Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 29, 2011

Solat Sunat Tasbih

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WRT...
alhamdulilah.. Tadi hospital tempat aku berkerja ada buat smbutan israk mikraj kat masjid yg berdekatan dgn our hospital.. Ia terletak betul2 dibelakang hospital. Nama masjid tersebut ialah masjid Dato Onn johor bahru. kebetulan memang nama aku dan sorang lagi member memang dah ditempatkn utk pergi acara tu.. Walaupon hari ni aku on call(bila2 masa hospital boleh panggil kalau ada emergency. Tp aku tawakal je laaaa... Demi nak gi raikan mJlis tu.. Kalau bab solat, tak patot kite tolak kan...? So aku redah je... Kat ati ni memang dah tau mesti xde kes.. Alhamdulillah.. Mungkin Allah telah memberi aku ruang utk myembah Allah... Sebab sempena israk mikraj.. Salah sorg ustaz di tmpt keje aku telah mencadangkn kami warga PSH Buat solat sunat tasbih...

Alhamdulillah.. Selesai sudah solat tasbih kat masjid dato onn sebentar tadi.. Tak dpt tunaikn sminggu sekali... Sebulan sekali pon memadai... Tak dpt tunaikan sebulan sekali... Setahun sekali pon mmadai.. Klu tak dpt tunaikan setahun sekali.. Seumur hidup sekali pon jadilah.. Itulah die soat sunat tasbih. Syukur dpt tunaikan hri ini.. InsyaAllah boleh diamalkan slepas ni.. Amin
kat bawah ni ada beberapa isi kandungan ttg apa itus solat suat tasbih..

sebelom tu nak share apa itu sebenarnya solat tasbih.. Renungkn... :
Ada ulama menghasan,mensahihkan dan mendaifkan hadis solat tasbih ini. Layari: http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=1264.html untuk maklumat lanjut. Sabda Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib: “Wahai Abbas bapa saudaraku, Aku ingin memberikan padamu, aku benar-benar mencintaimu, aku ingin engkau melakukan -sepuluh sifat-jika engkau melakukannya Allah akan mengampuni dosamu, baik yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang baru, yang tidak sengaja maupun yang disengaja, yang kecil maupun yang besar, yang tersembunyi maupun yang terang-terangan. Sepuluh sifat adalah: Engkau melaksankan solat empat rakaat; engkau baca dalam setiap rakaat Al-Fatihah dan surah, apabila engkau selesai membacanya di rakaat pertama dan engkau masih berdiri, mka ucapkanlah: Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar 15 kali, Kemudian rukuklah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sedang rukuk, kemudian sujudlah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sujud, kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali kemudian sujudlah dan bacalah 10 kali kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali. Itulah 75 kali dalam setiap rakaat, dan lakukanlah hal tersebut pada empat rakaat. Jika engkau sanggup untuk melakukannya satu kali dalam setiap hari, maka lakukanlah, jika tidak, maka lakukanlah satu kali seminggu, jika tidak maka lakukanlah sebulan sekali, jika tidak maka lakukanlah sekali dalam setahun dan jika tidak maka lakukanlah sekali dalam seumur hidupmu” [H.R. Abu Daud]

Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali.

KAIFIAT MELAKSANAKANNYA:
Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.
Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.

CARA MENGERJAKANNYA:
Terdapat dua cara untuk melakukan Solat ini :
1. Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali . Kemudian membaca ta'awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua.

2. Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut. Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat. 3. Surah yang biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1 Surah At-Takathur (Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4. Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)

NIAT:
رَكْعَتَيْنِالْتَسْبِيْحِ سُنَّةَ أُصَلِّى ِللهِ تَعَالىَ

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala.

TASBIH YANG DIBACA:
إِلَهَ إِلاَِّللهِ وَلاَ اللهِ وَالْحَمْدُ سُبْحَانَ إِلاَّوَلاَ قُوَّةَ وَلاَ حَوْلَ أَكْبَرُ اللهُ وَاللهُ الْعَظِيْمِالْعَلِيِّ بِاللهِ

Maksudnya :Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung

DOA SOLAT TASBIH:

أَهْلِتَوْفِيْقَ إِنَّا نَسْأَلُكَ اَللَّهُمَّ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَأَعْمَالَ الْهُدَى أَهْلِوَعَزْمَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَمُنَاصَحَةَ وَطَلَبَأَهْلِ الْخَشْيَةِ وَوَجَلَ الصَّبْرِ أَهْلِ الْوَرَعِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الرَّعْبَةِ .حَتَّى نَخَافَكَ أَهْلِ الْعِلْمِ وَعِرْفَانَ تُحْجِزُنَامَخَافَةًَ إِنَّا نَسْأَلُكَ اَللَّهُمَّ بِطَاعَتِكَحَتىَّ نَعْمَلَ عَنْ مَعَاصِيْكَ وَحَتَّىبِهِ رِضَاكَ نَسْتَحِقُّ عَمَلاً وَخَوْفًافِيْ التَّوْبَةِ نُنَاصِحَكَ لَكَ النَّصِيْحَةَ نُخْلِصَ مِنْكَ حَتَّى فِيْ اْلأُمُوْرِعَلَيْكَ نَتَوَكَّلَ وَحَتَى بِكَ ، الظَّنِّ نُحْسِنَ وَحَتَّى كُلِّهَا النُّوْرِ.خَالِقِ سُبْحَانَ

Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang
bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka.

SO, MARILAH KITA SAMA2 MENUNAIKAN SOLAT NI.. ATLEAST SKALI SEUMUR HIDUP..



Nak tambah duit selain Nuffnang? Klik2 banner bawah!! www.tips-fb.com

0 comments:

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!