Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, June 5, 2011

Isteri Ketagih Laman Sosial

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum WRT...
 Nak share ckit info pasal tajuk kat atas ni...nampak cam tragis sangat...jom baca:
SAYA sudah berkahwin dan dikurniakan empat cahaya mata. Hubungan dengan isteri bahagia hinggalah dia mula berjinak-jinak dengan laman sosial Internet, penghujung tahun lalu.
Awalnya, saya membiarkan saja kerana isteri saya suri rumah tangga dan tumpuannya hanya kepada anak, lantas tidak ramai kawan di luar.
Atas dasar simpati, saya benarkan dia bersembang di laman sosial bagi menghilangkan kebosanan. Tambahan pula, tuntutan tugas sering memaksa saya ke luar daerah.

Yang menggusarkan saya, apa yang dulunya hanya sebagai hobi bertukar kepada ‘hardcore’ sehingga anak saya mengadu ibu mereka (isteri saya) tidak lagi memasak dan menyediakan sarapan kerana menghabiskan masa di depan monitor sehingga larut malam.

Saya menegur sikapnya tapi ia mencetuskan pertengkaran, menyebabkan dia menarik muka. Malah, pertengkaran lebih hebat berlaku seminggu lalu apabila isteri saya menghubungi rakan dikenali di laman sosial.

Sehingga kini isteri melancarkan perang dingin terhadap saya. Kesannya ialah anak saya menjadi mangsa. Sukar untuk saya percaya isteri saya yang setia berubah laku sebaik mengenali laman sosial.

Sesal di hati kerana terlewat menghalang meskipun sebelum ini akhbar kerap melaporkan kesan laman sosial ini jika terlalu asyik dengannya.

Buntu saya memikirkan bagaimana mahu menegur isteri saya yang berubah laku.


SUAMI BUNTU
Cheras, Kuala Lumpur
ini pulak ada beberapa  daripada persoalan saudara di atas ni:
Dang Setia faham dilema saudara. Saudara sesal kerana lewat menghalang isteri daripada ketagihan berbual di laman sosial. Kesannya, saudara terpaksa berdepan sikap ‘dingin’ isteri sebaik ditegur.

Dang Setia setuju saudara bertegas dengan isteri. Tanggungjawab menegur dan
mendidik isteri terletak di bahu suami. Kegagalan saudara boleh menyebabkan kehancuran rumah tangga.

Malah, jelas isteri saudara melakukan kesalahan. Dia mengabaikan urusan menjaga rumah tangga dan pengurusan anak tidak terurus kerana leka berbual di laman web sosial.

Ini kerana terlalu kerap meluangkan masa berbual di laman sosial boleh menjerumuskan diri isteri saudara untuk ketagih berbuat demikian.

Untuk membantu, saudara perlu menasihati isteri. Mulakan dengan teguran lembut dan perbincangan dari hati ke hati. Selain itu terus tangani punca masalah saudara dan isteri.

Jika puncanya laman web sosial, alihkan perhatian isteri dengan menghilangkan peluang untuk dia berkomunikasi dengan laman sosial.

Jika pendekatan lembut gagal menyedarkannya, Islam membenarkan suami memukul isteri bagi tujuan mendidik.

Allah SWT menegaskan kedudukan lelaki dalam masyarakat dengan firman-Nya yang bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah melebihkan lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas perempuan, dan juga kerana lelaki membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.

“Maka perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya.

“Dan perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukan mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan
ringan yang bertujuan mengajarnya).

“Kemudian, jika mereka taat kepada kamu, janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (al-Nisa’: 34)

Permulaannya mungkin sukar tetapi saudara perlu terus menghalang supaya ketagihan isteri dapat diatasi segera.

