Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, July 10, 2011

Report Book Azhar Mengimbau Kenangan Lama


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WRT...

Semalam bersamaan hari sabtu, saya bercuti.. Amik Annual Leave sebab nak tolong hantarkan nenek Darwisya pergi menghadiri hari terbuka sekolah Busu Azhar... Ala,hari terbuka untuk amik report card tu... Huhu
Sekolah Azhar adalah jauh okeh.. Kat SekolaH Agama Arab Annur Benut Pontian. Agak Jauhlah jugak dari johor bahru ni kekdahnya.. Kalau bawak keta ciput cam kekura tu mau 2 jam lebih baru sampai... Kalau bawak berdesup mcm harimau belang tu, adalaaaaa dalam 1jam lebih sampai... Tetibe...
itupon sepanjang perjalanan, ada 5-6 road block yg kami jumpa... Waduhhh.. Ini smua gara2 CLEAN & CLEAR lah kunonnye.. Huh...
bukan apa... Aku cuak la jugak bila ada road block ni... Dada dan jantung aku akan berdegup kencang! tau pasai pa? Lesen mak dah lama mati... Mak boleh lupe selupanya nak renew.. Sungguh! Aku tak taulah kenapa kali ni aku lupa yg amat.. Tak pernah aku lupa nak renew lesen sepanjang hidup okeh..
Kalau aku cakap sejak bila lesen mati, of coz uols sume terkezut beyuk... So, better tak yah mention lah ek... Kang ada yang mati terkojut makngah kang pembaca belog ni... Hiks.. Actually memang nak renew bila terperasan dari 3 hari lepas tapi nak pergi post opis plak takde masa.. Keje time opis hour bukan senang nak buat urusan.. Time lunch aku plak bukan menentu.. Kadang ada kes, dah takleh kuar time lunch.. Itu yang sampai tak terbuat2 tu.. So, nak taknak semalam terpaksa jadi drebar haremmm... What to do kannn.. Post opis semalam close okeh! Alhamdulillah semalam tak sampai kena cekup sebab kesemua road block yg kami tempuh semalam, satu pon takde yang tahan kami... Smua main suruh jalan je... Huhu.... Selamat!

kami sampai ke sekolah Azhar(busu wisya) dalam pukul 10pagi... Sampai2 je terus Azhar tarik tangan emak pergi ke klas akedemik dulu amik report card... Lepas tu baru kelas arab... Dorang kat situ kelas arab wajib untuk smua pelajar... Wah.. Lepas ni adik bongsu aku sorang ni berlagaklah sebab dah pandai ckp arab... Hihi... "Nnt kak ngah berguru ngan azhar eh.. Hiks"

sementara tu, Wisya ngan Mama tunggu kat luar.. Melayan Wisya yang sangat aktif.. Berlari ke sana sini mcm tak reti penat.. Itulah dia anak mama... Almost satu sekolah tu kami buat round gara2 melayan kerenah dia... Kalau tak nanti dia buat mama dia malu merah muka ngan jeritan nyaringsss dia.. Abis ganggu orang nak amik report card.. Layankan jelah kerenahmu wahai anak... Huhu.

Jom tengom gambo jom.. Gambo ni mengingatkan aku ke memori lama...


Keadaan kelas untuk mengambil report book. Gambo amik report book ni mengimbau aku pada kenangan masa aku bergelar guru sandaran satu ketika dulu.


yups.. Dulu ku penah jadi guru sandaran or dalam bahasa omputihnya Attachment Teacher. Kalau bahse komersial kat sekolah plak kami digelar GSTT(guru sandaran tidak terlatih). Aku dan My BFF, Ani sama2 pergi interview GSTT ni selepas kami gagal masuk ke Uni selepas dapat result STPM dulu. Saya ada STPM OKEH.. tetibe...
Dedulu bukan senang nak masuk U. So, kebetulan emak Ani seorang cikgu sekolah, dan dia yang bagitau ada permohonan menjadi GSTT dengan contract selama setahun. So kami bukan guru sandaran yang ganti cikgu bersalin tu, tapi kami ada ikat contract. Macam jawatan kerajaan tetap la..kelulusan SPM &STPM Boleh diterima bekerja. So aku dan Ani dapat Gunakan kelulusan STPM, maka kami dapat gaji Tahap STPM la.. Ada up skit la gaji kami ni... Masa tu gaji yg kami dapat adalah RM1100 termasuk elaun.. Huhu... Masa tu dah kira banyak la bagi kami. Sbb kalau nak dibandingkn SPM, gaji just RM800 je. Kira tak sia2 la kami amik STPM. Ada gak kegunaannye.. Huhu
So, kami sama2 pergi interview dan kmi sama2 berjaya dapat jawatan GSTT tu. Ramai yang mohon, alhamdulillah kami terpilih.. Yelah, masa tu aku n Ani pikir 1 je... Tujuan kami try GSTT ni sbb kami nak amik pengalaman. Sbb masa interview tu, dorang kata, kita boleh diserapkan menjadi guru tetap atau dengan kata lain akan di offer utk belajar di maktab slepas ada pengalaman GSTT selama 3 thn. Itu yang membuatkan kami lebih bersemangat. Manalah tau ada rezki selepas 3 tahun nnti.
Aku ingat lagi lepas je aku diterima sebagai GSTT, tuan yg interview aku tu ada cakap mcm ni :
Hafizah, skang kami dah terima awak sebagai GSTT, so, lepas je awak kuar dari bilik saya ni, automatik awak akan bergelar "Cikgu" sampai bila2, walaupon sampai awak dah tamatkan contract awak sekalipon. Gelaran awak akan kekal dpanggil cikgu oleh bekas anak2 murid awak smpai bila2. Gud luck
huhu..Lepas je dengar dia cakap camtu, aku terus cuak dan bersemangat utk mendidik anak bangsa. masa tulah aku pikir, tanggungjawab seorang guru bukan boleh dibuat main2. Kita kena telus mendidik anak bngsa. Sebab itulah.. Aku sentiasa berfikiran positif setiapkali melangkahkan kaki ke sekolah dgn berkata "walaupon aku hanya bergelar Guru Sandaran tetapi semangat aku utk mengajar anak murid aku, bukan hanya picisan semata.. Tetapi sama seperti semangat guru2 terlatih yang sedia ada... "

