Ini Blog Lama Saya...KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK BACA!

Create your own banner at mybannermaker.com!

My Online Shop (FianieEshop)

FianieDeco Homemade Coklat

FianieDeco Homemade Coklat
berminat nak order coklat yummy dari Mama Qadida? Sila klik pada Logo FianieDeco di atas. Pasti mama buat yg terbaek untuk kepuasan anda! Mama juga menyediakan penghantaran terus ke rumah orang tersayang anda! Jom cuci mata tengok coklat yummy mama qadida sekarang sebab coklat Mama antara yang termurah dipasaran setakat ini!

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 13, 2019

Penukaran Tetapan Legasi Facebook

 
  Hai Ticer, kenalan legasi telah ditambah pada Khamis, 13 Jun 2019 jam 6:38 PG (UTC+08). Cenderawasih Putih yang terpilih untuk menjaga akaun anda selepas anda meninggal dunia.  Jika anda lakukan ini, selamat bagi anda mengabaikan e-mel ini. Jika anda tidak lakukan ini, sila lindungi akaun anda Terima Kasih, Pasukan Keselamatan Facebook    
   
 
   Facebook
 
   
   
 
Hai Ticer,
kenalan legasi telah ditambah pada Khamis, 13 Jun 2019 jam 6:38 PG (UTC+08). Cenderawasih Putih yang terpilih untuk menjaga akaun anda selepas anda meninggal dunia. 
Jika anda lakukan ini, selamat bagi anda mengabaikan e-mel ini.
Jika anda tidak lakukan ini, sila lindungi akaun anda
Terima Kasih,
Pasukan Keselamatan Facebook
 
 
   
   
 
Mesej ini telah dihantar ke fiza_qadida.faizah@blogger.com. Jika anda tidak ingin menerima emel-emel ini daripada Facebook pada masa depan, sila Berhenti melanggan.
Facebook, Inc., Attention: Community Support, 1 Facebook Way, Menlo Park, CA 94025
   
 
www.tips-fb.com

Monday, June 10, 2019

Only today 200 million e-mail addresses for $125 / Только сегодня 200 млн e-mail адресов за $125

Only today and only for you, [ynyhywv]
the base of 200 million e-mail addresses from around the world. For $125. [wwihdm]
We accept payments for: [qzvvo]
1.Bitcoin BTC[yohqysf]
2.WebMoney[nnwtfonz]
3.Western Union[zxxyhuk]
4.Pay Pal[kmyzxt]
Write to us now. We are waiting for you: andrey100077@gmail.com[dyfhi]
Только сегодня и только для Вас, [sxhvynky]
база 200 млн e-mail адресов со всего Мира. За $125. [gioukq]
Мы принимаем платежи на: [oznpn]
1.Bitcoin BTC[tzvxmyxv]
2.WebMoney[fkvun]
3.Western Union[mwxpv]
4.Pay Pal[xmlmrx]
Пишите нам сейчас. Мы ждем Вас: andrey100077@gmail.com[ulttq]
www.tips-fb.com

Saturday, April 27, 2019

Our good news

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم Assalamualaikum WRT...

Assalamualaikum..
Dah bertahun blog ini bersarang tidak dijejaki..
Semuanya akibat kemalasan utk hapdet..
Maka ianya terus terbengkalai..

Hari ini, detik ini, saat ini pada tanggal  27 April 2019, Sabtu, aku diberi kesempatan utk menulis semula ke dlm blog kesayanganku ini.

Kerana hari ini,saat dan ketika ini..
Aku baru mendapat berita gembira di mana aku sekali lagi diberi kesempatan.utk menjadi "mama" buat kali ke 4. 
Sepanjang beberapa thn tinggalkan blog ini, aku sudah pun nak.masuk anak yg ke 4 hehehe.
Betapa lamanya aku tinggalkan.dunia blogging. Namun demi ingin memgembalikan lagi pregnancy journey ..maka harni aku akan aktifkan.balik blog ini .
Aku akan share journey aku sepanjan kehamilan anak ke 4 kami.

Alhamdulillah aku bersykur sgt ..aku gembira, happy diberi peluang merasai nikmat mengandung walaupun ada sedikit debaran hehe.

