Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, May 8, 2011

Wisya Jalan-Jalan Lagi Sempena Hari Ibu Sedunia

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum WRT...
Hari minggu kami hanya bersantai-santai di Tesco saja.
Bawak wisya jalan-jalan lagi ...sebab saya tengok ini budak sangat suka okeh bawak pergi jenjalan kat shopping complex..selain udaranya yang sejuk(almaklumlah skang ni kan musim panas...bahang je !) so,kami decide untuk bawak wisya jalan2x kat tesco aje...kat umah walaupon ada aircond tapi still tak selesa sebab aktiviti merenovate umah amsih lagi dijalankan..so, rumah sangat berhabuk dan tak elok sebenarnya untuk wisya . Sebab tu kami bawak wisya jalan2x. 

Actually minggu ni aku on call..so pagi tadi dalam pukul 8pagi,aku dapat call dari hospital,mengatakan Miss Lai(doctor) nak buat satu kes scope untuk budak umur 4 tahun..maka aku dengan berat badan,teruslah bersiap untuk segera ke spital menjalankan tugas oncall arini. Nasib baik ada satu kes je. Balik rumah dalam pukul 2petang, aku terus ajak mr hubby and wisya jalan2x kat tesco...dalam hati ni berharap minta2x tak ada kes lagik! huhu..Darwisya sekali lagi teramatlah suka okeh dapat pergi jenjalan...lagaknya macam masa dia pergi ke angsana kat entry ni. Punyalah tak reti duduk diam, terkejar kejar kami laki bini nak menangkap dia yang dah kejauhan meninggalkan kami. Lepas tu kalau takat berlari je tak apa, ini siap terjerit-jerit okeh...malu mama tau! huhu..jom layan gambar sampai muntah!
sampai sampai je ke tesco,kami isi perut dulu...rutin kami bila kuar jalan2x...apa2x hal mesti nak mamam dulu..baru rasa cam puas dan bertenaga je nak jalan..boleh gitu? ini mama punya...mee hotplate black pepper chicken. yummy! memang dari haritu teringin nak makan hot plate/claypot.
ini mr abah punya...chicken black pepper rice. mr abah cakap ayam dia skit sangat..huhu
yang ini pulak untuk Wisya!! French Fries! itupon anak mama tak hairan sangat...darwisya memang dah semakin kurang selera makan okeh...aku adalah risau!
ingat nak cari vitamin yang membangkitkan selera makan...hmmm
budak yang dah start nak meneroka ke segenap ruang tesco...
dia buat tesco tu macam umah dia ko! hahahah


Wisya naik mainan token...suka bebeno okeh! sampai tak nak turun! yang ni mainan token hello kitty
pastu masuk playground kat dalam tesco..free je..
mama ngan wisya
mr abah sibuk snap gambo mama melayan kerenah wisya..mama tak tau pon abah snap gambar ni tau
kecik kecik dah sibuk nak main gelongsor...mama takut awak tu jatuh tersembam aje..huhu
tapi mama kawal wisya masa main gelongsor ni..tak berani nak lepaskan awak okeh..awak tak pandai control baan lagi..bahaya!

kali ni main mainan token doraemon pulak..masukkan 2 token je...
yang ni mainan token swan...yang ni masukkan sekeping duit 0.50sen je...

sila pusingkan kepala anda sebanyak...errr..berapa darjah hek? alaaaa..seberapa banyak darjah yang anda suka lah yerk..hahahha.Sikap malas nak rotate telah menular..huhu

uols perasan tak budak kecik ni nun jauh disana???? tengok..jauh tak jauh dia berlari tinggalkan tempat duduk kami...as long wisya tak buat hal lari terlalu jauh sangat sudahlaaa...senang aje nak ajar wisya ni...agak2x dia dah jauh sangat berlari tinggalkan kami ikut suka hati die je, maka kami mama n abah cuba berlagak nak tinggalkan dia sambil melambai2xkan tangan ke arah dia ..konon berlagak nak tinggalkan dia lah tu...dan lakonan kami itu berjaya...dia akan datang berlari dapatkan kami ...hahahaha..
cik kak nak beli kasut ye kak!! macam beriya bebeno milih kasut tau
kat bawah ni video dia yang sedang asyik sangat berlari-lari ...tak duduk diam..dan asyik menjerit jerit...sila tengok!
                 

 agak-agak kalau vid ni tak boleh bukak, uols masuk je tengok kat link bawah yang aku bagi ni okeh k...i pakai 1tube.my u! supportlah youtube versi malaysia yer..
http://www.1tube.my/video/4037/Wisya-yang-suka-dapat-jenjalan

