Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, May 15, 2011

Happy Nurses Day 2011-Dari Cik Misi Mama Qadida

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum WRT...
Pada 12 Mei 2011 yang lepas, we 're all nurses celebrated Nurses Day 2011 . So, dikesempatan ni,aku nak wish "Happy Nurses Day" buat diri aku sendiri yang telah bergelar nurse selama hampir 4 tahun dimana pada bulan 8 ni genap lah usia tempoh berkhidmat aku 4 tahun di Puteri Specialist Hospital Johor Bahru(PSH). Alhamdulilah,aku masih lagi di PSH  mencurahkan bakti untuk mereka2x yang memerlukan . Semoga aku akan menjadi seorang Cik Misi yang lebih baik dari semasa ke semasa. At the first time aku bergelar  nurse sememang  banyak kepayahan dan kesulitan aku tempuhi. Stress jangan cakaplah..Allah aje yang tau sehinggakan aku pernah terfikir untuk resign dari menjadi seorang nurse kerana tugas seorang nurse bukannya mudah wahai kawan2x! Nyawa patient di tangan kami, jika tersilap walau sedikit,kami telah membahayakan pesakit2x kami..subhanallah..! Oleh sebab itulah aku sentiasa meminta perlindungan dari Yang Di Atas Sana! Moga2x kami smua tidak tersilap langkah dan perbuatan setiapkali merawat pesakit..aku bermohon agar Tuhan melindungi kami dari melakukan segala kesilapan itu demi pesakit kami. Walaumacam manapun,kami sentiasa menganggap segala kesilapan yang kami lakukan sebagai satu pembelajaran buat kami...kerana dalam bidang kami ni, kesilapan adalah guru yang terbaik !
 

 Jom amati kata2x yang aku petik dari salah seorang rakan nurse kami di Facebook:
sy bngga jd JURURAWAT..da byk patient sy RAWAT...wlaupwn kdg2 kne maki hamun TAK INGAT..tp xpe..insyaallah pahala sy DAPAT,tp mnta maaf kdg2 muka KETAT..bkn pe,mkn pown tak SEMPAT..sbb doct wat round tk kena TEMPAT..tu belum lagi muka PUCAT..tetiba dpt code blue,otak sihat bleh jd TERENCAT..erm,AUDIT?? tak payah nak TERPERANJAT,klu boleh time tue jgk doa2 jd tak SIHAT..tp klu bab bonus..smua arap dpt angka BRLIPAT-LIPAT..bkn pe,saja nak ambik BERKAT,bru kerja ade SEMANGAT..SLMAT HARI JURURAWAT
Kelihatan lucu dari bicara di atas ni tapi hakikatnya dan sememangnya itulah kami smua! credit to Cik Misi Nursajidah!
Anyway semalam hospital aku ada mengadakan Dinner sempena Nurses Day kami di Persada johor Bahru. Kali ni aku berkesempatan untuk pergi tapi itupon aku dan seorang rakan staff department aku iaitu sabariah dah terlewat satu jam setengah sebab sebelum kami bertolak ke dinner tersebut,kami terpaksa bertungkus lumus membuat kes Scope(ERCP) under Mr Razak(our sergeon). Bayangkan,majlis dinner bermula pukul 8pm...kes scope tu plak start pukul 7pm. huhu..Aku dan Sabariah  memang dah plan nak pergi dinner tu tapi  tak sangka pulak ada kes scope tu sebab kes scope tu baru added untuk hari semalam tu.So, nak taknak kami redha je...kami abiskan kes scope tu dari pukul 7pm sampai 8pm....dah lah kami terlewat,lepas tu printer untuk nak print procedure tu plak tetibe rosak...aduhaiii..memang dugaan buat kami,sudahnya kami terpaksa menggunakan CD yang kami record untuk procedure tu untuk capture gambar yang telah diambil tadi dan print kat printer yang lain...means,printer yang ada kat machine lain..kan ke dah leceh tu kan! aduhhhh...Allah je yang tau...nak tunggu CD tu processing bukannya sekejap okeh! Dugaan sungguh kami semalam..mana nak terkejar pergi dinner,mana nak bersiap2x..nak bersolek bagai!
Dah setel smua kerja,barulah kami bersiap2 kat tempat keje tu jugak..takde balik rumah dah.aku ngan sabariah memang dah bawak baju dinner sekali kat tempat keje sebab tak payah lagi kami balik rumah untuk bersiap. Nanti makin lambat plak. So,around pukul 8:45pm kami bertolak ke Persada, pukul 9pm baru kami sampai...sampai2x je smua tanya kenapa lambat?? huhu...kami pun cakaplah ada kes! uhuks...masuk dalam terus mencekik ko! punyalah lapo masa tu! masa driving utk ke persada algi perut aku dah berkeroncong...so,pikiran takde ingat lain,memang ingat nak mencekik je bila sampai nanti...dah ilang dah rasa nak glemer bagai..wakkkkaakakak...Sabariah pon sama okeh!bukan ahkak sorang tau! huhu..anyway inilah antara tugas kami sebenarnya.Keje kami tak tentu masa, bila2x saja boleh dipanggil untuk datang keje sebab..kami ada sistem on call..uwaaaaa...  actually semalam Sabariah yang oncall tapi kalau kes ERCP yang aku sebut tadi, kami kena standby atleast 2 orang misi sebab procedure nya rumit...tak boleh buat sorang-sorang..kalau kes scope lain takpe kalau nak buat sorang2x dengan doctor...uols faham tak ape aku cite ni? kalau tak faham pon takpe...hiks..
okla...jom layan gambo yang tak seberapa kat bawah ni...disebabkan kami datang paling lewat,maka kami terpaksa duduk terasing ngan kawan2x yang lain...  sebab meja lain smua dah penuh...jadi, dinner semalam adalah tidak meriah okeh! Kami amik gambo pon syok sendiri aje! huhu..