Actually aku dan suami ingin menambah sorang lagi anak. InshaAllah ini anak last. 
Dah 4 bln kami rancang nak anak tp hampir kcewa dan.pts asa setiapkali aku gagal bila dtg haid. 
Tp kali ni, early simptom aku dh dpt rasa before recycle period aku dah nak.hampir dekat,Puting payudaraku mula bengkak dan sensitif bila disentuh. Tetiba hidung ada bau x selesa pada masakan.cikguku di dapur. Selalunya ok je.
Kemudian aku mengalami sakit2 pinggang. Dan suppose 24 april adalah kitaran period ku yg spatutnya dtg tp tidak
 Sehinggalah masuk hari ke 4 period lewat hrini,aku trus beli pregnancy kit di watson tesco, 
Lepas balik beli brg2 dapur, aku trus check. Alhamdulillah. Positive. Usaha kami suami istri berjaya kali ni. Alhamdulillah. Tq Allah. 
Aku berdoa agar kandungan aku sentiasa dilindungi dan selamat shgga saat melahirkan.ameen. inshaAllah.
Expected due date ku adalah 1 januari 2020 hehhe..tungguuu..

www.tips-fb.com

Friday, April 21, 2017

Entry Pertama Selepas Lama Menyepi

Assalamualaikum..
Allahuakbar.. Lama Dah rasanya blog ni terbiar.. Bersarang... Berkubur...
Tetiba harini rasa nak up smula blog cute sy ni...
Semuanya sebab sy nak jadikan blog sy ni sebagai Album kenangan Saya Bersama Keluarga tersayang.
Yela... Kerana blog nilah maka gambar2 sy sebelum2 ni dpt disimpan dgn selamat.
Kalau nak save kat handfon atau laptop belum tentu selamat. Kalau hp or laptop tu rosak...tak ke naya???
So sy nekad... Nak jadikan blog ni sebagai album peribadi saya walaupun tak berapa nak peribadi sbb org lain boleh baca.. Keh keh keh...
Takpela.. Janji gambar2 kenangan sy selamat dlm ni.

Tp memang nak cakap betapa rindunya saya dgn blog ni. Serius... Rindu tahap gaban... Tahap smpai tak boleh nak ungkapkan...
Bermula lah kehidupan membuang masa menulis blog hahahah...
Kadang kita ni manusia banyak sgt benda nak diluahkan... Nak dicoretkan...tp tak smua perkara kita boleh cerita dgn org... Sbb tak smua org nak mendengar... Tp dgn blog.. Kita bebas nak luahkan apa aje... Freedom way org kata...

Okla.. Utk permulaan ni taknak bebel panjang2 dulu...
Cuma nak crita kisah vacation kami baru2 ni di Beach Resort Damai Laut, Lumut Perak...
Kami bercuti 3 hari 2 malam di sana... Duduk di Swiss Holiday Apartmen (Studio) Damai Laut.
Not bad laaa.. Walaupun banyak lalat dan monyet berkeliaran tp adventure hahaha.. Nama pon kawasan pedalaman.

Kami pergi menaiki kereta myvi aku je... Mak, ayah, husband, dan anak2. Bergilir drive... Akhirnya smpai juga ke lumut tu... Jauh bak hang... Lenguh kaki duk lama dlm keta. Gerak dr JB pkl 7+.. Sampai pkl 4ptg. Alhamdulillah ...
Pengalaman drive jauh...

Jom layan piccas!!! 👇👇





Ni bilik kami. Memang besar... Mak ayah aku bilik lain. Aku duk ngan family kecikku...


Ada kitchen boleh main masak2.
Kat sana.. Aku masak sardin, sotong, goreng2 sosej, french fries, telur... Sebab apa tau.. Resort ni kat kawasan pedalaman..so memang agak jauh nak keluar cari makan.. Mmg sebelum dtg pon dh google ttg apartment ni.. So kitorg mmg dh standby


Anak2 berselera walau makan mama masak maggie je.. Heee

Okeh.. Yg lain2 biar gambar berbicara ye..
Tp beach resort dia mmg cantik banget.... X rugi pergi bercuti di sana





Sekali kat depan bilik kami ada monyettt mengintai daaaa... Hehehe.

Ok... Tggu my next entry okeh..
Salam kembali dr saya mama Qadida (Nama dunia blog sy singkatannya MQ)
Wassalam...

posted from Bloggeroid

www.tips-fb.com

Monday, March 25, 2013

Tips Bagaimana Nak Jadikan Baby Cepar Cerdik

Assalamualaikum wbt.