sorylah tetiba ter emo plak kan... Tingat kenangan lama buat aku jadi rindu saat2 itu.. Rindu dengan semua... Rindu ngan bekas anak2 murid... Rakan2 cikgu.. Rindu nak mengajar lagi.. Anak2 murid aku pon dah beso2 belaka sbb aku pernah mengajar murid tahun 6 masa tahun 2001-2002. Means, dorang smua dah berusia 20-21 tahun, dan mgkin ada diantara dorang dah masuk ke Uni.. terasa diri ini dah tua sangat.. Haha

Aku ngajar dari tahun 2001-2003 selama 3tahun berturut-turut. Tahun 2001 ngajar di Sekolah Keb Tmn Johor Jaya. Tahun 2002 di sekolah Keb Bandar Baru Uda 2 dan akhir sekali tahun 2003 disekolah Keb Taman Rinting.
Aku ngajar dari tahun 1-6. Dan hampir kesemua subject aku kena ajar sbb kami takde pengkhususan macam belajar kat Maktab tu. Antara subject yg biasa aku kena ajar adalah BM, BI, Pend Jasmani & Pend Seni, Sains n Matematik. Aku juga pernah jadi Guru Kelas murid tahun 3. Ha, sebut pasal guru kelas, aku tak ketinggalan untuk jadi salah sorang guru yang bertugas masa murid2 amik report book. Huhu.. Masa tu, cuak jangan cakaplah... Rasa nak surrender je.. Ko bayangkan aku kena berhadapan dengan ibu bpa/penjaga murid aku yg 40 org dalam satu kelas. Mau berpeluh aku. Dedulu mak adalah seorg cikgu yg pemalu u! hiks... Tapi akhirnya aku berjaya jugaklah mengatasi kegemuruhan aku utk berhadapan ngan ibu bapa.. Sampai tak boleh nak benti bercakap plak bila dapat ibu bapa yg banyak mulut. Kalau yg pendiam tu, mmg sepatah dorg tanya, sepatahlah aku jawab... Huhu.. Sangat besh pengalaman tu.. Pengalaman yg hanya seorg cikgu je dpt merasainya dan aku rasa bertuah dpt merasai pengalaman tersebut. Mcm2 kerenah ibu bapa yg kita akan jumpa. Tapi so far, ibu bapa yg aku jumpa tu smua baik2 dan tahu menghormati guru. Itu yg aku suka dan itu yg buat aku berani nak berhadapan dgn mereka.

So, apa yg aku boleh katakan... Menjadi seorang GURU, bukannya mudah. Bersdialah menghadapi pelbagai kerenah murid dan juga ibu bapa mereka. Kerja pon memang ada yg kena bawak balik rumah.. Itu mmg tak boleh dinafikan..

