aku baru balik keje.
aku pon tak pastila wisya ni allergy ape.Tapi semalam kat umah adik ipar aku tu ada kawan serumah suami isteri dgn ank kecil sebaya wisya. Dorang mmg sewa bilik kat umah adik ipar aku tu. Mgkin ada makanan yg kwn serumah adik ipar tu bagi kat ank aku kot tp xtau makanan apa. Pastu asben aku ckp, kwn serumah tu ada layan ank aku mandi kat kat kolam bowl yg plastik tu kat depan rumah. So, tak taulah sama ada wisya allergy makanan or air yg dia mandi tu. Sebab sebelom ni wisya tak pernah kena allergy. Inilah firstime dia kena. Hmmm

so, berbalik pada kesah tadi, lepas je doctor benarkan pulang,kami trus balik. Dalam perjalanan tu, tetiba mr hubby cakap muka wisya dah ok. dah takde bintik2 merah lagi. Pendek kata dah jadi normal semula la. Terkejut gak weols. Lagipon ubat polaramine tu pon belom bagi lagi. Sempat dia tido ngan lena lagi dalam keta. Ajaib kn ini budak.. Huhuhu...
Mgkin memang betul dia kena allergy kan. Sbb allergy memang tak kena lama kan... Apepon kami bersyukur wisya tak apa2. Balik rumah, wisya trus tido ngan lena. Mungkin dia penat sangat. So, esoknya baru aku bagi die polaramine lepas bgun pagi. Walaupon die dah sembuh sepenuhnya, tapi aku tetap bagi dia polaramine atleast once.
dan alhamdulillah tadi petang lepas aku balik keje, nenek wisya ckp takde lagi bintik2 merah tu langsung utk hari ni. Aku adalah lega. So skang ni aku cuma boleh agak yg wisya maybe allergic pd air yang kotor. Mungkin.!!!


Nak tambah duit selain Nuffnang? Klik2 banner bawah!! www.tips-fb.com

0 comments:

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!