Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, May 15, 2011

My Work Department

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum WRT...
 Disebabkan bahang nurses day masih terasa,maka aku dengan berbesar hati nak tulis entry tentang tempat keje aku iaitu Hospital Puteri specialist johor bahru. Aku nak cite more to our department. yelaa..supaya  uols lebih faham apa yang mama qadida duk buat hari2x kat tempat keje...bukan makan gaji buta tau! ihiks. Department aku di gelar Special Diagnostic Service atau dengan kata ringkasnya Scope Room . Masa bekerja aku takde shift  macam kat ward iaitu seperti masa bekerja di ofis  dari pukul  830pagi -5petang. Tetapi!!!! kami ada tugas selepas waktu berkerja iaitu sistem oncall! Tapi itupon kami ikut turn..takdelah hari2x kena oncall...kami ada 4 orang staff dan antara kami berempat ni,kami mengikut sistem giliran untuk oncall.. sebab apa ada oncall? sebab sometimes ada patient emergency nak buat kes scope antaranya patient yang ada ulcer kat perut or patient yang sememangnya ada tumor.\/cancer perut or usus tetapi tiba2x ada bleeding. So, doctor akan dipanggil untuk merawat pesakit tersebut dgn segera  tak kira masa dan waktu. Dan dengan secara tak langsung kami juga akan dipanggil untuk membantu doctor menyediakan peralatan. tp sometimes kes tak emergency pon kami kena panggil jugak..huhu.oklaa..actually Tugas aku adalah membantu doctor/surgeon  memeriksa perut dan usu pesakit dengan menggunakan satu equipment yang dipanggil Scope! Macam2x jenis scope kami buat antaranya OGDS(cek dari oesophagus,perut hingga usus kecil), COLONOSCOPY(cek usus besar dari rectum ke caecum), SIGMOIDOSCOPY(cek rectum hingga sigmoid colon sahaja .biasanya hanya patient yang ada hemmorhoid (buasir) je, ERCP(cek gall bladder utk remove stone kat common biliary duct(CBD), Pile Ligation( utk rawat buasir), Super 7(Hemmohroid banding) untuk cegah bleeding dan yang sangat2x jarang buat adalah COLPOSCOPY_procedure gynea_pakar sakit puan( nak amik biopsykat vagina(tissue utk hantar ke makmal) . Ha, macam2x kan tugas aku? sapa2x yang agak2x tak faham menda yang aku bebelkan dengan menggunakan medical term tu,cuba2x lah google ckit ek...banyak explaination nya kat sana. Uols yang memang dalam bidang medical of cos dah faham kan? 
actually cara doctor buat procedure2x yang aku sebutkan kat atas ni adalah dengan menggunakan satu peralatan yang dipanggil scope...kat setiap scope tu ada satu kamera lens kecil dan apabila scope yang panjang berjela tu dimasukkan ke mulut patient ataupon ke anu patient,maka kita boleh lihat perut or usus patient tu kat kaca tv yang disediakan. so, doctor memeriksa patient dengan merujuk kepada tv yang disediakan dihadapan doctor. ari situlah doctor capture gambar dan record DVD untuk dijadikan bahan rujukan dan untuk diberi pada patient. so,patient yang dalam keadaan tidur masa procedure dijalankan tu tetap akn dapat melihat sendiri keadaan usus or perutnya apabila dia sedar nanti. 
Procedure scope ni mudah je...sebelum memulakan procedure,patient dikehendaki berpuasa atleast 6 jam  atau lebih...biasanya doctor akan suruh patient puasa start dari kul 12malam ..so,esok pagi datang ke spital,dah boleh buat scope. kalau kes untuk cek usus pulak,doctor akan bagi ubat yang boleh membuatkan patient buang air semata2x untuk clear kan bowel dorang supaya mudah untuk periksa usus dia tanpa ada najis..
procedure scope juga biasanya akan diberi suntikan ubat tidur dan tahan sakit...sebab yelaa..ko bayangkanlah scop yang panjang dan beso tu nak dimasukkan ke mulut mahupon ke muntuts...sakit wwooooo kalau tak bagi bius. huhu..so, lepas buat kes,patient yang berstatus outpatient akan direhatkan ditempat khas dalam scope tu sampai dia betul2x ok dan sedar,bru boleh balik. kalau inpatient iaitu patient yang duduk dlm ward, kita hantar terus dia balik ke ward lepas dah abis procedure.mudahkan??? Biasanya satu procedure mengambil masa hanya 10min - 20min je...tak lama kan? kecuali patient yang agak rumit seperti ada cancer,bleeding,tumor mengambil masa paling lama 1 jam setengah sebab banyak perlatan dan ubatan yang kena bagi.
okla...dah penat membebel..aku pon tak taulah uols paham ke idak apa yang ahkak royak kan ni...kalau tak faham jugak,moh le kite tengok gambo department scope ni..
 sebelom tu nak tunjuk bangunan hospitalku yng berdiri gah di tengah bandar larkin jb ni...spital aku adalah antara spital yang terkecil di kalangan KPJ group(Kumpulan Perubatan Johor)..yerps...spital kami under KPJ okeh...dibawah kerjasama JCORP(Johor Corporation). Asalnya KPJ ni memang dari Johor tapi skang dah mula berkembang ke serata negeri di malaysia antaranya Ampang Puteri, Damansara Specialist,Tawakal Specialist,Ipoh specialist,Bukit Mertajam Specialist ,Perdana Specialist,Kelantan dan banyak lagi...uols emsti pernah masuk salahs atu spital yang aku sebut nikan? Dan PNC iaitu Puteri Nursing College (tmpt aku study)yang aku pernah cite kan sebelom ni adalah sebuah Kolej jururawat khas under KPJ.