Persada Johor Bahru yang baru siap beberapa tahun lepas. Aku sangat vangga okeh ngan bangunan persada ni...sangat gah,mewah dan santek sangat! ahkak suke okeh! Actually aku baru masuk sini 2 kali..sekali masa spital aku ada kan ceramah Profesor Izi Yahya dulu...huhu
Actually Persada ni macam dewan jugaklah tapi dia exclusive! Persada ni adalah tempat untuk menganjurkan sesuatu majlis...contoh mcm Dinner,Persembahan amal ,Karnival, Booth jualan(PC fair biasa buat kat sini) Secretaries week pon buat kat sini.
 inilah gambaran dalam Dewan Persada
Sangat besar okeh..kalah hotel punya ballroom

 oleh kerana kami dah kebulur sangat,maka kami tak sempat nak snap gambo makanan sebab makanan sudah selamat di ngep sebelom tuan umah nak amik gambo! ahaks..sungguh lapo weh masa tu...balik2x keje aku tak makan, tetiba kena panggil kes ERCP pukul 7pm...mau tak gigil kelaparan!
somkami sempat snap gambo eskrim je...hiks..yang kat atas ni eskrim Sabariah
 ini plak eskrim aku..tak teragak2x kan..hiks

kesan akibat dah terlalu gigil kelaparan to the max.
frankly spekong, aku rasa menu untuk tahun ni macam ada kureng ckitlah...sabariah pon cakap gak...biasa je menu die...tak banyak pilihan..aku rasa spital aku nak save budgetlaaa..almaklumlah duit dah perabih bayar bonus untuk staff kan..huhu...Alhamdulillah Bonus pertengahan tahun kami kuar mngkin hari isnin ni(iaitu esok) alhamdulillah! syukur! thanx PSH!
 