Jika terus sukar, bawa dia berjumpa pakar psikologi untuk mendapat bantuan sewajarnya.
ini pulak jawapan rawak yang dapat dari sahabat SIM (through my email).Macam2x pendapat ada:
saya simpati dengan saudara.Buat masa terdekatni saya cadangkan saudara tamatkan dahulu talian internet....lihat perubahan seterusnya tetapi perlulah ada alasan2 yang kukuh dan baik untuk dijelaskan kepada isteri untuk mengelakkan bertambah dingin. 

saya amat bersimpati dgn masalah saudara. memang kes2 begini banyak berlaku sekarang. saya kira masalah ini sebenarnya sangat membimbangkan tetapi masyarakat masih tidak menyedarinya. langkah bijak hanya dengan memutuskan talian internet dirumah saudara. jangan cuba mengeruhkan keadaan dan ambil langkah berdiam diri buat seketika. banyakkan masa bersamanya dan bawa keluarga bercuti. perlahan2 dia akan melupakannya. insya allah.

PUTUSKAN LINE INTERNET DGN SEGERA.
KEMUDIAN AMBIL SIMCARDNYA @  BERIKAN ISTERI NUMBER YG BARU.
TANGANI SEGERA.. JANGAN KASI CHANCE.....
LAMBAT BERTINDAK DAN TERLALU BERLEMBUT AKAN LEBIH MEMUDARATKAN.
hanya sekadar pendapat peribadi.t.kasih

saya bersetuju dengan 2 cadangan bernas di bawah, gunakanlah hak tuan sebagai suami untuk menegakkan kebenaran dan demi memastikan kerukunan rumahtangga dapat dipertahankan selagi mampu. Buatlah dengan segera.

seterusnya,
disebabkan komunikasi telah pun menjadi sukar dan mesej yang mahu disampaikan pun tak tersampai, malah mugkin menimbulkan pergaduhan saja apabila disebutkan. Selalunya ada, sesudah puluhan tahun bersama, telah ada rasa tak berapa nak heran ke pasangan.

maka itu,
dicadangkan tuan mendapatkan mediator @ hakam iaitu orang yang dipercayai, dihormati dan boleh diterima oleh kedua-dua tuan dan isteri, supaya mesej yang sepatutnya dapat disampaikan dengan tenang dan boleh diterima secara baik.

Mudah-mudahan, menerusi kaedah ini akan membawa perubahan. InsyaAllah.

Harapan saya, tiadalah perceraian sehingga semua langkah pemulihan dan penambahbaikan selayaknya diperbuat terlebih dahulu.

salam...
dalam perkara begini, kebijaksanaan suami amat2 penting. tindakan mesti diambil tapi perlu berhati-hati, ibarat menarik rambut dari tepung; rambut jgn putus, tepung jgn berselerak... minta petunjuk dari Allah. perkahwinan adalah suatu yg sangat mulia. suami perlu menjadi lebih bertanggungjawab. ini adalah sebahagian dari dugaan dlm berumahtangga. semoga masalah dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. jangan terburu-buru dan menuduh isteri nusyuz atau tidak solehah kerana cerminlah diri sang suami dulu. apakah si suami cukup soleh dan berilmu untuk mendidik isteri? semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah. jgn diturut nafsu marah dan bisikan syaitan yg sentiasa mahu menjahanamkan manusia.

selalunya kt FB yg sy perasan dorang sikit2 update kesedihan yg kecil2 ..mcm nk mintak perhatian....mungkin kot dorang nih kurang perhatian dan kesunyian

wallah hualam.... kadang -- kadang saya tgk status kawan - kawan nak tergelak pun ada ... suami tak nak ikut shopping pun update status .. kadang - kadang tu bahagia sangat - sangat sampai kata kata puitis utk suami pun update status .. tapi itu adalah ragam ..

ada suami yang tak de kisah langsung nak jawab2 kepada apa2 yang isterinya tulis di wall suami. tapi dek sayang juga pada suami, isteri tak putus harap , hantar lah macam2 asalkan  hatinya happy. so cuba bayangkan betapa lebih  seronok hati isteri tu kalau suaminya membalas kiriman2nya.

So suami-suami diluar sana…bagilah perhatian kepada isteri anda…. Selalunya isteri nie jarang buat hal…melainkan dia betul2 desperate / lonely / jiwa kacau…..