Tapi, mesti uols tertanya2 kan, mcm mana Mama Qadida boleh jadi Cik Misi plak ek... Huu... Dipendekkan cite, lepas aku dan Ani genap 3 tahun mengajar, pihak Kementerian Pendidikan mengumumkan yang smua guru GSTT yang ada dismua sekolah terpaksa dimansuhkan. Dan dorang hanya menerima GSTT yang ada kelulusan ijazah sahaja sbb masa tu dah mula start cikgu cikgi smua mesti kena ada ijazah.. Diploma dah dimansuhkan.. Masih ingat tak tentang pengumuman tu? sayang srribu kali syg, kami yg hnya setakat Kelulusan SPM DAN STPM ni terpaksalah resign. Impian kami utk diserapkan menjadi guru tetap selepas 3 tahun berkecai macam tu je.. Dan disebbkan itulah aku dan Ani try mohon Diploma Nursing di KPJ. Tapi sayang, hanya aku yg berjaya ditawarkan. Ani gagal. Sebab tu Ani belajar amik diploma in psikology course sampailah skang dia sambug degree.. Dah habis belajar dah pon.. Itulah kisah Kami selepas STPM dulu...
so, semalam amik report book Azhar.. Teringat plak kenangan ni.. Tapi satu je aku nak cakap, gelaran aku memang sampai skang kekal org gelar cikgu lah... Dedulu masa dah 4 tahun meninggalkan zaman mengajar, aku terjumpa bekas ank murid aku kat shopping complex, tak sangka dia masih mengenali aku sbb aku pon dah lupa rupa anak2 murid aku.. Hihi.. Dia panggil aku panggilan cikgu sambil mencium tanganku. Dan dia perkenalkan aku kepada kedua ibu bapanya.. Memang rasa terharu sangat. rasa bangga plak sbb Walaupon aku dah jadi nurse skang, aku still dipanggil Cikgu.
buat bekas anak2 murid cikgu, hanya dengan melihat keputusan cemerlang mata pelajaran korang yg cikgu pernah ajar,buat cikgu tersenyum bahagia.. Menunjukkan cikgu berjaya mendidik korang.. Korang smua tetap dalam ingatan cikgu sampai bila2.

cam dah panjang sngat aku membebel kan... Tapi memang dah lama nak crita pengalaman aku menjadi cikgu.. Hari ni bru berkesempatan.
Hihi... Jom lah tgok gambo semalam.

Emak tengah menemani Azhar amik report book... Alhamdulillah.. keputusan Azhar kira ok laaa.. Die dapat no 7 dalam kelas akedamik dan no 11 dalam kelas bahasa arab. Congrats Busu Azhar. Hope dapat yang lebih baik dari ni utk peperiksaan akhir tahun nnt. Amin.

Wisya yang tak duduk diam... Sampai pentas dewan tu pon dia buat tempat main n berlari2. Nasib baik cikgu cikgi kat situ baik2 belaka.

Nenek ngan Wisya bergambo selepas selesai amik report book.. Masa ni kami nak shopping barang2 azhar plak.. So, kami bawak azhar keluar beli brg sekejap

inilah Busu kesayangan Wisya. Smart tak saya??? huhu. Alhamdulillah Azhar skang dah ok.. Dah tak nangis2 mcm mula2 start sekolah dulu. Asalkn kami smua nak tinggalkan dia kat asrama ni je mesti dia nangis. Skang dia dah kuat. Mungkin kawan dah ramai pastu buli2 pon dah takde. Igt tak aku penah cite pasal azhar kena buli ngan senior dulu. Azhar ckp skang dah xde buli dah. Syukur.. Patotla dia makin happy belajar kat situ. See!!! tak elok okeh tempat yg ada buli2 ni... Bebudak jadi tak happy nak study..
Rentikan la buli2 ni.

wisya, azhar dan nenek...motifs Snap gambo sbb nak masuk dalam belog.. Kalau tidak koser aku nak ngambik panas2 terik ni... Huhu.. Hanya org yg ada belog je boleh faham kan kan kan... Sentiasa mencari crita utk dibuat entry..

Mama, wisya dan nenek plak posing...

Wisya yang Semakin lama semakin hyper aktif skang ni.. Uncontrol okeh skang ni... Huhu
sebelom menutup cite... Aku nak ucapkan takziah buat kak Yam sekuarga sebab baru kehilangan bapanya semalam. Arwah adalah merangkap atuk sedara aku. so kak Yam adalah 2 pupu aku. Semalam masa dlm perjalanan Nak balik dari sekolah Azhar kami dapat call dari kak Yam ttg berita kematian atok Tengku namanya.Arwah baru saja seminggu lebih disahkan kena stroke kat bahagian muka. Apepon, aku bersyukur sbb dia tak menderita sakit tu lama... bagi aku arwah Tok pergi dengan mudah.. Sebelom ni dia tak pernah sakit. Alhamdulillah... Aku harapkan kuarga kak Yam espcially nek nafisah(isteri arwah) tabah hadapi dugaan ni... Sama2 lah kite sedekahkan surah alfatihah kepada arwah... Alfatihah.

semalam lepas dapat berita kematian, aku, ayah dan emak segera ke sana.. masa kami sampai.. Arwah baru nak dimandikan... So, kami tunggu sampai jenazah selamat dikebumikan dan sampai majlis tahlil sebelah malamnya. Sampai kat rumah dah pukul 10 malam.. Memang penat yang amat semalam ok. Smua dalam satu masa.. Pagi tadi memasing bngun lewat.. Huhh


Nak tambah duit selain Nuffnang? Klik2 banner bawah!! www.tips-fb.com

0 comments:

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!