 minah kat atas ni kalau bab eskrim memang berhantu! 2 kali tambah eskrim okeh! huhu...err..pada yang tak kenal sapa minah kat atas ni, inilah dia tuan punye belog...ngeeee

 dan inilah kawan baik aku skang kat Scope Room,Sabariah Ismail...kamceng gile kami skang ni! since die baru di transfer kan ke scope room sejak awal tahun hari tu...dia dari department Operation Theater.
Aku lagi senang berkawan ngan die ni daripada yang lelain tu..opsss!
 Tuan tanah kalau bab berposing....!!!!
 kami yang simple!


 yang ni pulak gambar lepas balik umah..sampai umah pukul 12am okeh!
errr...lupe nak cite, Darwisya adalah tidak ada dirumah okeh. Die ikut mr abah balik kampung (my MIL) sebab MIL,FIL n SIL dah windu to the max sangat ngan ini budak...so, cik suami terpaksa bawak lari dia ke kampung...walaupon si cik mama amatlah sedih nak lepaskan tapi cik mama ini terpaksa redha sebab darwisya memang patot jumpa nenek,tok n makcik sedara die..lama dah tak balik kampung..."sorry ye sayang,mama bizi! nanti wisya balik sini,mama bawak wisya jenjalan lagi okeh!"
Sejak semalam Mr Abah takde contact lagi dan itu bermakna Darwisya adalah ok kat sana...dia mungkin dah selesa kat sana sebab lately ni n sejak dia dah besar ni die semakin rapattttttttttt yang teramat ngan mr abah okeh! Cik mama pon dia sampai dah tak heran dah...sebab tu mr abah berani abwak dia sorang2x balik kampung...kalau dulu(masa baby),jangan haraplah mr abah nak abwak die balik kampung kalau tanpa cik mama die ni! mau sampai ke subuh tak benti nangis! syukurlah Darwisya dah jadi anak yang baik dan good manner! "mama shuke wisya dah tak takut balik kampung ngan abah tau! wisya baik2x je tau kat sana,takmau susahkan atok n nenek okeh!"
wuwuwuuw...sebenarnya aku dah mula rindu kat anak aku sorang tu..dia balik kejap lagi..mungkin petang kot sebab esok mr hubby keje . hmmm..tak sabar rasanya nak jumpa ank mama! wisya cepat balik okeh!

 sambung blik cite tentang nurses day...yang ni cenderahati yang kami dapat masa dinner malam tadi..

neway, adakalanya aku berasa bangga jadi sorang nurse sebab aku bangga dapat merawat pesakit yang menderita kesakitan..dan yang akhirnya mereka sembuh seperti sediakala...tatkala melihat perkmbangan yang positif terhadap kesihatan pesakit aku,aku berasa lega dan bersyukur sebab kerna kami misi2x comel inilah ,mereka sembuh dari penderitaan mereka.Alhamdulillah...
jom bangkitkan memori lama:


 pada tahun 2004,aku telah berjaya mendaftarkan diri ke Puteri Nursing College (PNC) dalam jurusan Diploma Kejururawatan. frankly spekong,aku masuk dalam bidang ni pon sebab aku terlalu memikirkan kerjaya masa depan...aku fikir,kalau aku join nurse,means aku dah tak perlu risau tentang pekerjaan bila abis belajar nanti...keluar2x je dah ada keje yang menanti sebab aku belajar di PNC ni ada bond. Means,kami ditanggung dan di sponsor oleh setiap spital home town kami dan kami sudah menandatangani kontrak selama 6 tahun di hospital tersebut..dan spital yang aku berkhidmat skang nilah hospital yang sponsor aku masa belajar dulu. So, skang ni aku dah 4 tahun bertugas disini ,brmakna aku masih ada 2 tahun lagi untuk menamatkan contract aku di sini. Sama ada aku hendak meneruskan bekerja di PSH ataupon aku boleh transfer ke spital lain untuk mencari pengalaman lain plak...hmmm...actually banyak yng bermain kat pikiran aku bila dah tamat tempoh tersebut...tapi itu semua rahsia la dulu  ye..bila dah sampai masanya nanti,aku mesti crita kat sini..hmmm
gambar kat atas tu adalah geng2x aku masa aku study dulu.. kami memang bersepuluh..kalau kurang geng aku kat atas ni means, dia takde kat gambar tau! sebab kami memang bersepuluh dalam satu dorm. diam tak diam, dah 4 tahun kami berpisah!  aku rindu kat diorang semua..ada yang dah kawin,ada anak dan ada jugak ayng masih single..dan yang sorang lagi tu pulak bakal meninggalkan zaman single nya pada 28 mei ni...maisarah akan kahwin dengan Am, boyfren mase die study kat kolej lagi...setianya mereka kan! anyway, i miss all of u in the picc- Sarah,Ros, Wanis,Ina,Ju'ar,Eli,Kechik,Along(pernah masuk jgn lupa lirik aznil) dan Ekin! bila nak buat reunion weh!! huhu