okeh,jom tengok keadaan sebenar scope room:

 ini kaunter kami,disinilah kami melayani patient,menyediakan dokumen patient menggunakan komputer dan menjawab setiap panggilan telefon sama ada dari others department or panggilan dari luar.

ini carta organisasi department kami..kami ada 5 staff buat masa ni sebab seorang dari kami pergi sambung belajar..sepatutnya ada 5 staff kesmuanya.


 okeh,disinlah ruang tempat kami melakukan procedure scope ke atas patient. dan katil disebellah tirai merah tu pulak adalah tempat dimana patient kami rehatkan selepas abis procedure. Disebabkan ruan gyang terhad ,maka kami hanya menggunakan curtain untuk sahaja untuk cover patient mahupon procedure yang dijalankan. inysaAllah dengar kata scope room dah nak ditukarkan ke tempat yang lebih luas tp tak tau bila..huhuh



 ini pulak tempat kedua procedure patient dijalankan..iaitu di bilik sebelah. bermakna kami ada 2 station untuk melakukan procedure scope. bilik Luar dan bilik dalam. dan disini jug lh tempat/rak kami menyimpan stok2x equipment yang dieprlukan semasa melkuakn procedure. Stok2 ni kami kena indent sendiri okeh. so,everyday we have to check the stock. kalau agak tinggal sikit je,kami kena trus order..kalau tidak,barang akan lambat sampai.

ha...kami ada 2 jenis machine scope:
yang ini machine scope yang dipanggil Olympus scope dari company olympus. company ni dah lama tapi machine ni machine baru yang di provide oleh olympus...machine lama olympus adalah yang disebelahnya tu...dah uzur sangat dah..sebab tu order machine baru..anyway olympus the best . senang nak handle.yang ni machine untuk bilik luar.
 yang ini pula namanya Fujinon scope iaitu dari company Fuji film.scope machine ni antara yang terbaru...baru guna 2 tahun. majority doctor suka guna machine ni sebab lebih clear n besar view dia..yang ni untuk bilik dalam. uols nampak tak ada screen komputer kat machine ni..ha..itulah tv yang aku cite kan kata ats tadi...scope yang dimasukkan ke dalam usus patient akan dapat dilihat dengan jelas melalui screen tv komputer ni..kat bawah tu,ada video recorder,ada printer untuk print gambar yang di snap dan ada water pump ,incase untuk doctor cuci usus dia kalau ada najis yang banyak. yang warna hitam panjang2x tulah scope..kami akan gantungkan scope disitu bila tak digunakan...kena handle betul2x okeh scope ni sebab lens kamera dia halus sangat kat hujung tu..so,kalau pecah, setahun gaji kena bayar okeh..uhuhu..so far alhamdulilah belom ada kes mcm tu..minta dijauhkanlah..amin

 ini ruang untuk cuci scope selepas digunakan. ada sinki,scope washer(jangan ingat baju je ade machine okeh)manual scope washer dan akbinet untuk simpan peralatan.



jom kita tengok dari dekat scope washer. ade 2 jenis ,satu fujinon washer,dan satu lagi olympus washer.
  biasanya lepas bais procedure,kami akan cuci scope ni secara manual dulu,untuk buang segala air liur,dan najis yang melekat. busuk okeh! sebab tu kami pakai mask. ihiks..lepas dah bersih kotoran tu,kami kena soaking dengan solution khas selama 15min then baru boleh masuk dalam washer untuk disinfectant.
inilah contoh scope yang sedang dibasuh dalam washer.
mcm mesin basuh baju jugakla..hiks

 ini ruangan makan kami atau pantry...
 kabinet ni baru sebulan lebih buat oleh....kalau tak,bersepah2x barang2x pantry ni..huhu
kat sinilah kami mengisi  perut.
ada microwave,ada aisbox,boiler. yg kat atas tu bekas biskut tawar saya,saya suka makan biskut cecah air panas..ihiks..
 sabariah yang sedang sibuk menjawab panggilan..nak added kes lah tu..huhu..

 norana dan kak lily yang sedang berborak..kak lily tu staff dari klinik sebelah tapi die suke lepak kat scope room bila doctor dia tengah buat round..hheheheh..kat sinilah tempat kami lepak2x dan berborak sampai tak hengat donia!

 alamak!!! tuan tanah dah mariiiiiiiiii!!! inilah saya apabila sedang bertugas!! nampak dedikasi tak dalam buat keje? waka waka ...
anyway, i luv scope room...ahaks



Nak tambah duit selain Nuffnang? Klik2 banner bawah!! www.tips-fb.com

0 comments:

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!