Kalau isteri hantar email payah betul nak reply….dalam 20 email tu kadang 1 pun suami tak reply…frust menonggeng ler isteri…
Bday wish pun tak pernah bagi kat isteri….. anniversary apatah lagi…benda nie bukan wajib…tapi itulah antara cara2 nak jaga hati isteri……maybe nampak remeh…tapi lama2 isteri makan hati & carik benda lain untuk menghilangkan rasa frust tu…..

Manusia bukan malaikat…. Kadang2 setebal mana iman pun…bila dah frust….. mulalah fikir benda2 yang bukan2 dan seterusnya jadilah rumah tangga goyang…..
Mama Qadida Setuju dgn pendapat diatas ni!!!

Yes..btul tu ape yg ct utarakan.. Tp lumrah la kan.. Lelaki ni bila dh dapat (means slps berkahwin) x mcm msa dlm bercnta.. Lps kawen nk balas sms bini pn liat.. Cuba kwn2 permpuan ke msg.. Laju je mereply.. Mgkn lelaki ni cpt bosan kot sbb tu buat x lyn kt bini.. So, bila jdi mcm ni jgn la salahkn bini plak..ketagih lmn sosial..sbb kt stu ramai aje org nk melayan perasaannya..??..
Tp pokok pangkalnya peranan tanggungjwb suami n isteri tu sndri perlu ade.. Kalo suami dh thu, tp x tegah or nasihat dr awl, slp suami tu jgk.. Mencegah lebih baik dr merawat!

Putuskan je hubungan dengan isteri tu, cari je yang lain. Kalau dah nak buat tak betul dia akan buat gak..  Ramai lagi perempuan solehah yang boleh dijadikan isteri.. Tapi Allah tu adil..  Kalau suami Soleh isteri solehah lah.. kalau tak cam nil ah jadi nya.
tak setuju ngan pendapat kat atas ni..boleh berbincang ape!pendapat yg kejam !huhu

Senangnye bro..isteri tersilap sikit..terus tinggalkan..cari jalan dulu..bincg..mungkin ada benda yg die dapat drp laman sosial yg die hendak drp suami tp x dapat..sama2 berubah..kalau tak jalan jugak barulah cari jalan yang mendatang kebaikan kpd kedua2nya..wallahualam.  
ha..yg ni aku stuju...betul tu

wah...stuju..Di akui saya sndiri pun penah ketagih tapi agak2 lakan..suami anak2 tdak pernah terabai...bertambah sayang lagi ada...Tapi memg setuju dengan people...amat stuju sekali...kita harus tangani dengan bijak...tapi kalau curang tu tak taulah...ke laut dah tu.... 
 Pada pendapat aku plak:
Aku tak setuju ada pendapat yang cakap,putuskan line telefon (internet)sebab itu smua tak berkesan untuk jangka masa yang panjang sebenarnya..skang ni dah banyak dah benda yang bole menghubungkan kita dengan internet.tak semestinya line telepon   je yg boleh internet...dan lagi satu yg suruh putuskan hubungan suami isteri..itupon tak patut sebenarnya. Kita boleh bawak berbincang ..tak boleh buat keputusan terburu2x..kemungkinan si isteri jadi begitu disebabkan suami sendiri ke...mungkin layanan suami tak meuaskan terhadap istri...mungkin jugak die bosan sebab suami die slalu outstation..so,benda ni boleh dibawak berbincang..
tp untuk isteri,jangan lah ketagih sangat smpai lupa tanggungjawab isteri..kalau dah tahap tak masak untuk anak2x tu dah melampau la kan...kena pandai bahagi masalah..lepas tu aku cukup tak setuju pada istri yang melayan lelaki lain kat facebook....tak patut2x! 
Apa2x pun pandang diri sendiri,fikir,dan bertindak mngikut akal yg waras..bukan ikut kata hati dan perasaan sendiri semata2x....
 


Nak tambah duit selain Nuffnang? Klik2 banner bawah!! www.tips-fb.com

0 comments:

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!