ini plak geng yang palingggggg rapat ngan aku sebab kami sebilik dari semester 1 sampailah semester 6 okeh...setia tak setia kami kan??? Diorang ibarat nyawa aku kat kolej tu...takda dorang,patahlah semangat aku nak study sebab diorang adalah queen of my heart masa study dulu..ni semua adik2x aku ni...dari kiri Ros, Sarah,Wanis dan aku! Yang dah kawen,aku,wanis dan Ros...sarah plak yang aku cakap nak kawin pada 28hb ni...alhamdulillah..cukuplah kami berempat bergelar istri dan bakal mama.Luv n miss uols!
 bila dah abis belajo, nak keje plak kan..dan inilah antara kawan2x aku kat SCope ROom PSH JB. Yati,Augustina,Lili ,aku dan sorang lagi Sabariah (takde dalam gambo) Actually skang ni yati yang putih gebu tu takda . die tengah sambung study ,amik post basic kat Sabah. Bulan 7 ni baru dia habis belajar.
 ini plak staff scope room bergmbar sempena perpisahan kak Midah(sebelah kiri sekali berbaju belang putih) Dia resign sebab ikut husband die ke kuantan.So,yang gantikan dia adalah Lily(berbaju belang sebelah kanan skali)
yang sebelah kak midah tu adalah Kak ana, sorang lagi staff kami tapi dia more to EEG dan Stress Test procedure. Selain Sabariah,aku paling rapat ngan Kak Ana lah...seronok berkawan ngan kak ana sebab die adalah bermulut kepoh dan kelakar...tak sah kalau tak ketawa bila  ngan kak Ana!

yang kat bawah ni pulak,antara gambar2x bersama geng2x PSH semasa aku attend course anjuran PSH sendiri
 dengan staff Pharmacy dan X-ray department masa attend course dengan Doctor Yasmin.

 yang ni plak geng masa attend course Pak ya..lupe tajuk apa..dalam course ni kami divide into group..so,ini team kami Team Inspira.

Team kami...ketua kumpulan kami,mak lady gaga ,yang tak pakai spek tu..hiks.

last but not least: 
 Nurses deserve our appreciation
They work under a lot of stress
On this there is no speculation
They are the best of the best

The Doctor’s get all of the respect
While the Nurses work on the line
Nurses do what we’ve come to expect
They’re really one of a kind

They nurse our aches and pains
Administer treatment and medication
And then the nurse patiently explains
Alternatives and expectations

Thank a Nurse whenever you can
You will need a Nurse one day
I am the Nurses biggest fan
And that’s all I have to say
Happy Nurses Day 2011 buat semua staff Puteri Specialist Hospital dan semua staff Nurse di seluruh dunia..happy nurses day  to all of us !!!



Nak tambah duit selain Nuffnang? Klik2 banner bawah!! www.tips-fb.com

0 comments:

previous previous previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!