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA  Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI Jika anda berkata, "umi nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU  Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA  Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA ira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

43-AJAR TENTANG ISIPADU Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"  Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti..

www.tips-fb.com

Wednesday, March 20, 2013

Wordless Wednesday: Baby Dalyfa n Kakak

Assalamualaikum wbt
www.tips-fb.com

Saturday, March 16, 2013

Hasil Ternakan Susu Di Ladang

Assalamualaikum wbt Tah hape2 je tajuk entry aku kan? actually tgh boring ni. Waktu sekarang dah pukul 1:25min pagi. Mata aku adalah tidak ngantuk okeh. Baru lepas mengepam susu sebabnya waktu malam, baby Dalyfa adalah tido nyenyak yg amat. Macam org tua ko kalau tido waktu malam.

Biasanya bila dah start tido dari jam around 9-11pm camtu,mmg die takkan bangun2 dah sampai lah ke dinihari. Pukul 5-6am baru die terjaga sbb nak isi minyak.

Alhamdulillah mmg agak senang jugak jaga die ni sbb jarang bangun malam. kalau bangun pon sebab nak menyusu ,itupon sekejap je,pastu dah tertido semula.

Tapi kalau sianggggggg... haaaa, mmg mak kau ni jadi 'jaga'. Dak kenit ni kalau tido siang sekejap sgt. Baru letak,x sampai 5 minit dah ek ek.Tido mmg paling lama 10min je kot,pastu terjaga. Itupon bukan bleh dok diam je, mesti nak minta dukung,kalau tak,merengek mcm org meroyan ko. hiks. manjers la nampak gayanya ini budak. Memang mama n nenek terpaksa gilir2 jaga n dokong die kalau nak buat keje lain. asyik nak minta dukong aje kijenya!!

ok,nampaknya mama qadida dah jauh menyimpang dah. Niat yg asalnya kan nak cite psl susu. huhuhu

actually nak cite psl power pumping. Alhamdulillah, setakat ni baby Dalyfa mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya tanpa pernah ditopup ngan fm. Syukur sangat2 kali ni Allah seolah permudahkan aku utk memberi "air emas" itu buat anak keduaku. Walaupon pada mulanya agak sedikit pengeluarannya tp berkat usaha aku utk perbanyakkannya, susu kini semakin meningkat dgn tdk mengambil tempoh yg lama pon.

kadang2 bila tgok susu aku yg agak meriah ni,(maaf bukan cakap besar. langsung xde niat ke arah tu,sekadar pemberi semangat utk diri sendiri), aku mcm sukar nak percaya yang susuku ini adalah hanya utk bayiku yg baru berusia beberapa minggu. Sebabnya baru seminggu dua aku berpantang,jumlah kandungan susuku seperti untuk bayi yg sudah habis pantang. yelah biasa yg aku dengar, utk awal pantang,susu memang kurang berpatutan ngan kehendak /keperluan bayi yg masih kecil saiz perutnya.

Sehinggakan baby Dalyfa setiapkali isap (df), pasti akan rasa macam nak tersedak bilamana susuku mengalir bagaikan air pancut. terlalu laju dan terlalu banyak. Kadang2 sampai terbatuk2 dan mengamuk-ngamuk sbb susu yg laju mengalir sampai boleh buat die sesak nafas kekdahnya. hehe. Biasanya baby akan mengamuk sbb susu kurang n tak mencukupi. Tapi utk anakku, dia mengamuk sbb susu dah terlebih mencukupi. Memang muntah terbelahak skang menjadi rutin harian baby Dalyfa sbb dah terlalu kenyang.

Baby Dalyfa plak jenis kuat menyusu. asal dekat ngan mamanya ni,mulalah mulut die x duduk diam seolah mencari2 puting. So,sometime aku pon tak dapat agak,berapa banyak dia dah minum bila tgom dia asyik saja nak mengempeng. Itu yg sampai termuntah2 sbb dh terover load. huhu.

ok,actually nak share something especially utk ibu2 diluar sana. Gambar kat atas ni adalah hasil susu perahan ,kalo bahasa mat salehnya EBM(expressing breastmilk) yg aku dapat setelah buat power pumping yg pertama sekali n julung2 kalinya sejak aku bersalin. Dan inilah pertama kali aku lakukan power pumping(pp) dalam hidupku semenjak bergelar ibu yg menyusukan. seriusly, masa wisya dulu,aku tak pernah try nak buat power pumping sbb masa tu aku pandang remeh pada pp . Aku maybe tak berapa faham konsep sebenar pp ni dan merasakan agak leceh utk dilakukan sbb ianya mengambil tempoh yg agak lama utk mengepam iaitu dlm masa 1 jam.