Last but not least...sempena hari ibu 8 may 2011 ni,aku nak ucapkan selamat hari ibu buat ibu kandungku Pn Fuziah bt Said ,ibu mertuaku Saringaton dan smua ibu2x diseluruh dunia termasuk diriku yang dah hampir 2 tahun bergelar ibu...
kat sini mama qadida ingin berkongsi sedikit sewarkah kata2x indah dari seorang ibu. amat shahdu sekali hasil penulisannya...sama2x kita hayati ye:
Anak-anakku,
Jika mami boleh memilih apakah badan mami langsing atau besar mengandungkan kamu,
Mami pilih untuk mengandungkanmu.
Kerana ketika mami mengandungkan kamu, mami merasakan nikmat dan keajaiban ciptaan Allah yang tidak terkira walau apapun perangaimu di dalam kandungan.
9 bulan 10 hari anak-anak ikut kemana mami pergi, 9 bulan nak..
Setiap kali mami bangun dari katil, sepertilah mengangkat beban yang berat, seperti orang cacat yang parah..
Tak tertelan makan dan minum ketika alah..
Sewaktu melahirkan kamu datang kepada mami sakit yang segala macam sakit dan derita asal kamu dilahirkan selamat.
Tak boleh kira dan hitung, rasa takut seperti haiwan korban yang menunggu untuk dikorbankan.
Setelah kamu lahir, tak terkira jua kebahagiaan dan senyuman menatap wajahmu, tak kira jua apa warna kulitmu, bagaimana kemek hidungmu.
Segala yang manis dan pahit mami telan nak. Mami tahan perasaan panas, sejuk atau apa2 tanpa ceritakan pada anak-anak.
Mami letakkan kamu di tempat yang kering, dan sanggup tidur di tempat yang basah, di atas air kencingmu asalkan tidur anak-anak selesa.
Mami susukan kamu dengan penuh kasih dan sayang, serta menjaga kamu tanpa mengeluh.
Jadi anak-anak,
Ketika mami sudah tua, mami bukan lagi mami yang dulu. Mengertilah, bersabarlah sedikit jika mami buat perangai, seperti mami bersabar melayan kamu merengek ketika kamu kecil.
ketika mami berulang-ulang kata pada kamu, dan kamu bosan mendengarnya, sabarlah nak, jangan putuskan kata-kata mami.. Kerana ketika kamu kecil, mami selalu ulang-ulangkan dan beribu ribu kali bercerita seperti yang kamu minta sehingga kamu tertidur.
Ketika mami memerlukan kamu untuk memandikan, janganlah anak-anak marah pada mami. Ingatkah ketika kecil bermacam perkara untuk memujukmu mandi dan menggosok gigi?
Ketika waktu itu mami sudah tidak berteknologi seperti kamu, janganlah kamu mengejek dan menghina mami ya. Fikirkan sejenak bagaimana mami menjawab setiap pertanyaan “mengapa” dari kamu ketika kecil berulang-ulang tanpa jemu.
Ketika mami sudah tidak boleh berjalan, hulurkan tanganmu yang masih kuat memapah mami. Seperti mami memapahmu ketika kamu mula-mula berjalan.
Ketika kulit mami sudah berkedut dan tidak manis dipandang matamu, janganlah kamu membenci melihat muka mami nak. Kerana mami tidak akan ada perasaan itu bagaimana pun rupa kamu ketika kecil.
Anak-anak, mami tidak minta lebih. Cuma kasih sayang kalian sehingga mami tutup mata. Peganglah kalian ke jalan Allah. InsyaAllah, hati kalian tenang utk berbuat baik dan hormatkan ibu bapamu sendiri.
petikan ni aku petik dari blog puan farah iaitu http://www.sarakids.com/blog/

 ini bonda saya aka nenek darwisya...
Mak, walaupon angah selalu wat mak kecik ati tpi jauh disudut hati ni,maklah orang yang paling2x angah sayang sekali...sebab mak lah nyawa angah..maklah jantung angah..mak lah nenek kepada ank angah...tanpa emak, i'm lost becoz u r my heartbeat! Angah sayang mak banyak2x! Ampunkan segala dosa2x angah mak!!!Selamat hari ibu,emak!! terima kasih atas segala pengorbanan emak dan ayah kepada kami adik beradik..syg emak selamanya!
Selamat hari ibu anda semua. :-) I love all of u. Ibu terhebat.


Nak tambah duit selain Nuffnang? Klik2 banner bawah!! www.tips-fb.com

0 comments:

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!