Apa yg aku faham, pp adalah salah satu cara untuk meningkatkan semula production susu yg paling berkesan. Ianya sesuai dilakukan bg ibu2 yg mengalami kemurunduman susu, so ibu2 digalakkan melakukan pp atleast sekali sehari dlm masa seminggu berturut2 dan tempoh paling bagus dilakukan adalah waktu malam dimana masa tu hormon prolaktin tgh aktif iaitu antara pukul 12tgh malam sehingga 6pagi. So, ibu2 yg ingin meningkatkan susu ibu, mmg kena lah berkorban bangun malam2 utk buat pp demi seorg anak tersayang especially bagi ibu yg bekerjaya.

Cara Power pumping:

Pam selama 10 minit (teruskan pam walaupon just kuar angin je), kemudian stop pam n rehat selama 10 minit. Kemudian sambung lagi pam selama 10 minit(waktu ni biasanya let down reflek dah mula ada, tp kalau belom ada or still kuar angin jugak,jgn putus asa,teruskan pam sbb pp tidak menunjukkan hasil yg segera n terus menerus,malah ia memerlukan masa atleast seminggu baru dpt hasilnya especially bagi ibu yg mmg merundum n kurang susunya). Kemudian rehat lagi 10 minit dan begitulah seterusnya sampai 1 jam. Lakukan selama seminggu berturut2 inshaaAllah pasti susu akan meningkat semula kalau kite konsisten lakukan pp. jgn skip pp setiap hari selama seminggu tu k

Macam aku buat pp walaupon susu kira mcm ok ok je (still cukup) tp aku mcm x puas hati. Sebab sejak awal pantang,jarang plak aku rasa cik b engorged. Maybe sbb baby Dalyfa yg kuat direct feeding or susu aku yg tak meriah,aku pon tak pasti. Kalau time Darwisya dulu,masa awal berpantang,kejap je rasa engorged smpai rasa nak.demam. tapi itu sebab darwisya yg reject direct feeding,so,mmg selalulah kena breast engorged. So, sebab tu aku ingin mencuba pp especially bila asyik sangat terdedah pada info ttg pp di facebook. Pastu aku trus google psl pp dan dengan tekad, start lebih kurang 25 hari berpantang, aku dah mula start buat pp

dan ni adalah hasil kedua aku berpower pumping dimana dah nampak peningkatan disitu. kedua2 dpt 4 oz, dimana pp pertama aku gambar kat atas tu,belah kanan just dpt 3 oz je. Alhamdulillah. Power pumping mmg power.

Dan sekarang dah hampir 2minggu aku ber pp. Mudah mudahan susu aku makin bertambah. kite kena sentiasa think positive yg susu kita sentiasa banyak n mencukupi utk baby kite. ok,apepon, skang aku tgh gigih kumpul stok sebelom naik keje bln 4 nnti. Alhamdulillah,walaupon jarang dapat pam waktu siang,dimana aku banyak dapat pam waktu malam je setakat ni sbb baby Dalyfa adalah sgt kuat menyusu. So,ada masa tu,time aku tgh syok pam waktu siang,baby bangun n melalak. die kalau tido siang mmg 10 minit je,pastu terus trjaga. especially kalau die terperanjat bunyi bising. so,aku terpaksa stop pam n df die. adeh.

so,waktu malam lah yg paling banyak aku pam utk kumpol stok sebab baby dalyfa kalau tdo malam mmg macam style org tua tido okeh. Lama gile tido sampai ke pagi . Ada beberapa kali je die terbangun kuk 4pg,itupon lepas menyusu,tido balik.

okeh,tolong bagi semangat pada saya utk kumpol stok ye kalian. mudah mudahan aku dapat tebus kesilapan lama(masa wisya dulu) n Allah bantu aku dlm perjalanan penyusuan ku utk anak kedua ni atleast exclusive bfeed selama 6 bln dan inshaaAllah diteruskan sehingga 2 tahun. amin. nanti aku hapdet stok ebm frozen yg terkumpol k.

semuanya demi anak kesayangan mama ni. mmmuaaahhhh,anak mama dah berusia 38 hari masa mama buat entry ni.lagi ckit nak abis pantang 44hari. hahhaha www.tips-fb.com
previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Blogwalking!

OUR SWEET MOMENTS TOGETHER
I love u Abang!!!
Image Hosted by ImageShack.us

anda klik..anda dapat duit

banner

create your own banner at mybannermaker.com!